amaran

Hotel Mewah di Senai / Lapangan Terbang, Johor Bahru

Impiana Hotel Senai

Senai / Lapangan Terbang

9.0/10

Cemerlang

Le Grandeur Palm Resort Johor

Senai / Lapangan Terbang

8.5/10

Sangat Baik

Tentang

Senai merupakan sebuah bandar dan mukim di dalam Daerah Kulai, Johor. Bandar ini terletak di tepi Lebuhraya Skudai, sebahagian daripada Jalan Persekutuan 1 yang menghubungkan Johor Bahru dengan Kuala Lumpur. Nama Senai ini berasal dari sebatang pokok yang dikenali sebagai Sinai yang wujud di daerah itu pada kurun awal ke-20. Senai merupakan kawasan utama untuk Lapangan Terbang Johor iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan juga merupakan kawasan utama untuk beberapa kilang pengeluar alatan elektronik antarabangsa. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebelum ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail merupakan sebuah lapangan terbang di Bandar Senai.


Lapangan Terbang ini terletak berhampiran dengan Johor Bahru, iaitu lebih kurang 32 km dari pusat bandar. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai merupakan pusat untuk Syarikat Penerbangan Air Asia. Sebelum ini ianya merupakan pusat penerbangan domestik untuk Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines sehingga ianya diubah ke tempat lain dibawah pelan rasionalisasi MAS untuk mengurangkan kerugian syarikat. Selepas pelan rasionalisasi, Malaysia Airlines hanya menyediakan dua destinasi sahaja dari Senai. Pada masa kini, lapangan terbang tersebut dikendalikan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai, yang telah mengambil alih operasi dari Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) pada tahun 2003. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mampu menguruskan sehingga 4.5 juta penumpang dan 10,000 tan muatan kargo setahun.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Senai boleh dicapai dari Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan lain-lain tempat di Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air dan Firefly untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki bas, teksi, uber atau grab untuk ke destinasi utama yang terdapat di Senai.


Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu ke Senai pada jarak 319km atau 3 jam 18 minit masa pemanduan dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan. Sekiranya anda datang dari Singapura, anda boleh menggunakan laluan Tambak Johor atau Lebuhraya Link Kedua yang menghubungkan Singapura dengan Johor dan juga ke bahagian lain di seluruh Semenanjung.


Menggunakan Kereta Api

Anda boleh menaiki keretapi ETS dari Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) untuk ke Johor Bharu. ETS akan berhenti di Gemas dan anda boleh menaiki KTM ke JB Sentral dari situ. Anda juga boleh membeli tiket perjalanan terus yang hanya akan mengambil masa 10 minit menunggu di Gemas. Sekiranya anda datang dari Singapura, anda boleh menaiki KTM di Stesen Woodland ke JB Sentral. Dari situ, anda boleh menaiki teksi atau bas ke Senai yang hanya akan mengambil masa perjalanan selama 32 minit.


Menggunakan Feri

Anda boleh ke Tanjung Belungkor, berhampiran dengan Desaru menaiki feri dari Changi Point di Singapura. Perkhidmatan feri juga turut disediakan dari Batam dan Tanjung Pinang di Indonesia ke Terminal Antarabangsa Johor Bahru. Dari terminal tersebut anda boleh menaiki teksi ke Senai.


Tarikan Pelancongan

Johor Premium Outlet

Sepanjang kunjungan anda ke Senai, anda boleh meluangkan masa membeli belah di Johor Premium Outlet yang terletak di Zon Iskandar Malaysia, Kulaijaya. Ianya mengambil masa hanya 10 minit pemanduan dari Senai. Johor Premium Oulet juga merupakan pusat membeli belah berjenama mewah yang pertama di Asia Tenggara. Johor Premium Outlet mempunyai kedudukan yang strategik untuk pengunjung dari negara Singapura dan Malaysia. Outlet ini menempatkan pelbagai butik berjenama antarabangsa seperti Coach, Versace, Gucci, Armani, Salvatore Ferragamo, Michael Kors, Adidas, Nike, Ralph Lauren dan lain-lain lagi.


Upside Down Warm House

Upside Down Warm House adalah sebuah tarikan pelancongan yang terbaru di Johor. Ia hanya mengambil masa perjalanan selama 10 minit dari Senai. Rumah ini menampilkan pameran seni 3D dan 5D di dalam persekiran yang terbalik untuk memberikan anda melihat ilusi melalui dimensi yang berlainan. Hiasan dalamannya mempunyai elemen yang terbalik untuk menjadikan pamerannya menarik serta pemandangan yang berlainan dari yang lain.


Legoland Theme Park

Jangan ketinggalan untuk melawat Legoland Theme Park Malaysia sepanjang kunjungan anda di Senai. Ianya hanya mengambil masa selama 24 minit pemanduan dari Senai. Legoland Malaysia merupakan taman tema antarabangsa Malaysia yang pertama yang telah dibuka di Iskandar Puteri, Johor. Legoland menawarkan lebih dari 70 permainan, papan luncur, persembahan dan tarikan untuk ahli keluarga dan kanak-kanak pelbagai umur.


Puteri Harbour

Puter Harbour telah berjaya menjadi sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia dengan tumpuan utama kepada gaya hidup mewah di persisiran air. Ianya mempunyai kemudahan seperti marina, terminal feri, sewaan bot mewah, sukan air dan pelayaran. Bagi kanak-kanak pula, mereka pasti akan teruja dengan Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas town yang turut terdapat di sini.


Sultan Iskandar Complex

Anda boleh meluangkan masa dengan melawat Kompleks Sultan Iskandar yang akan mengambil masa perjalanan selama 30 minit dari Senai. Kompleks Sultan Iskandar merupakan pembangunan yang besar di Johor Bahru. Ianya menempatkan kaunter pemeriksaan Imigresen dan kastam serta mempunyai keindahan seni bina Malaysia yang moden.


Hotel

Le Grandeur Palm Resort Johor

Menginap di Le Grandeur Palm Resort Johor merupakan pilihan yang tepat sekiranya anda berkunjung ke Senai. Resort ini terletak berhampiran dengan tarikan pelancongan seperti Johor Premium Outlet pada jarak 6.6 km dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jarak 1.87 km. Sebagai sebuah resort mewah bertaraf 5 bintang ianya menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang ekslusif kepada para pengunjung. Dengan kedudukan lokasinya yang strategik, resort ini memberikan anda peluang untuk mengunjungi tarikan-tarikan pelancongan utama yang berada di sekitarnya.


Impiana Hotel Senai

Impiana Hotel Senai merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Pusat Bandar Senai. Hotel ini terletak berhampiran dengan pusat tarikan pelancongan seperti Johor Premium Outlet hanya pada jarak 3 km serta Danga Bay pada jarak 15km. Untuk para pengunjung yang mencari penginapan yang selesa pada harga berpatutan, Impiana Hotel Senai merupakan pilihan tepat buat anda yang menyediakan segala kemudahan asas yang lengkap serta perkhidmatan yang baik.


evtbvsrwfq