1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9582 Hotel)
    >
  3. Johor
    (914 Hotel)
    >
  4. Johor Bahru
    (647 Hotel)
    >
  5. Skudai
    (36 Hotel)

Hotel Mewah di Skudai, Johor Bahru

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 28 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Skudai

EXTERIOR_BUILDING GoodHope Hotel Skudai Johor Bahru

GoodHope Hotel Skudai Johor Bahru

Hotel
Skudai, Johor Bahru
Menyenangkan
8.1
(211 Reviews)
Lihat Harga
See all 36 Hotels near Skudai

Facts about hotel in Skudai

Popular Hotel
GoodHope Hotel Skudai Johor Bahru
Popular Landmark
Domino's Pizza Taman Universiti, Mutiara Rini Park

Ulasan Tetamu dari Hotel di Skudai

8.5
Mengagumkan
1,336 ulasan dari hotel di Skudai dengan purata penarafan 8.5/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Skudai akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
NURUL A. B. M. A.
Ini adalah profil peribadi.
1 Nov 2019
Bilik yang memuaskan dengan harga yang berpatutan! Tempat sangat dekat dengan mcd, & mall, boleh jalan kaki sahaja, namun begitu agak sukar untuk mendapatkan parking. Overall memuaskan & selesa.
Muhammad F. B. M.
Ini adalah profil peribadi.
5.6
/ 10
7 Nov 2017
Tempat parking kereta sukar didapati.
Pipiet S.
Ini adalah profil peribadi.
17 Aug 2019
Bilik tak begitu besar tapi boleh lah buat tidur.
CC
CONNIE CONNIE
29 Apr 2019
Bilik ok, katil ok, service bagus, cuma bising sikit.
Masinah B. S.
Ini adalah profil peribadi.
10 Aug 2018
Everything okey, bersih dan kemas.
mohd z.
Ini adalah profil peribadi.
30 Sep 2022
Aircond tak sejuk, nak call operator minta ito pun tak dapat.
WAN S. B. M. H.
Ini adalah profil peribadi.
13 Nov 2018
Saya membuat permintaan khas untuk mendaftar masuk awal pada pukul 9 pagi. Tetapi kakitangan hotel tidak menghantar e-mel kepada saya apa-apa tentang bilik tidak tersedia pada masa ini. Para kakitangan harus memaklumkan saya sebelum ini dan saya terpaksa pergi ke tempat lain sebelum saya dapat masuk. Yang terburuk saya harus menghadiri acara untuk majlis tamat pengajian UTM jam 2 petang. Saya mendaftar masuk jam 6 petang.
BOON M. N.
Ini adalah profil peribadi.
9.7
/ 10
3 Mar 2019
Lokasi yang hebat. Bilik yang tenang walaupun terdapat bar dan restoran di luar. Hotel ini mempunyai semua yang diperlukan hanya untuk penginapan yang cepat. :)

Tentang

Skudai atau nama purbanya adalah Seekor Kuda merupakan sebuah bandar di Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Skudai adalah sebahagian daripada koridor pertumbuhan baru di barat daya Johor, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Iskandar Puteri. Penduduk di kawasan itu dicatatkan seramai 160,000 sehingga 210,000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Ia adalah ibu pejabat Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan ia terkenal dengan kampus Universiti Teknologi Malaysia. Skudai terletak 13 km dari Larkin, 4 km dari Senai dan 16 km dari Johor Bahru City.

Skudai mempunyai beberapa buah pusat membeli-belah seperti Skudai Parade, AEON Taman Universiti, KIP Mart, Skudai Mall, Kedai di Taman Ungku Tun Aminah, Sutera Mall di Taman Sutera Utama, U Mall di Taman Pulai Utama, Bestmart di Taman Nusa Bestari, dan Giant Hypermarket, yang terletak di sepanjang Jalan Skudai.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Sekiranya anda lebih suka mengembara menggunakan kapal terbang, dapatkan penerbangan terus di bawah Firefly atau Malindo Air di Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Sekiranya anda melancong dengan AirAsia dan Malaysia Airlines, anda akan terbang dari di KLIA2. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 1 jam. Dari lapangan terbang, naik teksi untuk membawa anda ke Skudai. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 10 minit.

Menggunakan Bas

Perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan bas, dapatkan tiket di Terminal Bas Selatan dan anda akan melalui Lebuhraya Utara-Selatan terus ke Terminal Bas Larkin. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 jam. Dari terminal, dapatkan teksi untuk membawa anda ke Skudai. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 15 minit.

Tarikan Pelancongan

UTM Skudai

Universiti Teknologi Malaysia adalah universiti penyelidikan awam di Malaysia dan universiti yang berintensifkan penyelidikan, kejuruteraan, sains dan teknologi. UTM adalah antara universiti penyelidikan terkenal di Malaysia. Skudai adalah kampus baru UTM yang luasnya kira-kira 2,400 ekar yang dibuka pada 16 September 1985 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. UTM mempunyai kerjasama akademik serantau dan antarabangsa dengan syarikat-syarikat terkenal seperti Intel, Altera, dan Proton. UTM adalah salah satu daripada beberapa universiti awam di Malaysia yang telah mencapai status universiti penyelidikan sejurus menyediakan peluang untuk penyelidikan dan kerjasama industri melalui geran penyelidikan kerajaan.

Danga Bay

Danga Bay adalah taman rekreasi yang dibina di bandar Johor Bahru, Johor. Terletak berdekatan dengan Istana Bukit Serene dan terbentang di tepi laut yang indah berhadapan Selat Johor, ia menjadi tempat yang popular dalam kalangan penduduk setempat untuk menghabiskan waktu petang dengan keluarga dan rakan-rakan.

Hutan Bandar MP JBT

Terletak di Jalan Persiaran Mutiara Mas, Taman Seri Orkid, 81300 Johor Bahru, Johor, Hutan Bandar merupakan sebuah tempat terbaik bagi anda untuk melawat bersama keluarga anda. Selain daripada menawarkan udara segar yang tidak tercemar, pemandangan indah, ia juga menawarkan pelawat beberapa aktiviti luar yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pelawat boleh berjoging, berbasikal, berkelah dan banyak lagi.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terletak di bandar Senai, Daerah Kulai, Johor. Ia mampu menampung sehingga 4.5 juta penumpang dan 100,000 tan kargo setahun. Dengan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih yang berterusan, lapangan terbang ini perlahan-lahan menjadi salah sebuah pusat tarikan di Johor.

Hotel

Hani Muslim Homestay

Terletak di 11, Jalan Utama 13, Mutiara Rini, Johor Bahru, 81300, ini merupakan sebuah penginapan yang sempurna untuk mereka yang melancong ke Skudai dalam kumpulan yang besar seperti bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Teres dua tingkat ini dilengkapi sepenuhnya dengan perabot dan barang keperluan tetamu bagi memastikan tetamu menetap selesa seperti berada di rumah sendiri. Para tetamu tidak perlu bimbang tentang kawasan parkir kerana mereka boleh meletak kereta di halaman rumah tersebut. Kadar yang ditawarkan adalah RM257 semalam.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved