Hotel Mewah di Stulang Bahru

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Stulang Bahru,
  1. Hotel
    /
  2. Malaysia
    (10276 Hotel)
    /
  3. Johor
    (1004 Hotel)
    /
  4. Johor Bahru
    (724 Hotel)
    /
  5. Stulang Bahru
    (6 Hotel)

Kenapa Bayar Lebih

Bila Anda Boleh Bayar Kurang?

Pasang aplikasi kami untuk tawaran yang lebih besar!
Buka Peta
Julat Harga
Tetapkan semula
Setiap bilik, setiap malam
Rating Bintang
Toggle filter card
1
2
3
4
5
Rating Tetamu
Toggle filter card
7+ Sesuai
8+ Menakjubkan
9+ Hebat
Tetapkan semula
Apply

Hotel Mewah yang Popular di Stulang Bahru

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Stulang Bahru
0 hartanah ditemukan
Isih mengikut:
Paling Popular

Temui perkara yang Anda suka

Nikmati Kupon dari Traveloka Brand Day! 🎟️

Muat turun Traveloka App untuk menikmati kod kupon ini!
Pengguna Baharu

Tawaran Hotel

Diskaun hingga RM100, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Domestik)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Antarabangsa)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Tarikan dan Aktiviti

Diskaun hingga RM50, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Pelayaran

Diskaun hingga RM450, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Kupon Semua Produk

Diskaun hingga RM300 untuk Pengguna Baru, untuk semua produk.

Tentang Stulang Bahru

Stulang Bahru adalah sebuah perbandaran moden yang terletak di negeri Johor, Malaysia. Bersama-sama dengan Stulang, ia dianggap sebagai pinggiran bandaraya Johor Bahru yang juga ibu daerah Johor Bahru. Terletak kira-kira 5 kilometer jauhnya dari pusat bandar, ia ditadbir di bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan Jalan Stulang Bahru sebagai jalan utama. Sebelum ini, kawasan tersebut adalah kawasan kampung nelayan kecil yang menghadap ke Selat Johor. Pada masa kini, banyak kedai-kedai komersial dan pusat membeli-belah dibina di sini dalam jarak dekat antara satu sama lain di samping rumah-rumah pangsa dan kondominium yang sedemikian banyaknya. Di samping itu, ia juga dekat dengan kawasan istana diraja kerajaan Sultan Johor, iaitu Pasir Pelangi. Hakikatnya, bandar ini juga terletak berhampiran dengan tarikan pelancong utama lain di Johor Bahru, yang seterusnya meningkatkan ekonominya, lebih-lebih lagi dengan kemasukan pelancong Singapura ke Malaysia melalui Johor.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) keluar di susur keluar Pandan sebelum meneruskan perjalanan ke Stulang Bahru. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira tiga jam dan tiga puluh minit bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.

Menggunakan Kereta Api

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pengunjung boleh menaiki kereta api Express Rail Link (ERL) yang menuju ke laluan KL Sentral / Bandar Tasik Putrajaya / Cyberjaya / Salak Tinggi / KLIA. Di sana, mereka boleh menaiki koc selatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan berhenti di stesen Gemas sebelum memilih untuk bertukar ke koc “shuttle/intercity” untuk pergi ke Johor Bahru Sentral.

Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres terdekat adalah Larkin Sentral yang terletak di BT 5, Jalan Garuda. Ambil perjalanan terus ke Johor Bahru dari terminal Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Maju Express, Billion Stars dan Transnasional Express. Dari sini, ambil perkhidmatan bas tempatan, teksi atau perkhidmatan perkongsian perjalanan seperti Uber dan Grab ke Stulang Bahru.

Tarikan Pelancongan

Pantai Stulang

Pantai Stulang atau juga dikenali sebagai Pantai Stulang Laut adalah kawasan tepi pantai di sebelah timur Johor Bahru, yang terletak bersebelahan Jalan Sultan Ibrahim. Pantai ini mendapat namanya dari Kampung Stulang Laut, yang merupakan sebuah kampung nelayan yang terletak di sepanjang pantai. Ia adalah pantai yang agak kecil berbanding dengan pantai biasa, namun ianya sesuai untuk berjalan-jalan dan menikmati pemandangan menghadap laut dan melihat Singapura dari Johor. Banyak orang akan datang ke sini untuk berkelah juga. Berdekatan pantai ini, terdapat kedai bebas cukai, hotel dan terminal feri untuk perjalanan ke Batam dan Bintan di Indonesia.

Zoo Johor

Zoo ini terletak Jalan Gertak Merah, Johor Bahru yang berdekatan dengan Muzium Diraja dan Istana Johor Bahru. Ianya boleh ditemui dengan pantas sebaik sahaja memasuki kawasan bandar. Ia adalah salah satu zoo yang tertua di negara ini, penubuhannya dapat ditelusuri semula pada tahun 1928, yang mana ianya dibuka oleh Sultan Johor pada ketika itu, Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Berbanding zoo lain di negara ini, zoo ini bersaiz agak sederhana dan pada satu ketika dahulu pernah dianggap sebagai "taman haiwan". Terdapat sekurang-kurangnya seratus spesies haiwan termasuklah beberapa spesis gorila, gajah, flamingo, kuda, singa dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa spesis binatang di sini yang sedang berada dalam status terancam, maka ini adalah peluang berharga untuk melihat mereka. Kawasan zoo ini diselenggarakan dengan baik dengan pelbagai gerai makanan dan pertunjukan haiwan untuk hiburan dengan keluarga dan sahabat. Zoo ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, manakala bayaran masuk hanya tiga ringgit bagi setiap seorang.

Taman Merdeka

Taman rekreasi ini terletak di Jalan Kolam Ayer. Dibuka kepada orang ramai pada tahun 2011, taman ini mengambil masa sembilan tahun pembinaan dengan kos sebanyak 13 juta ringgit. Selain daripada kawasan yang besar dengan laluan untuk berjoging, terdapat juga pancuran air dengan muzik, yang turut disertai dengan limpahan lampu bergemerlapan pada waktu malam. Taman-taman ini disusun untuk mempunyai sembilan laman, masing-masing menggambarkan satu bab dalam sejarah moden Malaysia dari zaman Tanah Melayu sehingga mencapai kemerdekaan dan membentuk Persekutuan Malaysia.

Soalan Lazim

Di manakah kawasan terbaik untuk menginap di Stulang Bahru?
Kawasan terbaik untuk tinggal di Stulang Bahru ialah Nusajaya / Legoland, Skudai, Pasir Gudang, Gelang Patah, Danga Bay, Larkin, Masai, Pulai, Ulu Tiram, Senai / Lapangan Terbang.
Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved