1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9492 Hotel)
    >
  3. Kedah
    (560 Hotel)
    >
  4. Langkawi
    (389 Hotel)
    >
  5. Tanjung Rhu
    (6 Hotel)

Hotel Mewah di Tanjung Rhu, Langkawi

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 28 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Tanjung Rhu

EXTERIOR_BUILDING Tanjung Rhu Resort

Tanjung Rhu Resort

Resort
Tanjung Rhu, Langkawi
Mengagumkan
8.5
(44 Reviews)
Lihat Harga
VIEW_ATTRACTIONS Four Seasons Resort Langkawi

Four Seasons Resort Langkawi

Resort
Tanjung Rhu, Langkawi
Dengan penginapan di Four Seasons Resort Langkawi di Langkawi, anda akan berada di taman negara, dalam lingkungan 5 minit memandu dari Pantai Tanjung Rhu dan Pasir Panjang. Tempat peranginan 5 bintang ini berada 18.6 km dari Jambatan Gantung Langkawi dan 10.9 km dari Taman Hidupan Liar Langkawi.
Mengagumkan
8.8
(6 Reviews)
Lihat Harga
See all 6 Hotels near Tanjung Rhu

Facts about hotel in Tanjung Rhu

Popular Hotel
Tanjung Rhu Resort, Four Seasons Resort Langkawi
Popular Landmark
Tanjung Rhu Beach, Rhu Bar

Ulasan Tetamu dari Hotel di Tanjung Rhu

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Tanjung Rhu dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Tanjung Rhu akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Nur A.
Ini adalah profil peribadi.
13 Nov 2021
Resort cantik, tapi xdak lif, untuk orang tua mungkin xsesuai
Christian F.
Ini adalah profil peribadi.
28 Jun 2022
Vila kolam adalah super, sangat besar. Dan kami mempunyai pantai peribadi kami sendiri betul-betul di hadapan vila. Luar biasa. Ia adalah harta tanah lama dan diselenggara dengan sangat baik.

Tentang

Terletak di Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah, berhampiran Pantai Pasir Hitam yang terkenal, terdapat pantai yang lebih digemari dalam kalangan pelancong, iaitu Tanjung Rhu. Pantai Pasir Hitam dan Pantai Cenang mungkin tempat tarikan biasa tetapi tidak untuk Tanjung Rhu. Ia adalah tempat untuk orang berada untuk berehat di sebuah pantai yang lebih tenang dan santai di mana ia terletak di dalam hutan yang rimbun dan memerlukan pengunjung untuk melalui jalan yang berbengkang-bengkok untuk sampai ke sini. Pantai yang tidak disentuh ini menawarkan pemandangan laut yang indah, pasir halus dan air jernih kerana terletak di sudut terpencil dan di sebelah utara Langkawi.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Feri

Anda boleh melayari feri dari Jetty Point seperti Penang, Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Perjalanan itu akan lebih dari 2 jam, 1 dan setengah jam dan 45 minit masing-masing untuk ke Langkawi Jetty Point. Dari Langkawi Jetty Point, naiki teksi untuk membawa anda ke Tanjung Rhu.

Menggunakan Kapal Terbang

Anda juga boleh memulakan perjalanan dari Singapura, Kuala Lumpur, Subang dan juga Pulau Pinang terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi melalui penerbangan domestik seperti Malaysia Airlines, AirAsia, FireFly dan Malindo. Dari lapangan terbang, naik teksi ke Tanjung Rhu.

Tarikan Pelancongan

Pulau Payar

Pulau Payar merupakan sebuah taman marin yang menawarkan perlindungan untuk kehidupan marinnya yang pelbagai. RM5 adalah yuran masuk yang dikenakan untuk setiap seorang yang berkunjung ke Pulau Payar. Dari Jetty Point Langkawi, pengunjung akan menaiki feri ke Pulau Payar di mana perjalanan akan mengambil masa kurang daripada satu jam. Payar Island juga merupakan tempat snorkeling dan menyelam di mana ia terkenal dengan karangnya yang cukup cantik dan berwarna warni. Para pengunjung ke Pulau Payar pasti akan berpuas hati dan berseronok berenang di air laut yang jernih ini.

Hotel

Four Seasons Resort

Dicalonkan sebagai Gold List 2016 for Favourite Beach Resorts in the Word, Four Seasons adalah resort lima bintang yang memaparkan kombinasi sempurna hutan hijau dan lautan biru. Memaparkan resort berkonsep unik dalam kemewahan, ia menempatkan sejumlah 91 bilik tamu yang masing-masing bertaburan di sekitar hutan yang luas dipersisiran pantai. Terdapat pavilion dan vila. Pavilion dihiaskan dalam reka bentuk tradisional Melayu yang unik, kemudahan dalam bilik yang moden dan taman yang indah mengelilinginya. Manakala, vila pula lebih besar berbanding dengan pavilion dan vila dihiaskan dalam reka bentuk yang lebih moden dengan pemandangan sama ada pantai atau taman. Bukan itu sahaja, pavilion dan vila masing-masing mempunyai empat dan lima jenis bilik-bilik yang berbeza. Setiap bilik direka dengan bilik mandi berlantaikan marmar, satu katil bersaiz king atau dua katil kembar, mesin kopi espresso yang pasti akan menambatkan lagi hati pencinta kopi dan banyak lagi kemudahan dalam bilik untuk kelengkapan para tetamu.

Tanjung Rhu Resort

Menerima Anugerah Pilihan Pelancong pada 2016, Tanjung Rhu Resort sentiasa menjadi saingan kepada Four Seasons Resort. Terletak berdekatan dengan Four Seasons Resort, Tanjung Rhu Resort juga tidak dapat disangkal lagi kehebatannya. Rimbunan pohon-pohon Casuarina memberikan suasana yang teduh dan mendamaikan manakala pantai yang bersih pula memberikan pemandangan indah pada resort ini sejurus membuatkannya kelihatan bagai syurga yang penuh dengan ketenangan. Inilah yang paling dicari-cari oleh para pelancong. Resort ini menempatkan beberapa jenis bilik seperti Damai Suite, Cahaya Suite, Bayu Suria Suite, Bayu Senja Suite dan Anjung Suite. Setiap suite dibina dengan lantai kayu, tingkap besar yang mengahadap sama ada taman, kolam renang atau laut yang luas. Bukan itu sahaja, masing-masing dihiasi dalam konsep mewah namun santai. Bilik-biliknya sangat luas dan dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik yang mewah dan moden berserta balkoni. Diiktiraf sebagai resort lima bintang, Tanjung Rhu akan memastikan tetamunya berpuas hati dengan perkhidmatan mereka, menikmati setiap saat menginap di sana dan mengalami percutian yang bermakna di resort itu.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved