Belukar Lodges adalah sebuah penginapan yang tepat bagi para pengunjung yang datang bersama sekumpulan rakan dan keluarga. Homestay ini terletak hanya 10 minit sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Selain itu, semua bilik di homestay ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas. Bagi pilhan tempat makan, para tetamu boleh menjamu selera di restoran berhampiran dan mereka boleh ke sebuah kafe yang hanya mengambil masa beberapa minit dengan berjalan dari homestay. Homestay ini juga telah menyediakan perkhidmatan yang sangat bagus untuk memberi kemudahan bagi tetamu mereka. Lokasi Belukar Lodges juga sangat strategik kerana ia terletak berhampiran dengan banyak tempat yang menarik di Langkawi.
Bagaimana untuk ke Belukar Lodges
Cara yang terpantas untuk sampai ke Belukar Lodges adalah dengan menaiki kapal terbang. Para pengunjung dari pusat bandar Kuala Lumpur akan mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Perjalanannya akan mengambil masa selama 55 minit. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, mereka boleh menyewa kereta atau menaiki teksi untuk ke homestay. Perjalanan dari lapangan terbang ke homestay pula hanya mengambil masa selama 10 minit dengan memandu.
Pilihan Bilik di Belukar Lodges
Terdapat dua jenis bilik di Belukar Lodges. Antaranya ialah Bilk Tidur Keluarga dan Studio untuk Satu Bilik Tidur. Bagi Bilik Tidur Keluarga, ia mempunyai saiz sebesar 20 meter persegi dan homestay ini telah menyediakan katil dua tingkat. Bilik ini telah dilengkapi dengan penyaman udara, kipas siling, meja, televisyen dan balkoni. Bagi bilik mandi pula, ia mempunyai bilik mandi peribadi bersama pancuran mandian dan air panas. Terdapat juga pengering rambut dan peralatan mandian yang telah disediakan untuk para tetamu. Walau bagaimanapun, Wi-Fi secara percuma dan sarapan pagi tidak termasuk untuk pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini ialah RM 145.50 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Seterusnya ialah Studio untuk Satu Bilik Tidur. Saiz bilik ini adalah 20 meter persegi dan ia mempunyai katil dua tingkat. Bilik ini telah dilengkapi dengan penyaman udara, kipas siling, televisyen, meja dan balkoni. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi, air panas, pancuran mandian, pengering rambut dan peralatan mandian secara percuma. Walau bagaimanapun, pakej bilik ini tidak termasuk Wi-Fi dan sarapan pagi secara percuma untuk para tetamu. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini ialah RM 145.50 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Restoran dan Kafe berhampiran dengan Belukar Lodges
Terdapat sebuah restoran yang dipanggil sebagai The Fat Frog Restaurant yang hanya mengambil masa selama 8 minit dengan memandu dari Belukar Lodges. The Fat Frog Restaurant telah menawarkan pelbagai jenis makanan dari hidangan permulaan hingga ke pencuci mulut dan minuman. Tambahan pula, jus minuman yang mereka telah sediakan sangat segar dan mereka telah menawarkan menu yang berkhasiat kepada pelanggan mereka. Selain itu, restoran ini juga menawarkan menu vegetarian dan bukan vegetarian. Para pelanggan dapat menikmati hidangan mereka sambil melihat pemandangan yang indah di sekitar kawasan restoran ini. Tambahan pula, suasana di restoran ini sangat santai.
Bagi pencinta kopi, terdapat sebuah kafe yang terdekat iaitu Santai @ Kuza & Luke Cafe Langkawi. Kafe ini telah menyajikan makanan yang terbaik dengan campuran masakan Melayu dan Barat. Terdapat pelbagai jenis kopi seperti espreso, latte dan americano dan jus yang segar di dalam menu mereka. Selain itu, para pelanggan juga boleh membuat tempahan untuk tempat duduk mereka. Santai @ Kuza & Luke Cafe Langkawi terletak hanya 14 minit dengan memandu dari Belukar Lodges.
Kemudahan dan Aktiviti di Belukar lodges
Belukar Lodges telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan. Antaranya adalah para tetamu boleh membuat daftar awal masuk atau daftar keluar lewat di kaunter penyambut tetamu. Selain itu, mereka boleh mengunjungi di beberapa kedai dan membeli beberapa barangan runcit yang berdekatan dengan homestay ini.
Tempat Menarik berhampiran Belukar Lodges
Makam Mahsuri -
Makam Mahsuri adalah salah satu tarikan utama di Langkawi. Ia adalah tempat kubur bagi Puteri Mahsuri. Para pelawat yang datang ke tempat ini dapat mempelajari sejarah Puteri Mahsuri. Pada zaman dahulu, Mahsuri telah berkahwin dengan cintanya ketika konflik bersama Siam. Pada masa itu, insiden bermula dengan kecantikannya dan berakhir dengan sumpahan untuk tujuh generasi. Langkawi telah melalui kesusahan untuk tujuh generasi sebelum ia dikenali sebagai destinasi pelancongan. Terdapat beberapa barang kemas dan senjata yang digunakan semasa kematian Mahsuri serta potret besar Mahsuri dan keturunannya turut dipaparkan di muzium Makam Mahsuri. Selain itu, para pengunjung dapat melihat senibina Melayu dengan melihat rumah-rumah kayu di Makam Mahsuri. Bayaran kemasukan untuk penduduk tempatan ialah RM 5 untuk seorang dewasa dan bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun akan dikenakan RM 2.50 seorang. Bagi pelancong asing, yuran untuk seorang dewasa ialah RM 10 dan bagi kanak-kanak ialah RM 5 untuk seorang. Tempat ini dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Perjalanan dari Belukar Lodges ke Makam Mahsuri mengambil masa selama 8 minit dengan memandu.
99 East Golf Club -
99 East Golf Club atau dahulunya dikenali sebagai Kelab Golf Langkawi adalah kelab golf yang pertama di Pulau Langkawi. Pada tahun 2012, mereka telah menukar namanya ke 99 East Golf Club apabila tempat ini telah direka semula. Bagi mereka yang suka bermain golf, mereka harus mengunjungi ke kelab golf ini. Padang golf di kelab ini mempunyai laluan golf yang susah, bunker dan perangkap pasir. Para pemain juga boleh melihat pemandangan laut yang indah, gunung dan hutan hujan dari padang golf ini. Selain itu, mereka boleh menikmati hidangan di Yard Arm Café. Semua makanan yang telah ditawarkan dikenakan pada harga yang berpatutan. Para pengunjung yang datang dari Belukar Lodges boleh mengambil masa 8 minit dengan memandu untuk ke 99 East Golf Club.
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi -
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi adalah satu-satunya lapangan terbang di Pulau Langkawi. Lapangan terbang ini mengambil penerbangan domestik dan antarabangsa. Sebelum ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hanyalah tempat pendaratan kecil di mana ia dapat mengendalikan hanya 20 orang penumpang sehari yang pada tahun 1987. Tidak lama selepas itu, lapangan terbang memulakan operasi pertama mereka dan lapangan terbang mula berkembang dan dibina menjadi sebuah penerbangan antarabangsa pada 2 November 1988. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terkenal sebagai tuan rumah Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA). Acara besar ini biasanya diadakan setiap tahun. Terdapat ramai peserta dari seluruh dunia yang menyertai acara ini. Acara ini adalah pameran udara dan ia memaparkan teknologi maritim dan aeroangkasa terkini. Para pelancong boleh datang melawat untuk melihat pameran udara yang luar biasa semasa musim LIMA. Para tetamu dari motel hanya perlu memandu selama 10 minit ke lapangan terbang ini.
Atma Alam Batik Art Village -
Bagi mereka yang merancang untuk bercuti di Langkawi, mereka perlu datang ke Atma Alam Batik Art Village. Atma Alam Batik Art Village mempunyai tiga bahagian iaitu Batik Workshop, Batik Showroom dan Galeri Seni. Terdapat juga karya seni dan kain batik yang dipaparkan di bahagian ini. Bagi Batik Showroom, terdapat banyak rekaan batik yang dibuat oleh artis tempatan. Bagi Galeri Seni, pelancong boleh melihat semua lukisan, kraf tangan dan karya seni yang dibuat oleh artis tempatan. Tempat ini menawarkan produk batik dan kraf tangan yang berkualiti tinggi dan mereka mengenakan harga dengan harga yang berpatutan. Selain itu, Atma Alam Batik Art Village terletak di pusat Padang Matsirat. Tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Perjalanan dari motel ini ke Atma Alam Batik Art Village mengambil masa selama 8 minit dengan memandu.