Erica Hotel Johor Bahru pastinya untuk anda yang bakal ke Johor Bahru. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini semestinya memberikan pengalaman yang anda tidak akan dapat di tempat lain. Hotel ini terletak di Tanjung Puteri, Johor Bahru. Lokasi hotel ini sangat strategik. Anda dapat menikmati pantai di sini serta bandar. Pantai terdekat hanyalah 6 minit berjalan kaki daripada hotel. Hotel ini juga cuma 3 km daripada JB City Square dan Stesen Kereta Api JB Sentral. Terdapat pelbagai kedai, restoran dan tempat yang menarik untuk diterokai berhampiran hotel. Terdapat 8 jenis bilik yang anda boleh pilih sepanjang penginapan anda. Setiap bilik dilengkapi kelengkapan peribadi. Hotel ini sangat dekat dengan pantai dan bandar membuatkan ini sebab yang utama mengapa anda perlu memilih Erica Hotel.
Bagaimana untuk ke Erica Hotel
Cara untuk sampai ke Erica Hotel adalah sangat mudah kerana hotel ini terletak di tengah bandar Johor Bahru. Terdapat banyak cara pengangkutan untuk dipilih. Untuk ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan kereta, bas, kereta api dan juga kapal terbang. Jika anda membuat perjalanan ke Erical Hotel dari Kuala Lumpur dengan kereta, perjalanan anda akan mengambil masa sepanjang 3 atau 4 jam. Anda juga boleh menggunakan bas atau kereta api untuk ke Johor Bahru. Selain itu, anda juga boleh mengambil penerbangan ke Johor Bahru yang hanya mengambil masa selama 55 minit sahaja. Dari Terminal Bus Larkin Sentral, anda boleh mengambil teksi untuk ke Erica Hotel. Perjalanan hanya mengambil 14 minit sahaja. Jika anda menggunakan kereta api, anda akan anda akan tiba di Stesen JB Sentral. Dari situ, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke hotel. Jaraknya hanya 3 km sahaja. Manakala jika anda menggunakan penerbangan, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, anda boleh mengambil teksi untuk ke Erica Hotel. Perjalanan hanya mengambil 34 minit sahaja. Jika anda tidak pasti di mana hotel tersebut, anda boleh cari JB City Square kerana ia berdekatan dengan hotel. Walaubagaimanapun, hotel ini mudah dijumpai kerana bangunannya yang tinggi.
Pilihan Bilik di Erica Hotel
Terdapat 8 jenis bilik yang anda boleh pilih di Erica Hotel ini iaitu Standard Twin Room, Standard Queen Room, Superior Twin Room, Superior Twin Room, Superior Queen Room, Family Room, Deluxe Queen Studio, Presidential Suite, Deluxe Twin Studio.
Standard Twin Room merupakan bilik yang tiada tingkap. Ia mempunyai dua 2 katil bersaiz single. Standard Queen Room juga merupakan bilik yang tidak mempunyai tingkap tetapi bilik ini mempunyai 1 katil besar double bed.
Manakala bagi Superior Twin Room, ia mempunyai 2 katil bersaiz single manakala Superior Queen Room mempunyai 1 katil besar double bed.
Hotel ini juga mempunyai Family Room yang menawarkan 1 katil bersaiz single dan 1 katil besar double bed.
Deluxe Twin Studios mempunyai 2 katil bersaiz single manakala Deluxe Queen Studios mempunyai 1 katil besar double bed.
Jika anda inginkan penginapan yang mewah, anda boleh tinggal di Presidential Suite kerana ia mempunyai 1 katil yang lebih besar dan 1 sofa bed.
Restoran dan Kafe di Erica Hotel
Semua pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman di restoran yang terdapat di hotel secara buffet atau pun ala carte. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan pesanan makanan untuk di hantar ke bilik anda. Selain itu, pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman di restoran dan kafe di sekitar 1 km daripada hotel. Anda juga boleh mencuba makanan tempatan Johor Bahru sementara anda di sini.
Kemudahan dan Aktiviti di Erica Hotel
Untuk menjamin keselesaan anda sepanjang berada di Erical Hotel, hotel ini menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pelanggannya. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, Wi-Fi percuma. Setiap bilik mempunya TV dan juga bar mini. Hotel ini juga mempunyai perkhidmatan meja hadapan 24 jam. Untuk keselesaan anda juga, anda boleh meminta hotel untuk menguruskan urusan perjalanan anda dari lapangan terbang ke hotel dengan caj yang ditetapkan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merancang perjalanan anda melalui hotel di kaunter tempahan lawatan. Perkhidmatan dobi, pengemasan bilik dan penyimpanan bagasi juga terdapat di Erica Hotel.
Tempat Menarik berhampiran Erica Hotel
Musium Heritage Cina –
Musium ini terletak di Johor Bahru dan hanya 2.2 km daripada hotel. Museum ini memaparkan sejarah komuniti cina di Johor Bahru.
Zoo Johor –
Dengan jarak hanya 4.2 km daripada hotel, anda boleh mengisi hari anda dengan melawat Zoo Johor. Zoo Johor ini juga dikategorikan sebagai antara zoo tertua dia dalam Malaysia kerana Ia dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih 100 spesis haiwan yang di Zoo Johor. Bayaran kemasukan ke Zoo Johor hanyalah serendah RM 3.
JB City Square –
Jika anda mencari tempat untuk berhibur dan berbelanja, anda boleh pergi ke JB City Square yang terletak hanya 3 km daripada hotel.