1. Hotel
  2. Malaysia(5,928 hotel)
  3. Kuala Lumpur(1,170 hotel)
  4. Kuala Lumpur(1,168 hotel)
  5. Bandaraya Kuala Lumpur(190 hotel)
  6. Grand Hyatt Kuala Lumpur

Grand Hyatt Kuala Lumpur

Hotel
12 Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 50450
Featured Image
Bathroom
Spa
Check-in/Check-out Kiosk
Exterior
Lihat semua gambar
Mengagumkan
8.6/10
Merujuk kepada 23 tetamu
Berdasarkan 2,935 ulasan tetamu
Parkir
Kolam Renang
Meja Depan 24j
Lif
WiFi

Tarikan berhampiran
Kuala Lumpur Convention Centre
(0.11 km)
Aquaria KLCC
(0.18 km)
Raja Chulan Monorail Station
(0.32 km)
Suria KLCC Shopping Centre
(0.46 km)
Log masuk untuk mendapat tawaran hotel hebat sehingga 25%!
Ulasan oleh pengguna Traveloka
Ulasan

Berdasarkan 23 ulasan

8.6
Mengagumkan
Hebat
7
Bagus
14
Memuaskan
1
Biasa
1
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
Diterjemahkan oleh Google
9.7
- Perjalanan perniagaan
Lovely hotel dan kakitangan yang sangat bagus
9.7
- Perjalanan perniagaan
Nice hotel, makan, kemudahan dan kakitangan yang bagus
9.7
- Percutian keluarga
Pemandangan bagus, layanan yang baik, tempat yang strategik
9.1
- Kembara Beg Galas
Very nice hotel, berhampiran dengan klcc Bersih
9.7
- Perjalanan perniagaan
kakitangan Good..clean..near klcc..friendly
9.1
- Percutian keluarga
Secara keseluruhan hotel nya sudah sangat baik
Pertama
Sebelumnya
1
Seterusnya
Akhir
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan hotel

Keterangan

Polisi hotel

  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Pekerja rencam
    • Perkhidmatan dobi
    • Daftar masuk ekspres
    • Daftar keluar ekspres
    • Suratkhabar di lobi
    • Perkhidmatan dobi
    • Penyimpanan bagasi
    • Kakitangan berbilang bahasa
    • Penjaga pintu
    • Lawatan
    • Perkhidmatan perkahwinan
  • Aktiviti
    • Pusat kecergasan
    • Spa
    • Kolam renang terbuka
    • Spa
  • Kemudahan Perniagaan
    • Pusat perniagaan
    • Stesen komputer
    • Bilik persidangan
    • Bilik persidangan
  • Kemudahan Umum
    • Lif
    • Parkir
    • Peti keselamatan
  • Makanan dan Minuman
    • Sarapan dengan surcaj
    • Bar tepi kolam renang
  • Kanak-kanak dan Haiwan Peliharaan
    • Penjagaan anak dengan surcaj
  • Pengangkutan
    • Sewaan kereta
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma

    Dengan pengalaman hospitaliti lebih daripada 60 tahun, Hyatt Development telah berjaya menyerlahkan keupayaannya dalam menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada tetamunya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Meluaskan empayarnya di Malaysia, hotel bertaraf 5 bintang yang serba mewah ini, iaitu Grand Hyatt Kuala Lumpur merupakan pilihan sempurna bagi urusan lawatan perniagaan, percutian romantik ataupun sekadar untuk beristirehat. Apabila berada di hotel ini, anda pasti akan terbuai dengan kemewahan dan penginapan yang selesa sambil ditemani pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menakjubkan. Hotel ini menonjolkan rekaan seni bina yang unik dan sesuai dengan lokasi hotelnya yang terletak di bandar paling sibuk di Malaysia dengan menggabungkan rekaan moden yang disulami dengan ketelitian yang tinggi dalam hiasannya di lobi dan biliknya.


    Cara untuk ke Grand Hyatt Kuala Lumpur


    Terletak di Jalan Pinang Kuala Lumpur, Grand Hyatt hotel terletak di kawasan tumpuan iaitu “Segitiga Emas” yang menawarkan pelbagai kemudahan membeli-belah dan hiburan. Di sini, terdapat stesen LRT serta monorel dalam jarak beberapa ratus meter dari hotel. Untuk datang ke Grand Hyatt dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), anda boleh menggunakan perkhidmatan ERL KLIA Transit ke KL Sentral yang merupakan hab pengangkutan awam utama di bandar raya ini. Dari sini, anda boleh memilih beberapa cara untuk ke hotel sama ada dengan menggunakan teksi ataupun perkhidmatan monorel ke hentian Raja Chulan.


    Bagi mereka yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi, anda dinasihatkan untuk membeli kupon teksi daripada kaunter di bahagian luar bangunan ini bagi mengelakkan anda daripada berurusan terus dengan pemandu teksi yang kadangkala mengenakan bayaran yang agak mahal. Dengan lokasinya yang strategik, Grand Hyatt juga boleh diakses dengan menggunakan bas awam ataupun perkhidmatan Uber.


    Dari hotel ini, anda boleh berjalan kaki ke beberapa lokasi menarik antaranya Menara Berkembar Petronas (0.50 km), Aquaria KLCC (0.18 km) dan Jalan Bukit Bintang (0.61 km). Tempat-tempat ini menyediakan variasi pilihan pusat membeli-belah, pusat hiburan dan tempat makan yang menarik! Bagi yang bercuti bersama kanak-kanak, terdapat kemudahan taman air serta taman permainan di kawasan taman KLCC yang terletak tidak jauh dari kawasan hotel dan anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke sini.


    Pilihan bilik yang ditawarkan oleh Grand Hyatt Kuala Lumpur


    Diiktiraf sebagai penginapan paling mewah di tengah bandar raya Kuala Lumpur, Grand Hyatt menyediakan 412 buah bilik dan suite yang menampilkan rekaan yang moden dan kontemporari dengan tona warna yang menenangkan. Terdapat beberapa pilihan bilik untuk anda iaitu standard, deluxe dan grand club, manakala bagi suite, anda boleh pilih untuk menginap di suite standard, diplomat ataupun presidential. Semua bilik tersebut dilengkapi dengan katil bersaiz king bagi memastikan tetamu mendapat keselesaan maksima. The Grand Club menawarkan kemudahan sarapan pada setiap pagi, minuman ringan sepanjang hari, minuman petang dan canapés.


    Bagi yang menginap di suite pula, anda ditawarkan bilik yang cukup luas dengan ruang tamu yang berasingan dan dilengkapi dengan sofa yang empuk, sesuai bagi mereka yang bercuti bersama keluarga tersayang. Terdapat juga ruang makan yang mempunyai meja makan memuatkan 10 tempat duduk, dilengkapi dengan barangan dapur dan juga bar mini. Kebanyakan bilik di sini menampilkan cermin dari siling ke lantai yang memberikan pemandangan menara berkembar, taman KLCC dan bandar yang mampu menarik perhatian setiap yang melihatnya.


    Restoran & Kafe di Grand Hyatt Kuala Lumpur


    Di Grand Hyatt Kuala Lumpur, tetamu boleh meraikan saat-saat istimewa di Thirty8, restoran terbaik di bandar ini yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dari barat, hidangan Jepun dan hidangan Cina sambil ditemani panorama menakjubkan dari tingkat atas bangunan hotel ini.


    Restoran JP Teres pula menawarkan variasi makanan asli Melayu, Cina dan India antaranya roti canai, rendang daging, laksa, nasi ayam, ais kacang, teh tarik dan banyak lagi bagi memuaskan cita rasa anda. Tempat ini adalah pilihan yang tepat jika anda ingin meluangkan masa selepas pulang dari kerja, semasa acara keluarga dan untuk bersantai bersama sahabat. Sementara itu, bahagian sekitar kolam renang pula sesuai jika anda ingin menikmati makanan yang ringkas dan menyihatkan. Nikmatilah pengalaman makanan yang unik serta pilihan hidangan yang disediakan khas oleh chef-chef terkemuka di restoran ini.


    Kemudahan dan Aktiviti disediakan oleh Grand Hyatt Kuala Lumpur


    Grand Hyatt Kuala Lumpur mensasarkan untuk memberikan kemudahan yang terbaik kepada para tetamu. Apabila anda menjejakkan kaki ke hotel ini, anda akan terasa seakan-akan berada di kawasan perlindungan, iaitu jauh dari kesibukan dan kepesatan ibu kota. Lobi Sky menawarkan perkhidmatan yang mesra dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu sepanjang hari. Terdapat kemudahan WiFi di seluruh kawasan hotel bagi memastikan anda kekal berhubung walau di mana saja anda berada.


    Selain itu, jangan lupa untuk ke Essa Spa yang menawarkan ruangan yang moden dengan kemudahan yang lengkap serta mempunyai mesin kardiovaskular yang serba canggih. Semua mesin-mesin ini dilengkapi platform untuk mengakses internet, memberikan peluang kepada para penggemar kecergasan untuk menonton video latihan ataupun televisyen semasa sesi senaman dijalankan. Kolam renang yang disediakan pula menawarkan keselesaan dan suasana yang serba selesa dikelilingi dengan pohon-pohon yang menghijau.


    Sama ada anda merancang untuk mengadakan mesyuarat korporat untuk 10 orang mahupun majlis perkahwinan serba mewah, Grand Hyatt Kuala Lumpur menawarkan ruang dan kumpulan pekerja khas yang mampu memenuhi semua permintaan anda. Hotel ini menampilkan tujuh lokasi yang unik dan versatil seluas 3,400 meter persegi yang dilengkapi kemudahan untuk bermesyuarat, peralatan bertaraf tinggi, jaringan internet yang laju dan kemudahan alat jalur lebar yang memberikan pengalaman luar biasa. Kumpulan katering dan perancang acara Grand Hyatt pula sentiasa bersedia untuk menurut apa sahaja perancangan anda dan cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya. Daripada penyediaan variasi makanan yang lazat sehinggalah pengalaman hospitaliti terbaik yang akan mengagumkan tetamu yang hadir ke acara anda.


    Tempat menarik sekitar Grand Hyatt Kuala Lumpur


    Sepanjang berada di sini, terokailah pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan. Cubalah melawat ke tarikan utama bersama-sama teman dan keluarga ke Taman Burung Kuala Lumpur. Taman burung ini merupakan sebuah taman burung dan taman tropika khas yang mempunyai 4 zon untuk dilawati. Taman burung ini dikatakan sebagai sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 20.9 ekar dan menjadi habitat kepada lebih dari 3,000 ekor burung dari 200 spesis yang berbeza.


    Di samping itu, rasailah pengalaman berjalan di sekitar Pasar Seni, Little India dan Chinatown yang terkenal dengan jualan pelbagai barangan kraftangan pada harga yang amat berpatutan. Walaupun berada pada tahap yang berbeza jika dibandingkan dengan tempat membeli-belah bertaraf tinggi seperti Pavillion dan KLCC, kawasan ini sentiasa dipenuhi dengan pelancong dari dalam dan luar negara, menjadikannya pasar malam paling sibuk di Bandar Raya Kuala Lumpur ini. Selain itu, bagi penggemar makanan, terdapat banyak gerai yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang lazat untuk dicuba di sekitar kawasan ini.


    Akhir sekali, bagi yang ingin melihat keindahan bandar raya ini, anda boleh berkunjung ke aras tertinggi Menara Berkembar Petronas untuk mendapatkan pemandangan terbaik dan anda juga boleh ke Batu Caves serta Royal Selangor Visitor Centre.


    Jadi, tunggu apa lagi? Buatlah tempahan untuk Grand Hyatt Kuala Lumpur di traveloka.com bagi mendapatkan promosi dan harga yang menarik.

    Anda mesti menunjukkan ID bergambar semasa mendaftar masuk. Kad kredit anda akan dicaj semasa anda membuat tempahan. Pilihan merokok/jenis katil tidak dijamin. Tempahan anda dibayar dahulu dan dijamin untuk ketibaan lewat. Caj keseluruhan adalah termasuk semua caj bilik dan cukai, serta bayaran tempahan. Sebarang caj sampingan seperti bayaran tempat letak kenderaan, panggilan telefon dan perkhidmatan bilik akan diuruskan terus antara diri anda dan hartanah tersebut.
    Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
    Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
    Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
    Perkhidmatan pengangkutan ulang-alik lapangan terbang 24 jam tersedia. Sila hubungi hartanah lebih awal untuk mendapat butiran lanjut.
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.