Hotel Jelai @ Raub

Hotel
35 & 36, Jalan Tan Tiong Bandar Raub, Bandar Raub, Raub, Pahang, Malaysia, 27600
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Hotel Jelai Raub adalah sebuah penginapan yang sering mendapat penarafan tinggi yang anda pasti ingin menginap jika anda berada di bandar Raub tidak kira untuk tujuan bercuti saja-saja atau ketika anda sedang dalam perjalanan perniagaan. Hotel dua bintang ini akan memberikan anda pengalaman hotel yang baik pada kadar nilai ekonomi yang pasti berbaloi untuk membayarnya. Hotel Jelai Raub boleh didapati di Lot 35 & 36, Jalan Tan Tiong, Bandar Raub yang berada sangat dekat dalam jarak berjalan kaki sahaja ke pusat bandar Raub. Disebabkan faktor tunggal lokasi ini sahaja, yakinlah bahawa anda tidak akan berasa bosan semasa anda tinggal di sini. Ini kerana hotel ini begitu berdekatan dengan bandar, yang membolehkan para tetamu untuk menerokai bandar Raub dan menikmati apa-apa yang ditawarkan oleh bandar itu selain daripada menggunakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Terdapat empat jenis bilik utama yang disediakan untuk semua tetamu yang ingin menginap semalaman di hotel ini. Semua bilik disediakan dengan sangat baik dengan kemudahan dalam bilik asas serta ciri-ciri tambahan yang dibuat dengan berbeza untuk bilik-bilik tertentu.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
35 & 36, Jalan Tan Tiong Bandar Raub, Bandar Raub, Raub, Pahang, Malaysia, 27600
Lobi Hotel Jelai @ Raub
Lobi 2 Hotel Jelai @ Raub

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Hotel Jelai @ Raub

Hotel Jelai Raub adalah sebuah penginapan yang sering mendapat penarafan tinggi yang anda pasti ingin menginap jika anda berada di bandar Raub tidak kira untuk tujuan bercuti saja-saja atau ketika anda sedang dalam perjalanan perniagaan. Hotel dua bintang ini akan memberikan anda pengalaman hotel yang baik pada kadar nilai ekonomi yang pasti berbaloi untuk membayarnya. Hotel Jelai Raub boleh didapati di Lot 35 & 36, Jalan Tan Tiong, Bandar Raub yang berada sangat dekat dalam jarak berjalan kaki sahaja ke pusat bandar Raub. Disebabkan faktor tunggal lokasi ini sahaja, yakinlah bahawa anda tidak akan berasa bosan semasa anda tinggal di sini. Ini kerana hotel ini begitu berdekatan dengan bandar, yang membolehkan para tetamu untuk menerokai bandar Raub dan menikmati apa-apa yang ditawarkan oleh bandar itu selain daripada menggunakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Terdapat empat jenis bilik utama yang disediakan untuk semua tetamu yang ingin menginap semalaman di hotel ini. Semua bilik disediakan dengan sangat baik dengan kemudahan dalam bilik asas serta ciri-ciri tambahan yang dibuat dengan berbeza untuk bilik-bilik tertentu.

Bagaimana untuk ke Hotel Jelai Raub

Walaupun Raub sebagai sebuah daerah sememangnya cukup besar, ketahuilah bahawa bandar Raub pula tidaklah begitu besar sebenarnya. Ini bermakna ia mudah untuk diterokai dan oleh kerana itu, anda akan dapat mencari Hotel Jelai Raub dalam masa yang singkat sahaja. Untuk sampai ke Raub pada mulanya, anda boleh memandu, mengambil bas atau menaiki kapal terbang. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, perjalanan ke hotel akan mengambil masa kira-kira 1 jam dan 30 minit. Masa ketibaan sebenarnya mungkin berubah-ubah bergantung pada keadaan lalu lintas semasa. Jika anda mengambil bas, anda akan diturunkan di Terminal Bas Raub Express, yang merupakan terminal bas utama di Raub. Dari terminal ini, anda boleh berjalan atau memesan teksi tambang murah atau perkhidmatan perkongsian perjalanan, kerana ia hanya memerlukan kurang dari lima minit untuk sampai ke hotel. Walau bagaimanapun, jika anda menaiki kapal terbang, anda akan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah. Dari sini dan seterusnya, anda perlu mengambil bas lain kerana ia akan menjadi sebuah perjalanan panjang untuk sampai ke hotel dari lapangan terbang. Memandangkan Hotel Jelai Raub terletak di tengah-tengah bandar Raub, terdapat beberapa tempat yang anda dapat lihat-lihat di sepanjang perjalanan anda untuk membantu anda mencari hotel. Mercu tanda yang disebutkan ialah SMK Mahmud dan Masjid Tengku Abu Bakar Raub. Tempat-tempat ini berada dalam jarak lima kilometer jauhnya dari hotel. Oleh itu, jika anda berjaya menemukan tempat-tempat ini, anda pastinya sudah berada berdekatan dengan hotel.

Pilihan Bilik di Hotel Jelai Raub

Terdapat empat jenis pilihan bilik utama yang disediakan untuk semua tetamu yang menginap di Hotel Jelai Raub dan mereka adalah Budget Double, Budget Twin, Deluxe Triple dan Family Room. Bilik-bilik ini dipasang dengan baik dengan kemudahan bilik di Hotel Jelai Raub yang asas dan beberapa ciri tambahan yang berbeza untuk bilik-bilik tertentu yang termasuk meja kerja, penghawa dingin, televisyen, kemudahan menyeterika, lantai kayu, pengering rambut dan pancuran mandian. Budget Double memperuntukkan katil Double manakala Bajet Twin memperuntukkan dua katil single. Walau bagaimanapun Deluxe Triple pula memperuntukkan sebuah katil double dan sebuah katil Single manakala Family Room memperuntukkan dua buah katil Double.

Restoran dan Kafe di Hotel Jelai Raub

Apabila waktu makan tiba dan perut pun mula berasa lapar, tetamu tidak perlu risau kerana terdapat beberapa snek dan minuman yang dijual di hotel untuk para tetamu mengisi perut mereka. Berdekatan hotel, ada beberapa restoran lain yang dapat memenuhi selera tetamu dan menjamu selera mereka untuk ketika itu.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Jelai Raub

Hotel ini tidak mengecewakan apabila tiba bab menyediakan kemudahan dan perkhidmatannya sendiri. Antara kemudahan dan perkhidmatan hotel yang boleh didapati dan digunakan sebaik sahaja daftar masuk termasuklah penyambut tetamu 24 jam, concierge, Wi-Fi yang boleh diakses di kawasan awam, lif, penyimpanan bagasi, perkhidmatan bilik, tempat letak kereta, bilik keluarga dan bebas rokok dan banyak lagi. Pelancong perniagaan juga akan menemui kemudahan yang khusus yang disediakan untuk tujuan kerja mereka seperti kemudahan mesyuarat dan mesin fotokopi.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Jelai Raub

Air Terjun Jeriau –

Merupakan salah satu daripada daya tarikan semula jadi yang berada cukup dekat dengan Bukit Fraser, air terjun ini boleh diakses melalui Jalan Semantan dengan menelusuri jalan yang curam dan sempit yang juga turun secara mendadak, oleh itu berhati-hati itu perlu apabila datang ke sini. Dengan lokasi yang terletak sejauh 18 kilometer dari hotel, ia juga mempunyai sebuah taman yang diselenggarakan dengan baik dan dilandskap secara menarik sebagai tambahan kepada air terjun menegak yang menawan yang boleh ditemui di sini. Ia juga mesra keluarga, dengan laluan pejalan kaki, tempat berteduh dan taman permainan untuk kanak-kanak.

Semua Kemudahan

Bar, Kafe dan Lounge Hotel Jelai @ Raub
Bar, Kafe dan Lounge
Dewan Majlis Hotel Jelai @ Raub
Dewan Majlis
Lobi Hotel Jelai @ Raub
Lobi
Perkhidmatan Hotel Hotel Jelai @ Raub
Perkhidmatan Hotel
Luar Bangunan Hotel Jelai @ Raub
Luar Bangunan

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pancuran mandi
  • TV

Perkhidmatan Hotel

  • Pekerja rencam
  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Penyimpanan bagasi

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Perniagaan

  • Kemudahan mesyuarat
  • Mesin fotokopi

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

-

Dasar Tambahan

Guests are required to pay Sustainability Charge (Cukai Kelestarian) MYR 3 per room per night by State Government. This is not included in the room rate and will be paid directly at the hotel.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Hotel Jelai @ Raub?
Berikut facilities yang ada di Hotel Jelai @ Raub seperti AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Hotel Jelai @ Raub?
Masa check-in di Hotel Jelai @ Raub bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 135 ulasan tetamu yang disahkan
8.5
Mengagumkan
Hebat
30
Bagus
92
Memuaskan
5
Biasa
8
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
staf mesra (2)
wifi berfungsi (1)
lokasi bagus (1)
bilik bersih (2)
harga berpatutan (1)
Lihat Lebih 5
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
SN
Suryani N.
10
/ 10
10 Mar 2023
Dengan budget dalam RM 100, boleh dapat sarapan percuma, bilik famili yang luas dan bersih. Sangat berbaloi. Parking pun banyak. 👍🏼
Imej Ulasan untuk Hotel Jelai @ Raub dari Noor I. S. B. N.
Imej Ulasan untuk Hotel Jelai @ Raub 2 dari Noor I. S. B. N.

Suka ulasan ini?

Ahmad F. b. J.
Ini adalah profil peribadi.
Transit
9.1
/ 10
21 Sep 2023
Bilik selesa, bersih dan parking senang. Sangat memuaskan,wajar dipertimbangkan bagi sesiapa yang ingin ke Raub atas apa apa aktiviti yang dirancang. Kelemahan hanya wifi level level zaman 90an punya kelajuan.

Suka ulasan ini?

SM
Sabiah M.
Percutian pendek
9.4
/ 10
08 Dec 2023
Hotel ini bersih, katil dan pancuran mandian OK, secara keseluruhannya baik dan berharap untuk tinggal lagi pada masa akan datang.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

RJ
ROZITA J.
9.4
/ 10
12 Sep 2023
Kami mendapat sarapan percuma. Terima kasih Jelai.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

RJ
ROZITA J.
8.5
/ 10
25 Sep 2023
Disyorkan. Kami mendapat sarapan percuma.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Hotel Jelai @ Raub

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved