Iskandar Sinsuran Guesthouse

Hotel
Lot 4, 2nd Floor, Block M, Sinsuran Shopping Complex, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88100
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Iskandar Sinsuran Guesthouse terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Hotel ini berada di bangunan Pusat Membeli Belah Sinsuran. Hotel ini terletak betul-betul di tengah bandar Kota Kinabalu. Sehubungan dengan itu, anda boleh pergi ke mana-mana destinasi pelancongan dengan mudah sementara anda berada di Kota Kinabalu. Bukan itu sahaja, anda juga boleh bersiar-siar di bandar Kota Kinabalu dan mencuba masakan tempatan di sana dengan mudah juga. Iskandar Sinsuran Guesthouse menjanjikan penginapan yang sangat selesa untuk anda. Pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan tetamunya. Jika anda mencari tempat penginapan yang murah tetapi selesa, Iskandar Sinsuran Guesthouse adalah sesuai untuk anda.
Pekerja hotel telah menerima vaksinasi untuk COVID-19.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
Staf Mesra (1)
Lokasi Bagus (1)
9.1
/ 10
Jakaria T. H. R.
Harga bilik berpatutan, lokasi amat strategik serta staf Guesthouse yang amat membantu.

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Lot 4, 2nd Floor, Block M, Sinsuran Shopping Complex, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88100
Lobi Iskandar Sinsuran Guesthouse
Lobi 2 Iskandar Sinsuran Guesthouse

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Iskandar Sinsuran Guesthouse

Iskandar Sinsuran Guesthouse terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Hotel ini berada di bangunan Pusat Membeli Belah Sinsuran. Hotel ini terletak betul-betul di tengah bandar Kota Kinabalu. Sehubungan dengan itu, anda boleh pergi ke mana-mana destinasi pelancongan dengan mudah sementara anda berada di Kota Kinabalu. Bukan itu sahaja, anda juga boleh bersiar-siar di bandar Kota Kinabalu dan mencuba masakan tempatan di sana dengan mudah juga. Iskandar Sinsuran Guesthouse menjanjikan penginapan yang sangat selesa untuk anda. Pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan tetamunya. Jika anda mencari tempat penginapan yang murah tetapi selesa, Iskandar Sinsuran Guesthouse adalah sesuai untuk anda.

Bagaimana untuk ke Iskandar Sinsuran Guesthouse

Iskandar Sinsuran Guesthouse berada betul-betul di tengah bandar Kota Kinabalu. Oleh itu, lapangan terbang yang terdekat dengan Iskandar Sinsuran Guesthouse adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Untuk datang ke Kota Kinabalu daripada Semenanjung Malaysia, anda hanya boleh menggunakan penerbangan untuk ke sini.

Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan juga Malindo Airlines. Anda boleh memilih mana-mana penerbangan yang anda suka. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu akan mengambil masa selama 2 jam dan 30 minit. Apabila anda sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, anda boleh mengambil teksi untuk pergi ke Iskandar Sinsuran Guesthouse. Iskandar Sinsuran Guesthouse hanya terletak 8.5 km daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Perjalanan akan mengambil masa selama 15 minit sahaja bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu. Perkhidmatan teksi disediakan di Terminal 1. Harga tetap disediakan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke pusat bandar iaitu RM 30. Pastikan anda membeli kupon yang sah di kaunter Teksi.

Selain daripada menaiki teksi untuk ke Iskandar Sinsuran Guesthouse, anda juga boleh menyewa kereta di sana. Anda boleh menyewa kereta di agen-agen yang sah yang terdapat di lapangan terbang itu. Selepas urusan menyewa kereta selesai, anda boleh mengikut cadangan perjalanan ini untuk ke Iskandar Sinsuran Guesthouse. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, teruskan perjalanan ke Jalan Kepayan. Ikuti Jalan Kepayan dan Jalan Pesisir ke Jalan Sembilan Belas. Teruskan perjalanan di Jalan Sembilan Belas. Ambil Jalan Datuk Chong Thian Vun ke Lorong Sinsuran 3 di Kompleks Sinsuran sebelum tiba di Iskandar Sinsuran Guesthouse.

Anda juga boleh menggunakan bas untuk datang ke Iskandar Sinsuran Guesthouse. Sekiranya anda datang dari Beaufort atau pun sejauh Kuching, Sarawak, anda boleh mengambil bas untuk datang ke Kota Kinabalu. Anda boleh mengambil bas dari stesen bas di sana untuk ke Terminal Bas Inanam di Kota Kinabalu ini. Perjalanan dengan menggunakan bas akan mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan menggunakan kapal terbang. Walau bagaimanapun, harga tambang bas adalah lebih murah dari tambang penerbangan.

Pilihan Bilik di Iskandar Sinsuran Guesthouse

Terdapat tiga pilihan bilik yang ada di Iskandar Sinsuran Guesthouse ini. Anda boleh memilih untuk menetap di mana-mana bilik mengikut kesesuaian dan keselasaan anda. Bilik-bilik yang terdapat di sini adalah seperti bilik standard, bilik standard tanpa tingkap dan juga bilik keluarga. Bilik standard dan bilik standard tanpa tingkap mempunyai 1 katil bersaiz Double atau 2 katil bersaiz bujang. Walau bagaimanapun, bilik Standard yang mempunyai tingkap memiliki keluasan bilik yang lebih berbanding bilik standard yang tidak mempunyai tingkap. Bilik keluarga yang terdapat di Iskandar Sinsuran Guesthouse ini mempunyai 1 katil bersaiz Double dan 1 katil bersaiz bujang. Bilik ini sesuai bagi anda yang datang bersama keluarga atau pun dengan kumpulan yang mempunyai tiga orang.

Restoran dan Kafe di Iskandar Sinsuran Guesthouse

Tiada restoran dan kafe di Iskandar Sinsuran Guesthouse. Walau bagaimanpun, tidak susah bagi anda untuk mencari makanan dan minuman ketika anda menetap di Iskandar Sinsuran Guesthouse. Iskandar Sinsuran Guesthouse ini terletak di tengah bandar dan ia membuatkannya menjadi tempat penginapan yang strategik kerana anda boleh bersiar-siar di bandar Kota Kinabalu ini untuk mencari makanan serta minuman. Sementara anda berada di Sabah, anda pastinya ingin mencuba makanan yang terkenal di sana seperti mee soto dan mi konlo. Anda boleh mendapatkan makanan itu di restoran-restoran yang terdapat di bandar Kota Kinabalu itu.

Kemudahan dan Aktiviti di Iskandar Sinsuran Guesthouse

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh Iskandar Sinsuran Guesthouse untuk menjamin keselesaan tetamunya. Setiap bilik di Iskandar Sinsuran Guesthouse ini dilengkapi dengan penyaman udara. Bukan itu sahaja, Iskandar Sinsuran Guesthouse ini juga menyediakan kemudahan Wi-Fi secara percuma kepada tetamunya. Untuk kemudahan anda juga, perkhidmatan kaunter hadapan di Iskandar Sinsuran Guesthouse ini beroperasi selama 24 jam.

Tempat Menarik berhampiran Iskandar Sinsuran Guesthouse

Filipino Market

– Anda boleh berkunjung ke Filipino Market ini dengan berjalan kaki selama 6 minit. Filipino market ini merupakan pasar kraftangan. Anda boleh mendapatkan barangan kraftangan dan barangan lain di pasar itu.

Semua Kemudahan

Lobi Iskandar Sinsuran Guesthouse
Lobi
Perkhidmatan Hotel Iskandar Sinsuran Guesthouse
Perkhidmatan Hotel
Luar Bangunan Iskandar Sinsuran Guesthouse
Luar Bangunan
Bilik Tidur Iskandar Sinsuran Guesthouse
Bilik Tidur
Tempat Tarikan Berdekatan Iskandar Sinsuran Guesthouse
Tempat Tarikan Berdekatan

Umum

  • Bilik keluarga
  • Penyaman Udara
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Umum

  • Pesanan bilik
  • Parkir
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kaunter
  • TV
  • Pancuran mandi

Kemudahan Internet

  • Internet LAN

Kemudahan OKU

  • Pembolehcapaian mudah

Perkhidmatan Hotel

  • Penyambut tetamu 24 jam

Kemudahan Berhampiran

  • Kedai

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

-

Dasar Tambahan

-

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Iskandar Sinsuran Guesthouse?
Berikut facilities yang ada di Iskandar Sinsuran Guesthouse seperti AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Iskandar Sinsuran Guesthouse?
Masa check-in di Iskandar Sinsuran Guesthouse bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 200 ulasan tetamu yang disahkan
8.1
Menyenangkan
Hebat
35
Bagus
119
Memuaskan
12
Biasa
34
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
staf mesra (1)
lokasi bagus (1)
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
SB
Samsina B. S.
9.4
/ 10
01 Feb 2023
Perkhidmatan terbaik, bilik bersih & kemas
Imej Ulasan untuk Iskandar Sinsuran Guesthouse dari Samsina S.
Imej Ulasan untuk Iskandar Sinsuran Guesthouse 2 dari Samsina S.
Imej Ulasan untuk Iskandar Sinsuran Guesthouse 3 dari Samsina S.

Suka ulasan ini?

Hambi H.
9.7
/ 10
21 Jan 2023
Bolehlah sesuai dengan harganya

Suka ulasan ini?

Hambi H.
9.7
/ 10
09 Jan 2023
Sesuai bersama family dakat lagi pasar malam dan pasar makan macam-macam ada, bersih, nyaman, cuma TV tak ada

Suka ulasan ini?

NF
Norhima F.
9.1
/ 10
07 Jan 2022
Staff hotel melayani kami sekeluarga sangat-sangat baik dan ramah. Kawasan hotel sangat strategik

Suka ulasan ini?

MI
Malik I.
Percutian
8.6
/ 10
24 Dec 2022
Sesuai untuk yang hanya mau rehat dan tidur.

Suka ulasan ini?

NN
Nur N. B. A. D.
Percutian
8.5
/ 10
01 Jun 2022
Hotel budget paling secured!

Suka ulasan ini?

SR
Sharmila R.
9.1
/ 10
03 Oct 2023
Ini adalah kali ketiga saya menginap di hotel ini. Bersih dan selesa. Berhampiran pasar Filipina dan pasar malam. Akan tinggal lagi.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

WM
Wan M. D.
9.1
/ 10
15 Jan 2023
Nilai sebenar untuk wang, terutamanya bagi mereka yang tiada anak kecil. Kakitangannya sangat baik. Btw saya cadangkan pihak pengurusan perlu mengeluarkan sedikit wang untuk memperbaiki keadaan tandas dan mungkin, tangga ke hotel. Tetapi tidak mengapa, bagaimanapun.
Translated by Google Icon

1 menyukai ulasan ini

JM
Jr_Paku M.
8.5
/ 10
26 Jul 2022
Terletak dengan baik, strategik, harga berpatutan.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

JM
Jr_Paku M.
8.5
/ 10
20 Jun 2022
Lokasi yang menarik dan pusat bandar Sabah.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lobi 4 Iskandar Sinsuran Guesthouse

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka