Total Accommodation | 451 Properties |
Popular Area | Tuaran, Kota Belud |
Popular Hotel | Gaya Island Resort - Small Luxury Hotels of the World, Ming Garden Hotel And Residence |
Popular Landmark | Suria Sabah Shopping Mall, Jesselton Point (Ferry to Tunku Abdul Rahman Marine Park) |
Jika anda berada di Kota Kinabalu, anda juga boleh melawati Likas, Tuaran, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kinarut, Pulau Gaya, Pulau Manukan, Inanam, Karambunai, Pulau Tiga, Penampang
Bandar terbaik untuk dilawati di Kota Kinabalu ialah Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Kudat, Papar, Pulau Mabul, Mount Kinabalu, Bahagian Pedalaman.
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Gaya Island Resort - Small Luxury Hotels of the World, Ming Garden Hotel And Residence, Promenade Hotel Kota Kinabalu, Mercure Kota Kinabalu City Centre, The LUMA Hotel, a Member of Design Hotels, Sky Hotel Kota Kinabalu, Holiday Inn Express KOTA KINABALU CITY CENTRE, Hotel No.5, Oceania Hotel, Golden Hotel (KK).
Buat masa ini, terdapat sekitar 451 hotel yang boleh anda tempah di Kota Kinabalu
Jika anda merancang untuk berkunjung ke Malaysia, pastikan Kota Kinabalu berada dalam senarai anda kerana ia pasti menjadi salah satu bandar paling hebat yang anda akan temui di Asia Tenggara. Kota Kinabalu terletak di pulau tropika Borneo dan merupakan ibu kota di salah sebuah negeri di Malaysia iaitu Sabah, yang merupakan salah satu daripada dua buah negeri di Malaysia Timur.
Di bandar moden ini, selain mempunyai keindahan alam semulajadi, ia juga dipenuhi dengan keramahan yang anda jarang temui di mana-mana tempat di seluruh dunia. Selain itu, terdapat juga pantai panjang, berpasir putih, kepulauan syurga, terumbu karang yang masih terjaga rapi, hutan hujan tropika dan Gunung Kinabalu megah yang terletak hanya 90 minit jauhnya. Dikenali sebagai KK atau Api Api oleh penduduk tempatan, Kota Kinabalu adalah sebuah percutian pelancongan yang popular dan juga pintu masuk utama ke Sabah dan Borneo Island.
Sedikit petua ketika anda bercuti ke sini, terdapat pelbagai masakan dan makanan mempersonakan yang ditawarkan bukan sahaja di hotel dan restoran tetapi juga oleh gerai penjaja yang mengeluarkan rasa yang indah dari lebih daripada 30 kumpulan etnik yang boleh ditemui di Sabah.
Kedai cenderahati dan barang kenang-kenangan di Pasar Kraftangan di sepanjang tepi jalan (Jalan Tun Fuad Stephen). Ini adalah tempat untuk mengasah kemahiran tawar-menawar anda sambal melihat pelbagai jenis sarung, tekstil, mutiara, perhiasan, ukiran kayu, keramik, kraf tenunan dan pelbagai jenis perhiasan yang berlimpah ruah di sana.
Pelawat boleh terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dari Semenanjung Malaysia dan Kuching, Labuan, Lawas, Miri, Kudat, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau dari Malaysia Timur dengan penerbangan dari syarikat penerbangan MAS dan AirAsia dengan beberapa penerbangan setiap hari. Beberapa penerbangan antarabangsa mereka juga termasuk penerbangan antarabangsa yang ke dan dari Brunei, Shenzhen, Jakarta, Manila, Singapura dan Taipei.
Terdapat beberapa stesen bas yang berbeza di sekitar KK yang menyediakan perkhidmatan ke pelbagai destinasi luar bandar. Terdapat bas ke Brunei. Secara umumnya, pengangkutan darat menuju timur berlepas dari Inanam (Terminal Utara, 9km ke utara bandar raya), manakala mereka yang menuju utara dan selatan di pantai barat meninggalkan dari Stesen Bas Padang Merdeka.
Terdapat feri yang berlepas dari Jesselton Point, Kota Kinabalu ke Brunei, Pulau Labuan dan Taman Negara Tunku Abdul Rahman.
Taman Laut Tunku Abdul Rahman terletak di luar pantai Kota Kinabalu dan terdiri daripada lima buah pulau, iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Sulug dan Pulau Mamutik. Cara mudah adalah dengan mengambil perkhidmatan bot di Terminal Jesselton Point dan pilih pulau mana yang anda suka. Pelbagai aktiviti air yang boleh dipilih seperti menaiki banana boat, berjalan-jalan laut, belayar dan juga jet ski.
Taman ini merupakan sebuah zoo mini dengan sebuah taman botani. Ia menempatkan pelbagai jenis haiwan tropika yang hanya terdapat di Borneo, termasuk beberapa jenis reptilia, burung dan mamalia. Perkara unik tentang taman ini adalah ia direka bentuk di sekitar habitat semulajadi dan ruang yang luas dan terbuka dengan halangan semulajadi seperti sangkar kaca, pagar yang disamarkan dan dinding maya yang memberi pengunjung pengalaman yang benar-benar memuaskan untuk melihat haiwan berkeliaran di habitat semula jadi mereka. Hidupan liar adalah yang terbaik apabila ia ditinggalkan di habitat semula jadi seperti bagaimana mereka berada di sini.
Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok di Daerah Borneo Utara Malaysia diasaskan untuk memulihkan orang utan yang telah kehilangan ibu dan mempunyai 60 sehingga 80 orang utan yang hidup bebas di rizab. Pusat ini menyediakan rawatan perubatan untuk orang utan yatim piatu dan yang di rampasa serta puluhan spesies hidupan liar yang lain. Antara haiwan lain yang telah dirawat di pusat ini termasuk; beruang matahari, gibbons, badak Sumatra dan gajah.
Resort yang direka dengan indah ini menggabungkan persekitaran semulajadi dengan perabot kayu halus dan artifak tempatan. Pintu masuk utama yang megahnya adalah gaya lobi rumah panjang, sebuah penghormatan seni bina kepada penduduk pribumi Rungus Sabah. Kesemua 456 bilik dan suite yang mewah ini mempunyai balkoni yang menawarkan pemandangan indah sama ada dengan taman yang dijaga dengan teliti atau keindahan Laut China Selatan dan juga pulau-pulau yang mengagumkan disekitarnya.
Keanggunan halus dalam hotel The Pacific Sutera dengan pintu masuk yang besar, lounge lobi dengan siling tinggi, pemandangan laut panaromik, 500 buah suite yang telah dilantik dan bilik tamu, kemudahan yang mengagumkan dan perkhidmatan terbaik. Inventori yang mewah telah direka khas untuk mereka yang menghargai hal-hal yang lebih baik dalam kehidupan. Di hotel The Pacific Sutera, temuilah keanggunan yang tiada tandingan dan keselesaan.