Lebih lanjut tentang hotel di Tanjung Aru
Tanjung Aru terletak sejauh 6 km dari pusat bandar Kota Kinabalu. Ia adalah salah satu pantai yang terdampar sepanjang pesisir Pantai Barat negeri Sabah. Namanya berasal daripada pokok casuarina yang digelar sebagai pokok ‘Aru’ yang kelihatan banyak tumbuh di bahagian tanjung. Tanjung Aru mempunyai tarikan sebagai kawasan terbaik mendapatkan pemandangan matahari terbenam tanpa sebarang penghadang.
Bagaimana untuk ke Destinasi
Menaiki Kapal Terbang
Terdapat penerbangan menuju ke Kota Kinabalu disediakan oleh Penerbangan Malaysia, Malindo Air dan Air Asia. Dari lapangan terbang Kota Kinabalu, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau van mini untuk menuju ke Tanjung Aru.
Menaiki Bas
Perkhidmatan bas untuk ke Tanjung Aru ada terdapat di Terminal Bas Plaza Wawasan.
Menaiki Kereta Api
Stesen dan terminal keretapi terletak di Tanjung Aru yang menghubungkan Tanjung Aru ke Tenom serta beberapa bandar lain sepanjang perjalanan, yang diuruskan oleh Syarikat Keretapi Negeri Sabah yang menawarkan perkhidmatan perhubungan harian.
Tarikan Pelancongan
Pantai Tanjung Aru
Merupakan sebuah kawasan tumpuan keluarga untuk mencuci mata dan menikmati hembusan bayu merentas pandangan keindahan kanvas semulajadi memaparkan kejelasan warna-warna alam tanah, laut dan langit yang menyatu. Deretan gerai-gerai menjual makanan serta restoran makanan laut menyajikan hidangan sehingga ke lewat tengah malam. Aktiviti riadah taman seperti joging serta berjalan pantas seringkali berlaku di Taman Pantai Tanjung Aru yang dahulunya dikenali sebagai Taman Putera Phillip.
Bukit Bendera
Bukit Bendera atau Signal Hill adalah sebuah bukit yang pernah digunakan sebagai pemberi petunjuk kepada kapal-kapal yang hendak berlabuh. Terdapat sebuah platform peninjau berbumbung yang menawarkan kawasan terbaik mendapatkan pemandangan mengagumkan berlatar Kota Kinabalu dengan pandangan mata burung kawasan pusat bandar selain daripada pandangan jauh kawasan Tanjung Aru dan Teluk Likas.
Menara Jam Atkinson
Menara jam kayu penuh tanpa paku ini telah dibina pada tahun 1903 oleh Mary Edith Atkinson sempena memperingati anak lelakinya, Francis George Atkinson yang telah terkorban akibat penyakit demam Borneo atau lebih dikenali sebagai penyakit ‘Malaria’ ketika berusia 28 tahun. Menara ini telah diiktiraf sebagai salah satu di antara tiga struktur yang terselamat sewaktu peristiwa pengeboman bersekutu semasa zaman Perang Dunia Kedua.
Pasar Tamu Ahad Jalan Gaya
Sekiranya anda berpeluang meluangkan pagi hari Ahad anda di Kota Kinabalu, jangan lepaskan pengalaman berkunjung ke Pasar Tamu hari Ahad di Jalan Gaya. Hanya pada hari Ahad, Jalan Gaya akan ditutup kepada aliran trafik bagi memberi laluan kepada pesta perusahaan keluarga warisan generasi yang panjang. Pasar ini bermula seawal jam 6.30 pagi sehingga 1.00 tengahari. Berbelanjalah untuk apa sahaja seperti sarung batik tempatan, bunga-bungaan serta buaha-buahan, karya seni dan kraftangan, barangan antik serta cenderahati, kuih dan makanan tempatan, termasuklah juga herba-herba dan binatang peliharaan.
Hotel
Hotel Golden Hill
Hotel butik ini memberikan penginapan yang menyenangkan dan selesa sepanjang berada di Pantai Tanjung Aru. Ia menyediakan kemudahan penginapan ringkas sesuai bagi pengembara bajet. Lokasinya yang baik membantu untuk bergerak ke destinasi pilihan.
Hotel Megah D’Aru
Hotel ini mempunyai lokasi yang baik sekitar perbandaran Tanjung Aru dan memudahkan perjalanan ke destinasi pilihan ke sekitar kawasan tumpuan wajib. Ianya memberikan perkhidmatan yang baik beserta penginapan berkualiti dalam suasana kedamaian serta menghiburkan.
Hotel C’haya
Hotel ini terletak di dalam kawasan paling hijau di perbandaran Tanjung Aru. Bersarang dalam suasana selesa dan hip, hotel ini mudah untuk dihubungi dan berbaloi kediamannya.
Hotel The Crown Borneo
Bagi tujuan percutian keluarga mahupun bersantai, hotel ini menepati keselesaan yang dijanjikan sepanjang penginapan di kawasan perbandaran Tanjung Aru. Ia menyediakan bilik dengan tatahan kemasan moden mewah. Perkhidmatan dan kemudahan terbaik diberikan segera pada setiap kali.
Resort dan Spa Shangri-La’s Tanjung Aru
Hotel ini merupakan pilihan tepat buat mereka yang menginginkan keselesaan sepanjang percutian di kawasan pantai persendirian Tanjung Aru. Ianya menyajikan ruang yang lapang serta bilik yang luas dengan disertai kedamaian hembusan bayu laut tropika serta limpahan cahaya semula jadi.

































