Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu

Hotel
No. 20 Jalan Aru, Tanjung Aru, , Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88100
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Shangri La Tanjung Aru Resort adalah hotel bertaraf 5-bintang yang terletak hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan 20 minit dari pusat bandar. Ia terletak di dalam taman seluas 25-ekar, menghadap Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Ia merupakan tempat percutian mewah yang tenang dan mempunyai suasana yang sempurna untuk percutian tropika yang menakjubkan. Resort ini menyediakan kemudahan-kemudahan mewah dan eksklusif untuk kemudahan para tetamu. Resort ini juga menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi, termasuk pantai peribadi, empat gelanggang tenis, lapangan golf sembilan lubang dan padang golf, pusat rekreasi, kelab kesihatan dan kelab kanak-kanak yang juga merupakan kelab kanak-kanak terbesar di Borneo. Para tetamu juga boleh melawat Marina STAR untuk membuat lawatan harian ke pulau dan menikmati aktiviti sukan air.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
Meja Depan 24 jam

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
No. 20 Jalan Aru, Tanjung Aru, , Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88100
Lobi Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu
Luar Bangunan 2 Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu

Shangri La Tanjung Aru Resort adalah hotel bertaraf 5-bintang yang terletak hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan 20 minit dari pusat bandar. Ia terletak di dalam taman seluas 25-ekar, menghadap Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Ia merupakan tempat percutian mewah yang tenang dan mempunyai suasana yang sempurna untuk percutian tropika yang menakjubkan. Resort ini menyediakan kemudahan-kemudahan mewah dan eksklusif untuk kemudahan para tetamu. Resort ini juga menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi, termasuk pantai peribadi, empat gelanggang tenis, lapangan golf sembilan lubang dan padang golf, pusat rekreasi, kelab kesihatan dan kelab kanak-kanak yang juga merupakan kelab kanak-kanak terbesar di Borneo. Para tetamu juga boleh melawat Marina STAR untuk membuat lawatan harian ke pulau dan menikmati aktiviti sukan air.

Bagaimana untuk ke Shangri La Tanjung Aru Resort

Shangri-La Tanjung Aru Resort terletak kira-kira 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan pintu masuk utama ke Sabah dan terletak sekitar 7 km dari pusat bandar. Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air menawarkan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan penerbangan boleh didapati setiap hari. Penerbangan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira 2 jam dan 30 minit. Bas lapangan terbang dan teksi boleh didapati di lapangan terbang untuk membawa pelancong ke bandar. Tiket bas ke bandar berharga RM 5 dan akan berlepas setiap 1 jam manakala teksi akan mengenakan bayaran RM 30 setiap perjalanan. Perkhidmatan panggilan pengangkutan seperti Grab juga boleh didapati di Kota Kinabalu. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi hotel untuk mengaturkan perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang. Seorang wakil dari hotel akan menunggu anda di terminal kedatangan.

Bagi mereka yang ingin memandu sendiri di sekitar Kota Kinabalu boleh mencari perkhidmatan sewa kereta dengan mudah di lapangan terbang. Walau bagaimanapun, penyewaan kereta di bandar menawarkan harga yang jauh lebih kompetitif. Terdapat pelbagai jenis kereta yang ditawarkan, jadi pengunjung boleh memilih kenderaan mengikut bajet tersendiri. Sedan standard seperti Proton Saga FLX akan dikenakan sewa sekitar RM 140-150 sehari. Ia mengambil masa kurang dari 15 minit untuk memandu dari lapangan terbang ke hotel.

Pilihan Bilik di Shangri La Tanjung Aru Resort

Shangri La Tanjung Aru Resort mempunyai 492 bilik dan suite mewah yang terletak di dua sayap, Sayap Kinabalu dan Sayap Tanjung. Semua bilik-bilik di hotel ini diilhamkan oleh warna dan tekstur Borneo tradisional dan direka untuk memberi suasana kemewahan kontemporari. Bilik-bilik di sayap Kinabalu menawarkan pemandangan laut dan Gunung Kinabalu yang pasti tidak dapat dilupai manakala bilik-bilik di sayap Tanjung menghadap Laut China Selatan. Bilik-bilik di sayap Tanjung dilengkapi dengan balkoni peribadi yang menawarkan tetamu kawasan peribadi untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang terkenal di Borneo. Untuk memastikan para tetamu sentiasa terhubung, kesemua bilik mempunyai akses Internet jalur lebar percuma, saluran televisyen antarabangsa dan telefon dail terus antarabangsa. Bilik mandi en-suite juga dilengkapi dengan tuala tambahan, peralatan mandian Shangri-La yang eksklusif dan ruang bilik mandi berasingan dari tab mandi.

Restoran dan Kafe di Shangri La Tanjung Aru Resort

Resort ini mempunyai beberapa restoran dan kafe yang pasti akan memuaskan selera para tetamu. Jika anda teringin untuk merasa masakan Itali yang hebat, anda boleh mencuba makanan di restoran makan malam, Peppino. Anda juga boleh menikmati masakan barbeku yang unik di Coco-Joe's Bar & Grill di mana anda boleh menikmati persembahan kebudayaan yang memberi penghormatan kepada warisan-warisan menarik di Borneo sambil makan malam. Selain itu, para tetamu juga boleh berehat atau menikmati pemandangan matahari terbenam sambil menghirup koktel yang sejuk di Sunset Bar, bar pantai di pinggir Laut China Selatan. Tetamu juga oleh bersantai di Borneo Lounge & Bar. Para tetamu yang menggemari pencuci mulut boleh memenuhi keinginan mereka dengan hidangan pencuci mulut dari Cool Box Ice-cream Bar.

Kemudahan dan Aktiviti di Shangri La Tanjung Aru Resort

Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. Beberapa kemudahan yang ditawarkan ialah pusat perniagaan, akses internet percuma, kemudahan persidangan, kemudahan untuk orang kurang upaya, salon rias kuku, bilik bebas rokok, kemudahan meletak kereta, peti deposit keselamatan, spa, marina, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak (4 tahun & ke atas), perkhidmatan menggilap percuma, perkhidmatan daftar masuk dan daftar keluar ekspres, perkhidmatan dobi & valet, perkhidmatan perubatan, pertukaran lapangan terbang, sewa kereta, perkhidmatan teksi & limosin, agensi pelancongan/meja lawatan, kaunter pertukaran asing, arked membeli-belah dan perkhidmatan bilik 24 jam.

Tempat Menarik berhampiran Shangri La Tanjung Aru Resort

Kelab Golf Mount Kinabalu

- Kelab golf ini terletak 0.54 km dari resort. Ia terletak di Dataran Tinggi Pinosuk, Kundasang 1,500 meter di atas paras laut. Ia juga merupakan susun atur golf tertinggi di Sabah. Direka oleh Robert Muir Graves, padang golf ini menawarkan landskap yang indah yang terdiri daripada tanah ladang yang luas dan juga bukit-bukau.

Pantai Tanjung Aru

- Pantai ini terletak 0.78 km dari Shangri La Tanjung Aru Resort. Ia terletak di hujung Jalan Tunku Abdul Rahman dan kira-kira 6 kilometer dari Kota Kinabalu. Ia merupakan antara tempat kegemaran di kalangan penduduk tempatan kerana anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang paling cantik di Pulau Borneo. Terdapat pelbagai kedai makanan yang menyajikan makanan dan minuman tempatan sehingga lewat malam.

Taman Tanjung Aru Perdana

- Taman ini terletak 0.92 km dari Shangri La Tanjung Aru Resort. Taman ini menawarkan pelbagai aktiviti riadah seperti trek larian, kawasan senaman dan laluan refleksologi. Kanak-kanak juga boleh bermain di kedua-dua taman permainan yang terdapat di sini. Pengunjung juga boleh memilih di antara pelbagai pilihan restoran yang terdapat di sini. Tetapi tarikan utama taman ini adalah tidak lain daripada pancutan air bermuzik yang bermula dari jam 7:00 hingga 9:00 malam, setiap hari Isnin hingga Khamis. Pada hujung minggu, pertunjukan itu berlangsung dengan 30 minit tambahan.

Semua Kemudahan

Kolam Renang Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu
Kolam Renang
Kemudahan Hiburan Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu
Kemudahan Hiburan
Pusat Kecergasan Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu
Pusat Kecergasan
Ruang Umum Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu
Ruang Umum
Lobi Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu
Lobi

Perkhidmatan Hotel

  • Penyambut tetamu 24 jam

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
Meja Depan 24 jam
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu?
Berikut facilities yang ada di Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu seperti Meja Depan 24 jam. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu?
Masa check-in di Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 67 ulasan tetamu yang disahkan
8.7
Mengagumkan
Hebat
28
Bagus
32
Memuaskan
2
Biasa
5
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
AB
Azza B. M.
Percutian
10
/ 10
25 Jan 2022
Cemerlang! Terima kasih kepada semua kakitangan atas usaha mereka membuat hiasan bilik untuk bulan madu kami dan hari jadi suami saya. Bilik bersih, pemandangan menakjubkan dari balkoni kami, kakitangan yang hebat, sarapan pagi yang lazat. Semua baik! Akan kembali ke sini lain kali.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu dari Azza B. M.
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu 2 dari Azza B. M.
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu 3 dari Azza B. M.

Suka ulasan ini?

MM
Mawaddah M.
Percutian
10
/ 10
06 Nov 2021
Saya mempunyai penginapan yang paling menyenangkan di sini dan semua kakitangan profesional & baik. Pasti akan kembali ke sini lagi!
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu dari Mawaddah M.
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu 2 dari Mawaddah M.
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu 3 dari Mawaddah M.
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu 4 dari Mawaddah M.

Suka ulasan ini?

MN
MUHAMMAD N. B. A.
Percutian
9.4
/ 10
11 Jan 2022
Tempat paling sesuai untuk honeymoon dan bersantai bersama keluarga 😊
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu dari Muhammad N. B. A.

Suka ulasan ini?

Ms
Mohammad s. K.
10
/ 10
08 Jan 2023
One of the best hotel I've ever stayed in! 5 star! Make me feel rich hahaha
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu dari Mohammad S. B. K.

Suka ulasan ini?

T
Thuraya
Percutian
10
/ 10
25 Feb 2022
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu dari Thuraya B. M.
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu 2 dari Thuraya B. M.
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu 3 dari Thuraya B. M.

Suka ulasan ini?

SL
Siaw L.
Percutian
9.7
/ 10
07 Apr 2021
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu dari Chu S. L.

2 menyukai ulasan ini

NI
Nabillah I.
Percutian
9.4
/ 10
03 May 2021
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu dari Nabillah M. I.

Suka ulasan ini?

KA
Khairul A.
8.5
/ 10
02 Apr 2022
Imej Ulasan untuk Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu dari Mohd K. B. A.

Suka ulasan ini?

NR
Nur R. B. A. H.
Percutian pendek
8.5
/ 10
24 Feb 2022
Makanan untuk sarapan pagi baik, bilik sangat selesa dan mesra pelanggan. Pool banyak pilihan

Suka ulasan ini?

iV
iiyntan V.
Percutian pendek
6.3
/ 10
23 Dec 2021
Semasa check in saya tidak dimaklumkan lebih awal di hantar email untuk double confirm bahawasanya saya jadi bermalam di situ. Berjam untuk menunggu check in terbuang masa, request connecting room tetapi saya tidak dapat juga. Saya nak bagi 4/10 saja rate kali ni

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Ruang Umum 4 Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved