Jinhold Apartment Hotel Bintulu merupakan pilihan penginapan yang sering menjadi tumpuan pelancong jika ke Bintulu. Hal ini kerana, lokasinya yang cukup strategik yang beralamat di Lot 7920, Along Jalan Tanjung Batu, Block 31, Kemena Land District, 97000 Bintulu, Sarawak, Bintulu City Center, Malaysia. Ia terletak kira-kira 3 kilometer dari Pusat Bandar Bintulu, manakala lebih kurang 15 minit memandu dari Lapangan Terbang Bintulu. Harta ini terletak dalam jarak 23 km dari Taman Negara Similajau. Dengan penginapan yang sering mendapat pujian daripada para tetamu yang berpengalaman tinggal di sini, Jinhold Apartment Hotel mendapat pengiktirafan sebagai hotel bertaraf 4 bintang. Penginapan ini nampak cukup kemas dan bersih dari luar, manakala di bahagian dalamnya pula memaparkan konsep mewah dan ekslusif. Hotel ini sangat sesuai bagi mereka yang datang dengan urusan bisnes dan berhajat untuk tinggal dalam masa yang lebih panjang.
Bagaimana untuk ke Jinhold Apartment Hotel
Sesebuah hotel yang terletak di kawasan bandar jarang mempunyai masalah untuk ditujui tidak kiralah oleh pelancong tempatan atau pelancong asing. Sama seperti Jinhold Apartment Hotel, ia terletak di kawasan yang sudah membangun dan maju. Jika anda dari Lapangan Terbang Bintulu, anda boleh mendapatkan teksi yang sudah sedia menunggu para penumpangnya di lobi lapangan terbang tersebut. Teksi merupakan pengangkutan awam yang sangat selesa dan harganya juga agak berpatutan. Jika anda memilih untuk memandu sendiri dengan kereta sewa, pastikan telefon mudah alih anda dilengkapi aplikasi Waze atau Google Map untuk bertindak sebagai pemandu arah anda. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan terus servis pengangkutan dari Jinhold Apartment Hotel sendiri untuk menjemput anda dari lapangan terbang.
Pilihan Bilik di Jinhold Apartment Hotel
Jinhold Apartment Hotel Bintulu menawarkan sebanyak 84 bilik tamu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dalam bilik seperti hotel-hotel 4 bintang yang lain. Terdapat tiga pilihan bilik yang tetamu boleh pilih berdasarkan kemampuan dan keperluan. Antaranya adalah; King Studio, One bedroom apartment di mana kedua-dua jenis bilik ini sesuai untuk 2 orang dewasa dan Two bedroom apartment yang sesuai untuk 4 orang dewasa.
Restoran dan Kafe di Jinhold Apartment Hotel
Jinhold Apartment Hotel ini mempunyai restoran tersendiri di dalam bangunannya. Oleh itu, para tetamu tidak perlu risau tentang makanan terutama sekali bagi tetamu yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri. Restorannya dihias sungguh cantik dan dijaga bersih. Pasti membuatkan para tetamu berasa selasa berada walau dimana-mana bahagian hotel ini. Ia menghidangkan pelbagai pilihan makanan yang sudah tentu semuanya lazat.
Kemudahan dan Aktiviti di Jinhold Apartment Hotel
Hotel yang bertaraf 4 bintang ini tidak dapat disangkalkan lagi kemudahan-kemudahan yang disediakan semuanya adalah untuk keselesaan penuh para tetamu. Setiap bilik telah dilengkapi dengan kawalan iklim individu, televisyen satelit, peti keselamatan individu, balkoni peribadi dan almari yang besar. Bilik mandi juga mewah dilengkapi dengan tab mandi, pengering rambut dan peralatan mandian percuma. Manakala, kemudahan awam yang turut disediakan di hotel ini pula adalah ruang letak kenderaan yang luas dan mencukupi, pusat kecergasan yang dipenuhi alatan serba canggih, taman untuk beristirahat, pusat perniagaan, servis mencuci pakaian dan beberapa lagi.
Tempat Menarik berhampiran Jinhold Apartment Hotel
Taman Negara Similajau - Taman Negara Similajau adalah sebuah taman negara di bahagian timur laut Bintulu Sarawak, Malaysia. Ia terletak kira-kira 30 kilometer dari Pusat Bandar Bintulu. Taman ini diwartakan pada tahun 1976, meliputi kawasan seluas 22,230 ekar dengan struktur muka buminya; pantai berpasir, tanjung berbatu, sungai dan hutan.
Times Square Megamall - Times Square Megamall merupakan antara pusat tarikan pelancongan yang terbaru di Bintulu. Ia boleh didefinisikan sebuah pusat tarikan yang baik kerana ia menyediakan banyak restoran-restoran makanan lazat. Oleh itu, anda tidak akan khuatir tentang tempat mencari makanan apabila anda membeli-belah di Times Square Megamall ini. Jenama pakaian utama seperti Padini, Dressing Paula, Brands Outlet, Levi's semuanya boleh didapati di sini. Manakala, kedai pemborong barang kecantikan dan penjagaan diri seperti Guardian dan Watson juga ada di sini.
Pasar Tamu Bintulu - Tempat di mana anda boleh menemui segala macam sayur kampung yang dijual oleh orang Iban tempatan. Sayur-sayur yang dijual sangat segar dan masa terbaik untuk melawat Pasar Tamu ini adalah pada awal pagi Ahad. Anda dinasihatkan untuk membawa troli atau bakul sendiri untuk meletak barang-barang yang anda borong. Anda juga dinasihatkan untuk bijak dan sabar mencari tempat letak kereta oleh kerana ia sering dipenuhi orang tempatan dan pengunjung luar.
Pantai Temasya Tanjung Batu - Pantai Temasya Tanjung Batu terletak 3 kilometer dari pusat bandar. Ia sering dikunjungi oleh penduduk tempatan serta pelancong luar oleh kerana pemandangannya yang cukup tenang dan indah. Ramai penduduk tempatan yang dilihat bersenam dan berlari disepanjang persisiran pantai sambil menikmati pemandangan indah matahari terbenam. Bukan itu sahaja, terdapat juga pemancing-pemancing yang dilihat cuba menangkap ikan sambil berkelah bersama keluarga. Pelancong-pelancong pula tidak melepaskan peluang bergambar terutama sekali apabila waktu matahari terbenam.
Kemudahan | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Jam Operasi | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Adakah mereka menghidangkan sarapan pagi? | Ya |
Berikut facilities yang ada di Jinhold Apartment Hotel seperti AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Masa check-in di Jinhold Apartment Hotel bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Ya, Jinhold Apartment Hotel menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.