1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8929 Hotel)
    >
  3. Pahang
    (738 Hotel)
    >
  4. Pekan
    (6 Hotel)

Hotel berhampiran Air Leleh Beach

Pahang, Malaysia · 6 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 21 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Pantai Air Leleh merupakan salah satu pantai yang popular di Pekan Pahang. Terletak di Kuala Pahang dan Pekan Diraja di Pekan, pantai ini menarik kebanyakan penduduk tempatan dan pelancong untuk melawat terutamanya semasa hujung minggu dan cuti umum. Ia adalah pantai yang damai dan indah. Jangan lupa menginap di hotel Air Leleh Beach setiap kali anda tiba di sini.

Hotel popular berhampiran Air Leleh Beach

EXTERIOR_BUILDING Ancasa Royale Pekan

Ancasa Royale Pekan

Hotel
Pekan, Pahang
Mengagumkan
8.9
(343 Reviews)
Segalanya sangat bagus. Bilik, layanan kaunter dan sarapan semuanya terbaik.
Lihat Harga
ภาพหลัก Seri Rendang Homestay Pekan Pahang

Seri Rendang Homestay Pekan Pahang

Rumah
Pekan, Pahang
Terletak di Pekan, rumah percutian ini berada dalam lingkungan 5 minit memandu dari Sultan Abdullah Mosque dan Masjid Abu Bakar. Rumah percutian ini berada 4.2 km dari Pekan Lama dan 4.6 km dari Muzium Sultan Abu Bakar.
Lihat Harga
ภาพหลัก Seri Permai Homestay Pekan Pahang

Seri Permai Homestay Pekan Pahang

Rumah
Pekan, Pahang
Terletak di Pekan, rumah percutian ini berada di tepi laut, dalam lingkungan 10 minit memandu dari Masjid Abu Bakar dan Sultan Abdullah Mosque. Rumah percutian ini berada 5.1 km dari Pekan Lama dan 5.5 km dari Pulau Tengku Muda.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING OYO 720 Corridor Hotel 2

OYO 720 Corridor Hotel 2

Hotel
Pekan, Pahang
Menyenangkan
8.2
(20 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING SPOT ON 90144 Corridor Hotel 1
Lihat Harga
LOBBY OYO 90135 Saujana Villa Cherok Paloh

OYO 90135 Saujana Villa Cherok Paloh

Hotel
Bandar Kuantan, Kuantan
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Pekan Budget Hotel

Pekan Budget Hotel

Hotel
Bandar Pekan, Pekan
Menyenangkan
7.1
(12 Reviews)
Lihat Harga
See all 6 Hotels near Air Leleh Beach

Facts about hotel in Air Leleh Beach

Total Accommodation
6 Properties
Popular Area
Bandar Pekan
Popular Hotel
Ancasa Royale Pekan, Seri Rendang Homestay Pekan Pahang
Popular Landmark
Maybank Pekan, Kelab Golf Diraja Pekan (Royal Pekan Golf Club)

Ulasan Tetamu dari Hotel di Air Leleh Beach

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Air Leleh Beach dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Air Leleh Beach akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Julie Y.
Ini adalah profil peribadi.
14 Sep 2023
Bilik hotel besar, selesa. Staff dia semua ramah-ramah cuma breakfast and WiFi kurang memuaskan. Harap dapat di perbaiki lagi.
Muhammad N. b. N.
Ini adalah profil peribadi.
9 Apr 2019
Bilik not bad, ruang yang mencukupi, padan dengan harga.
DATO D. H. M. E. B. D.
Ini adalah profil peribadi.
18 Jun 2019
Hotel terburuk dengan harga itu ... tidak hairanlah pelanggan git keluar pada pukul 5.30 malam selepas mendaftar masuk jam 3 petang pada hari yang sama.
MOHAMMAD I. F. B. J.
Ini adalah profil peribadi.
25 Aug 2022
Saya fikir bilik mandi termasuk dalam bilik, malangnya, bilik mandi di luar bilik, sila nyatakan dengan terperinci. Ia sangat mengelirukan kerana gambar menunjukkan bilik mandi di dalam bilik.

Soalan lazim tentang Air Leleh Beach

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Air Leleh Beach?

Jika anda berada di Air Leleh Beach, anda juga boleh melawati Bandar Pekan

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Air Leleh Beach?

Buat masa ini, terdapat sekitar 6 hotel yang boleh anda tempah di Air Leleh Beach

Tentang

Pantai Air Leleh yang juga dikenali sebagai Pantai Lagenda merupakan salah satu pantai yang terkenal di Pekan, Pahang. Terletak di Kuala Pahang dan berhampiran dengan Bandar diRaja Pekan, pantai ini telah menarik ramai penduduk tempatan dan juga para pelancong berkunjung terutamanya ketika hujung minggu dan cuti umum. Ianya merupakan sebuah pantai yang tenang dan indah sesuai untuk menghilangkan tekanan sambil berehat atau berkelah bersama ahli keluarga di pantai yang bersih, cantik dan berangin ini. Pantai mempunyai pantai yang panjang dan terkenal untuk aktiviti riadah bersama keluarga, berenang dan bergambar. Terdapat pelbagai aktiviti sukan air seperti bot pisang dan berkayak. Kemudahan awam yang disediakan disini termasuklah tandas awam, bilik mandi, surau dan gerai menjual makanan. Para pengunjung boleh berjalan di sepanjang pantai yang indah ini dengan meluangkan masa seharian menikmati suasana ketenangan pantai ini.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan iaitu lapangan terbang yang berhampiran dengan Pekan. Penerbangan terus ke Lapangan Terbang Kuantan terdapat dari KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Penang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Perjalanan dari lapangan terbang ke Pantai Air Leleh akan mengambil masa selama 35 minit.

Menggunakan Kereta

Sekiranya anda memandu dari Kuantan, terdapat 3 laluan utama yang anda boleh gunakan iaitu Lebuhraya Tanjung Lumpur yang melalui Tanjung Lumpur, Penor dan Ceruk Paloh, Jalan Pekan dan juga melalui Gambang dengan menggunakan Lebuhraya Tun Razak. Dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dan keluar di persimpangan Gambang dan seterusnya menggunakan Lebuhraya Tun Razak untuk ke Pekan.

Menggunakan Bas

Anda boleh menaiki Bas Ekspress Utama dari Stesen Bas Pudu di Kuala Lumpur untuk ke Pekan. Sekiranya anda menaiki bas dari Kuantan ianya akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam untuk tiba di Pekan. Dari Bandar Pekan anda boleh menyambung perjalanan selama 19 minit untuk tiba di Pantai Air Leleh.

Tarikan Pelancongan

Muzium Sultan Abu Bakar

Muzium Sultan Abu Bakar merupakan salah satu destinasi utama yang anda boleh kunjungi ketika berada di Pantai Air Leleh. Ianya terletak di Jalan Sultan Ahmad dan berhadapan dengan Sungai Pahang. Muzium ini kaya dengan sejarah negeri dan juga keturunan diRaja. Semua sejarah Pahang dan keturunan kesultanannya dipamerkan di dua dewan utama yang besar yang juga dahulunya merupakan salah satu istana diRaja.

The Tun Razak Memorial Hall

Salah satu destinasi terkenal yang boleh anda kunjungi ketika berada di Pekan ialah Tun Razak Memorial Hall. Bangunan dewan memorial ini merupakan rumah dimana arwah dilahirkan dahulu. Rumah ini akan memberikan para pengunjungnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana ianya mempunyai ciri-ciri rumah Melayu tradisional.

Galeri Pengangkutan Air

Galeri Pengangkutan Air terletak berhadapan dengan muzium negeri. Di sini anda boleh melihat pelbagai jenis pengangkutan air dengan pelbagai rupabentuk dan kegunaan yang pernah digunakan di sungai-sungai di Pahang. Terdapat beberapa replika sampan yang berukuran sebenar untuk tatapan para pengunjung.

Istana Sultan Abu Bakar

Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Istana Sultan Abu Bakar ketika berkunjung ke Pekan. Istana ini siap sepenuhnya pada tahun 1974. Istana ini terletak diatas sebidang tanah yang dihiasi lanskap indah yang dahulunya merupakan sebuah ladang getah.Istana ini merupakan sebuah contoh menarik senibina Melayu moden asli.

Hotel

Ancasa Royale Pekan

Ancasa Royal Pekan merupakan sebuah hotel mewah bertaraf 4 bintang yang terletak di tengah Bandar Pekan. Hotel ini terletak berhampiran dengan tarikan pelancongan dan Pantai Air Leleh hanya berada pada jarak 7km dari hotel. Ianya mempunyai bilik yang luas, bersih dan selesa dengan pemandangan yang indah untuk dinikmati oleh para tetamu yang menginap di hotel ini. Para tetamu juga akan diberikan layanan serba mewah yang pasti akan meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan disepanjang penginapan mereka di Ancasa Royale Pekan.

Pekan Budget Hotel

Pekan Budget Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 1 bintang yang terletak di Bandar pekan dan hanya pada jarak 9 km dari Pantai Air Leleh. Hotel ini menawarkan bilik yang bersih dan selesa untuk para tetamu. Bagi anda yang mencari penginapan murah dan selesa, Hotel Bajet Pekan merupakan pilihan yang tepat untuk anda dengan kemudahan dan perkhidmatan yang serba hebat.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka