Total Accommodation | 26 Properties |
Popular Hotel | Dorsett Grand Labuan, AZ Hotel & Serviced Apartments |
Popular Landmark | Labuan Ferry Terminal, Labuan Square (Dataran Labuan) |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Dorsett Grand Labuan, AZ Hotel & Serviced Apartments, Beta Service Apartment, Lazenda Hotel, Micasa Hotel, SkyGlobal Hotel, Avida Hotel, Hotel Aifa, AZ Hotel & Serviced Apartments, Hotel Labuan Point.
Buat masa ini, terdapat sekitar 26 hotel yang boleh anda tempah di Financial Park - Duty Free Shopping
Kompleks Taman Kewangan Labuan secara rasminya dilancarkan pada tahun 1996. Kompleks ini menjadi pusat komersial berintegrasi terbesar di Wilayah Persekutuan Labuan. Kompleks Taman Kewangan Labuan dibina di kawasan seluas 12 ekar di Jalan Merdeka yang mana menjadi lokasi penting untuk hab perniagaan dan gaya hidup di Labuan.
Kompleks Taman Kewangan Labuan merupakan satu pusat sehenti mengandungi lot kedai, pusat beli-belah, menara pejabat korporat dan juga apartmen servis. Menara pejabat korporat di Kompleks Taman Kewangan Labuan menjadi pusat untuk pejabat pentadbiran kerajaan dan institusi kewangan bukan sahaja tempatan mahupun antarabangsa yang mana menjadi faktor pemberian nama Taman Kewangan Labuan.
Labuan agak terkenal dengan gelaran syurga beli-belah kerana statusnya yang bebas cukai. Tempat tumpuan pelancong membeli-belah di Labuan ialah Kompleks Taman Kewangan Labuan. Antara barangan yang sering menjadi pilihan ialah coklat, pewangi, produk tembakau dan minuman keras yang diimport.
Anda boleh ke Kompleks Taman Kewangan Labuan dengan menaiki teksi atau perkhidmatan awam. Pilihan lain adalah dengan menyewa kereta, skuter ataupun motosikal.
Bergantung pada minat, pelancong dan pengembara akan mendapati bahawa banyak aktiviti yang bersesuaian semasa berkunjung ke Labuan.
Selain membeli-belah, pelancong boleh mengunjungi Muzium Labuan, Muzium Chimney, Taman Damai, Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua dan Tanah Perkuburan Peperangan Labuan untuk meninjau lebih mendalam tentang sejarah Labuan.
Berkunjung ke Masjid Jamek An’Nur yang juga dikenali sebagai Masjid Negeri Labuan akan membuatkan pengunjung kagum dengan reka bentuknya yang unik dan futuristik.
Pengunjung yang gemar mengambil gambar dan menyaksikan matahari terbenam serta bersiar-siar di kawasan semula jadi pula patut tidak melepaskan peluang untuk melawat Taman Burung Labuan, Taman Marin Labuan, Pantai Layang-layangan ataupun Pantai Labuan kerana kunjungan ini sangat berbaloi.
Pelancong yang ingin menjamu selera dengan hidangan laut disarankan pergi ke Anjung Ketam atau perkampungan air seperti Patau-patau dan Bebuloh untuk menikmati hidangan laut yang segar dan pelbagai jenis.
Hotel Aifa yang terletak 0.63km dari Kompleks Taman Kewangan Labuan mempunyai lokasi yang sangat strategik. Hotel ini menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dan menyediakan pelbagai kemudahan. Bangunannya agak mudah dicari dan terletak di tengah-tengah bandar Labuan.
Hotel ini ialah pilihan terbaik untuk pengunjung yang mencari penginapan mewah untuk percutian. Penginap di sini pastinya mendapat perkhidmatan paling cemerlang sekali gus pengalaman di sini tidak dapat dilupakan. Hotel ini terletak 0.12km dari Kompleks Taman Kewangan Labuan dan mempunyai pemandangan laut Labuan. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan Kompleks Taman Kewangan dengan hanya 5 minit berjalan kaki sahaja.
Hotel ini menawarkan pengalaman menginap di calet tradisional di persekitaran yang hening dan mendamaikan. Hotel ini terletak hanya 1.6 km dari Kompleks Taman Kewangan Labuan. Pengunjung yang ingin mengelakkan kebisingan kehidupan kota akan dapat berehat dengan tenang di hotel ini.
Pengunjung yang inginkan penginapan di hotel tepi pantai sememangnya perlu membuat tempahan di sini. Anda pasti dapat melakukan aktiviti pantai di sini. Hotel ini terletak di Kampung Nagalang iaitu 4.28km dari Kompleks Taman Kewangan Labuan.
Hotel ini merupakan hotel di bandar Labuan yang bagus dan terletak hanya 0.41km dari Kompleks Taman Kewangan Labuan. Hotel ini merupakan hotel yang praktikal dan mempunyai fasiliti yang memuaskan.
Hotel Lazenda yang terletak 0.34km dari Kompleks Taman Kewangan Labuan merupakan hotel yang sesuai untuk pengunjung atas urusan perniagaan kerana perkhidmatannya dan lokasinya yang strategik di bandar Labuan.
Hotel ini menyediakan penginapan yang memuaskan untuk percutian keluarga. Hotel ini mudah dicari dari Kompleks Taman Kewangan Labuan kerana terletak hanya 0.99km.
Merupakan salah satu hotel pilihan utama di Labuan dan terletak hanya 0.78km dari Kompleks Taman Kewangan Labuan. Hotel ini merupakan hotel yang terdekat dengan masjid dan disukai sama ada pelancong solo, atau yag ditemani oleh rakan dan keluarga.