Total Accommodation | 26 Properties |
Popular Hotel | AZ Hotel & Serviced Apartments, Hotel Labuan Point |
Popular Landmark | Labuan Ferry Terminal, Labuan Square (Dataran Labuan) |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah AZ Hotel & Serviced Apartments, Hotel Labuan Point, Avida Hotel, AZ Hotel & Serviced Apartments, Micasa Hotel, SkyGlobal Hotel, Lazenda Hotel, KL Hotel, Hotel Aifa, Transit Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 26 hotel yang boleh anda tempah di An’Nur Jamek Mosque
Masjid Jamek An’Nur juga dikenali sebagai Masjid Wilayah Persekutuan Labuan merupakan satu- satunya masjid yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan. Masjid ini terletak di Pusat Bandar Labuan. Pembinaannya bermula pada 9 Jun 1980, dikendalikan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Walau bagaimanapun, pembinaan tersebut diberhentikan sementara lantaran sebab teknikal dan kemudiaannya,diambil alih dan dilaksanakan semula pada 16 April 1984 di bawah pengurusan kerajaan pusat sebaik sahaja Labuan menjadi wilayah persekutuan kedua selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akhirnya, Masjid Jamek An’Nur berjaya siap sepenuhnya dan dirasmikan pada 1 Februari 1988 bersempena dengan sambutan Hari Wilayah.
Masjid Jamek An’Nur sangat mengagumkan dari segi reka bentuknya yang unik dan futuristik. Masjid ini dilengkapi sebuah kubah berbentuk dom yang kelihatan seperti bulu tangkis dan berwarna kelabu metalik serta diapit oleh dua buah menara tinggi. Identiti keseluruhannya pula merupakan gabungan elemen seni bina Melayu Brunei dan pengaruh Turki.
Anda boleh ke yang Masjid Jamek An’Nur dengan menaiki teksi atau perkhidmatan awam. Pilihan lain adalah dengan menyewa kereta, skuter ataupun motosikal.
Bergantung pada minat dan citarasa, pelancong mahupun pengembara dapat mencari pelbagai aktiviti bersesuaian yang dapat mengisi masa sepanjang berada di Labuan.
Selain melawat Masjid Jamek An’Nur, pelancong boleh mengunjungi Muzium Labuan, Muzium Chimney, Taman Damai, Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua dan Tanah Perkuburan Peperangan Labuan untuk meninjau lebih mendalam tentang sejarah Labuan.
Individu yang gemar mengambil gambar dan menyaksikan matahari terbenam serta bersiar-siar di kawasan semula jadi patut melawat Taman Burung Labuan, Taman Marin Labuan, Pantai Layang- layangan ataupun Pantai Labuan kerana kunjungan ini sangat berbaloi.
Labuan sangat terkenal dengan barangan bebas cukai dan merupakan syurga untuk pelancong membeli-belah seperti di Dataran Labuan, Kompleks Taman Kewangan Labuan dan pusat kraf tangan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Pelancong yang ingin menjamu selera dengan hidangan laut disarankan pergi ke Anjung Ketam atau perkampungan air seperti Patau-patau dan Bebuloh. Hidangan laut yang segar dan pelbagai jenis pasti membangkitkan selera.
Hotel Aifayang terletak 0.74km dari Masjid Jamek An’Nur mempunyai lokasi yang sangat strategik. Hotel ini menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dan menyediakan pelbagai kemudahan. Bangunannya agak mudah dicari dan terletak di tengah-tengah bandar Labuan.
Hotel ini ialah pilihan terbaik untuk pengunjung yang mencari penginapan mewah untuk percutian. Penginap di sini pastinya mendapat perkhidmatan paling cemerlang sekali gus pengalaman di sini tidak dapat dilupakan. Hotel ini terletak 0.89km dari masjid dan mempunyai pemandangan laut Labuan. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan Kompleks Taman Kewangan dengan hanya 5 minit berjalan kaki sahaja.
Hotel ini menawarkan pengalaman menginap di calet tradisional di persekitaran yang hening dan mendamaikan. Hotel ini terletak hanya 1.56 km dari Masjid Jamek An’Nur. Pengunjung yang ingin mengelakkan kebisingan kehidupan kota akan dapat berhat dengan tenang di hotel ini.
Pengunjung yang inginkan penginapan di hotel tepi pantai sememangnya perlu membuat tempahan di sini. Anda pasti dapat melakukan aktiviti pantai di sini. Hotel ini terletak di Kampung Nagalang iaitu 3.4km dari Masjid Jamek An’Nur.
Hotel ini merupakan hotel di bandar Labuan yang bagus dan terletak hanya 0.53km dari Masjid Jamek An’Nur. Hotel ini merupakan hotel yang praktikal dan mempunyai fasiliti yang memuaskan.
Hotel Lazenda yang terletak 0.59km dari Masjid Jamek An’Nur merupakan hotel yang sesuai untuk pengunjung atas urusan perniagaan kerana perkhidmatannya dan lokasinya yang strategik di bandar Labuan.
Hotel ini menyediakan penginapan yang memuaskan untuk percutian keluarga. Hotel ini mudah dicari dari Masjid An’Nur kerana terletak hanya 0.8km.
Merupakan salah satu hotel pilihan utama di Labuan dan terletak hanya 0.23km dari Masjid Jamek An’Nur. Hotel ini merupakan hotel yang terdekat dengan masjid dan disukai sama ada pelancong solo, atau yag ditemani oleh rakan dan keluarga.