1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9661 Hotel)
    >
  3. Perak
    (572 Hotel)
    >
  4. Batang Padang
    (15 Hotel)

Hotel berhampiran Air Terjun Lata Kinjang

Perak, Malaysia · 15 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Isn, 06 Mei 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Lata Kinjang adalah salah satu air terjun tertinggi di Malaysia. Air terjun ini adalah air terjun pelbagai peringkat yang terletak kira-kira 12 km di utara Tapah. Air terjun ini merupakan salah satu yang paling terkenal di Malaysia. Beberapa tarikan yang terkenal di sini ialah Gaharu Tea Valley, Gua Tempurung dan Taman Jungle Kuala Woh. Juga lihat hotel di Lata Kinjang Waterfall yang terbaik di sini.

Hotel popular berhampiran Air Terjun Lata Kinjang

LOBBY Refarm

Refarm

Vila
Batang Padang, Perak
Mengagumkan
9.0
(10 Reviews)
Lihat Harga
LOBBY

Alif Homestay Tapah

Inap Desa
Batang Padang, Perak
Lihat Harga
See all 15 Hotels near Air Terjun Lata Kinjang

Facts about hotel in Air Terjun Lata Kinjang

Total Accommodation
15 Properties
Popular Area
Tapah, Sungkai
Popular Hotel
Refarm, Alif Homestay Tapah
Popular Landmark
Sungkai Deer Farm, Sungai Klah Hot Spring Park

Ulasan Tetamu dari Hotel di Air Terjun Lata Kinjang

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Air Terjun Lata Kinjang dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Air Terjun Lata Kinjang akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Muhammad s. n. b. a.
Ini adalah profil peribadi.
9.7
/ 10
7 Sep 2023
Hotel yang best dan macam ada dekat kawasan tu.
Mohd A. B. A.
Ini adalah profil peribadi.
19 Sep 2022
Awesome hotel💪👍berdekatan sungkai(sungai klah,nasi bambo)
joe a.
Ini adalah profil peribadi.
14 Dec 2021
Bilik bersih, staff peramah , parking yang luas.. view depan jalan utama
joe a.
Ini adalah profil peribadi.
8.8
/ 10
29 Mar 2019
Bilik bersih, staff ramah , hotel area shop lot banyak fasiliti.
AHMAD F. B. O.
Ini adalah profil peribadi.
9.4
/ 10
19 Aug 2020
Sesuai bawa anak-anak. Tempat pun tenang penuh kehijauan. Cuma penat sikit kalau dapat cabin sebab nun di atas bukit.
Zahid b. D.
Ini adalah profil peribadi.
10 Jul 2020
Hotel ini tidak menyediakan Tempat untuk Kami

Soalan lazim tentang Air Terjun Lata Kinjang

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Air Terjun Lata Kinjang?

Jika anda berada di Air Terjun Lata Kinjang, anda juga boleh melawati Tapah, Sungkai

Apakah hotel terbaik dan paling popular di Air Terjun Lata Kinjang?

Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Refarm, Alif Homestay Tapah.

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Air Terjun Lata Kinjang?

Buat masa ini, terdapat sekitar 15 hotel yang boleh anda tempah di Air Terjun Lata Kinjang

Tentang

Lata Kinjang merupakan salah satu dari air terjun yang tertinggi di Malaysia. Ianya mempunyai air terjun yang bertingkat terletak di utara Tapah. Air terjun ini merupakan salah satu dari air terjun yang terkenal di Malaysia dan ianya boleh dilihat dari Lebuhraya Utara Selatan kerana ketinggiannya. Tarikan utama di kawasan air terjun ini ialah ketinggian air terjun yang turun dari paras 100 meter. Terdapat ruang meletak kenderaan dan gerai makanan disediakan untuk para pengunjung. Bayaran meletak kenderaan akan dikenakan pada hujung minggu dan cuti umum. Selain dari air terjun tersebut, terdapat juga Taman Orkid, tapak perkhemahan, tapak perkelahan dan juga ruang barbeku turut disediakan di kawasan air terjun ini untuk kemudahan para pengunjung.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Lapangan terbang berhampiran dengan Tapah ialah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Anda boleh menaiki penerbangan Malindo atau Firefly ke Ipoh dan dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi ke Air Terjun Lata Kinjang dengan menggunakan jalan Tapah yang akan mengambil masa perjalanan selama sejam.

Menggunakan Bas

Anda boleh menaiki bas C.S Ekspress atau Edaran Ekspress dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur ke Terminal Bas Tapah. Dari terminal bas anda boleh menaiki teksi ke Air Terjun Lata Kinjang yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 22 minit.

Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu dari Kuala Lumpur dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Air Terjun Lata Kinjang. Anda boleh keluar di Persimpangan Tapah dan menggunakan jalan dalam. Selepas itu anda boleh mengikut papan tanda menuju ke Chenderiang. Selepas dari beberapa kawasan perkampungan anda boleh melihat air terjun tersebut di tepi jalan. Anda boleh meletakkan kenderaan anda di kawasan gerai yang terdapat di situ.

Menggunakan Kereta Api

Anda boleh menaiki keretapi ETS dari Stesen Kuala Lumpur Sentral untuk ke Stesen Keretapi Tapah. Anda boleh memilih untuk menaiki ETS Perak atau Emas yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 1 jam 35 minit. Dari Stesen Keretapi Tapah anda boleh menaiki teksi ke Air Terjun Lata Kinjang yang berada pada jarak 14 km.

Tarikan Pelancongan

Kuala Woh Jungle Park

Kuala Who Jungle Park merupakan salah satu destinasi utama yang boleh anda kunjungi ketika berada di Air Terjun Lata Kinjang. Taman ini terletak lebih kurang 13km dari Tapah yang mempunyai keindahan alam semulajadi sesuai untuk berkelah, memancing dan juga berenang. Tarikan lain yang terdapat di sini adalah seperti kolam air panas semulajadi, beberapa air terjun dan Tebing Merbau.

Muzium Pengorekan Bijih Timah Kinta

Muzium Pengorekan Bijih Timah Kinta merupakan salah satu destinasi pelancongan yang mesti anda lawati. Ianya merupakan sebuah muzium yang menarik dan mempunyai pelbagai koleksi pameran berkaitan aktiviti perlombongan bijih timah sejak dari 6,500 tahun dahulu. Muzium ini turut mempamerkan mesin sebenar dan peralatan yang digunakan pada waktu dahulu serta replika patung pelombong yang sedang membuat aktiviti perlombongan bijih seperti dua patung wanita yang sedang mendulang dan patung sekumpulan lelaki yang sedang mengasingkan batu dari bijih dan mengendalikan pam sedutan.

Gua Tempurung

Gua Tempurung merupakan gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua sepanjang 3km ini menjadi tarikan kepada mereka yang gemar untuk meneroka, berjalan dan memanjat gua serta mempunyai jambatan gantung dan juga ruang berkelah serta pelbagai aktiviti menarik yang lain. Gua Tempurung ini telah dinaiktaraf dengan pemasangan lampu elektrik dan laluan pejalan kaki di bahagian dalam gua.

Gaharu Tea Valley

Gaharu Tea Valley ialah sebuah ladang tanaman agar yang terletak di luar Gopeng. Perak telah menjadi sebuah destinasi pelancongan agro-pertanian. Di sini anda boleh dapati Pokok Gaharu yang telah matang dipercayai mempunyai kelebihan mistik. Terdapat juga rumah teh yang baru dibina dengan binaan pintu masuk seperti pintu gua yang akan memberikan anda pemandangan ladang yang indah.

Hotel

Hotel Kawan

Hotel Kawan terletak di Pusat Bandar Tapah. Hotel bertaraf 2 bintang ini merupakan pilihan bijak buat anda yang mencari penginapan dengan perkhidmatan yang terbaik. Hotel Kawan ini terletak berhampiran dengan tarikan pelancongan utama seperti Air Terjun Lata Kinjang yang berada lebih kurang 11 km dan Muzium Lombong Bijih Kinta yang berada lebih kurang 19 km.

LF Hotel

LF Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang terletak di Tapah dan direkabentuk khusus untuk pelancong dan juga bagi yang datang untuk urusan kerja. Hotel ini mempunyai lokasi yang strategik, kemudahan dan perkhidmatan yang baik. Dengan menginap di hotel ini, anda mempunyai akses yang mudah untuk melawat ke kawasan sekitar bandar.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved