Hotel berhampiran Sungai Klah Hot Spring Park

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Sungai Klah Hot Spring Park,
  1. Hotel
    /
  2. Malaysia
    (10276 Hotel)
    /
  3. Perak
    (615 Hotel)
    /
  4. Batang Padang
    (15 Hotel)
    /
  5. Sungkai
    (3 Hotel)

Kenapa Bayar Lebih

Bila Anda Boleh Bayar Kurang?

Pasang aplikasi kami untuk tawaran yang lebih besar!
Buka Peta
Julat Harga
Tetapkan semula
Setiap bilik, setiap malam
Berdasarkan tujuan perjalanan anda
Toggle filter card
Cuti Inap (1)
Di Lokasi Strategik (1)
Rating Bintang
Toggle filter card
1
2 (4)
3
4
5
Rating Tetamu
Toggle filter card
7+ Sesuai (2)
8+ Menakjubkan (1)
9+ Hebat
Kemudahan Popular
Toggle filter card
Meja depan (4)
Parkir (3)
Restoran (3)
Sarapan Tersedia (2)
Pesanan bilik (2)
Lihat Semua
Jenis Penginapan
Toggle filter card
Hotel (4)
Kemudahan Unik
Toggle filter card
Kawasan Hiburan (2)
Berbasikal (1)
Tenis (1)
Kemudahan Bilik
Toggle filter card
Pengering rambut (2)
Bilik Tidak Merokok (2)
Penyaman udara (2)
Bilik keluarga (1)
Tab mandi (1)
Tetapkan semula
Apply

Hotel Popular berdekatan dengan Sungai Klah Hot Spring Park

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Sungai Klah Hot Spring Park
4 hartanah ditemukan
Isih mengikut:
Paling Popular

Felda Residence Hot Springs

Hotel
8.5
(462)
Mengagumkan
Sungkai, Batang Padang
Hanis Dalilah binti Kamaruzzaman
family
Best, bilik lengkap dengan kemudahan. Tempat sesuai sebagai percutian bersama anak-anak. Suasana persekitaran yang bersih & segar. Makanan sedap & pelbagai pilihan. Terbaik.
Harga sekitar
RM 426.79
bilik / malam
Lihat Ketersediaan

Sungai Klah Inn

Hotel
7.4
(8)
Menyenangkan
Sungkai, Batang Padang
Harga sekitar
RM 117.02
bilik / malam
Lihat Ketersediaan

Felda Residence Trolak

Hotel
Batang Padang, Perak
Harga sekitar
RM 143.49
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Sungai Klah Hot Spring Park terletak 10 kilometer dari bandar Sungkai di Perak. Kolam air panas ini dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada bulan Disember 2003. Beberapa tarikan terkenal di sini ialah Gepai Falls, Ladang Rusa Sungkai dan Trolak Country Resort. Juga lihat hotel di Sungai Klah Hot Spring Park yang terbaik di sini.

One One 08 Hotel Sungkai

Hotel
Sungkai, Batang Padang
Harga sekitar
RM 143.49
bilik / malam
Lihat Ketersediaan

Temui perkara yang Anda suka

Tinggal berhampiran dengan tempat menarik

Jangkau tempat popular dengan masa yang singkat dari penginapan Anda

Nikmati Kupon dari Traveloka Brand Day! 🎟️

Muat turun Traveloka App untuk menikmati kod kupon ini!
Pengguna Baharu

Tawaran Hotel

Diskaun hingga RM100, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Domestik)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Antarabangsa)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Tarikan dan Aktiviti

Diskaun hingga RM50, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Pelayaran

Diskaun hingga RM450, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Kupon Semua Produk

Diskaun hingga RM300 untuk Pengguna Baru, untuk semua produk.

Tentang Sungai Klah Hot Spring Park

Sungai Klah Hot Spring Park terletak lebih kurang 10km dari Bandar Sungkai di Perak. Pembinaan taman yang menelan perbelanjaan RM6 juta ini telah siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang awam pada bulan Disember 2003. Taman ini juga dikenali sebagai kolam air panas yang mempunyai penyelenggaraan terbaik di Malaysia dan terletak 200 kaki di atas paras laut di kaki banjaran Titiwangsa. Taman ini diuruskan oleh Felda dan telah menjadi tarikan utama di kalangan tetamu resort yang menginap di Felda Residence Hot Springs dan turut dibuka untuk kunjungan orang awam. Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti kekejangan otot, sendi, rheumatism, kecederaan tulang belakang, insomnia dan masalah berkaitan kulit boleh mencuba untuk merawati penyakit tersebut dengan berendam di dalam kolam air panas ini. Para pengunjung juga boleh mencuba untuk merebus telur di dalam kolam air panas ini untuk dijadikan telur separuh masak yang kemudiannya boleh di makan. Suhu air panas di sini boleh mencecah 100 celcius dan bakul turut disediakan untuk aktiviti merebus telur.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah merupakan lapangan terbang yang paling hampir dengan Taman Kolam Air Panas Sungai Klah. Setibanya di lapangan terbang anda boleh menaiki teksi untuk ke Taman Kolam Air Panas Sungai Klah yang akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam 7 minit.

Menggunakan Kereta

Sekiranya anda datang dari arah Utara atau Selatan Semenanjung Malaysia, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan menuju terus ke Persimpangan Sungkai untuk ke Sungai Klah. Setibanya di persimpangan Sungkai, anda perlu menghala ke kiri dan teruskan perjalan lebih kurang 1km menggunakan jalan lama dan kemudiannya pusing ke kiri lagi. Dari situ anda boleh mengikut papan tanda tunjuk arah ke Sungai Klah Hot Spring Park. Taman tersebut terletak bersebelahan dengan Perkampungan Felda Sungai Klah.

Menggunakan Bas

Terdapat bas yang berlepas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur dan berhenti di Pekan Bidor setiap hari. Dari Bidor anda boleh menaiki teksi ke Sungai Klah Hot Spring Park, Sungkai yang akan mengambil masa perjalanan selama 28 minit.

Menggunakan Kereta Api

Keretapi Malaysia KTM ETS beroperasi dari Kuala Lumpur ke Sungkai setiap 4 jam. Tiket berharga RM16-RM24 dan akan mengambil perjalanan selama 1 jam 31 minit. Dari stesen keretapi anda boleh menaiki teksi ke Sungai Klah Hot Spring Park dan perjalanan akan mengambil masa selama 16 minit.

Tarikan Pelancongan

Taman Rusa Sungkai

Taman Rusa Sungkai merupakan salah satu destinasi yang mesti anda kunjungi ketika berkunjung ke Sungai Klah Hot Spring Park. Di sini anda boleh berjalan menyelusuri hutan belantara yang akan membawa anda ke taman rusa tersebut. Taman ini merupakan tempat yang terbaik untuk membawa anak-anak anda kerana mereka berpeluang untuk bermain dengan rusa tersebut dan memberi rusa tersebut makan. Terdapat juga beberapa ekor burung unta yang anda boleh lihat di sini serta proses penetasan telur burung unta tersebut.

Felda Residence Golf Club

Bagi para penggemar aktiviti sukan golf, terdapat Felda Residence Golf Club yang pasti menjanjikan cabaran buat mereka yang bermain di situ. Selain dari kemudahan kelab golf yang terdapat di situ, Felda Residence Golf Club juga turut menawarkan kemudahan seperti bilik persalinan, kolam renang, restoran dan banyak lagi.

Air Terjun Gepai

Air Terjun Gepai juga turut dikenali sebagai Air Terjun Lubuk Degong. Air terjun ini merupakan tapak perkhemahan yang popular dihujung minggu dikalangan penduduk tempatan. Dari kawasan meletak kenderaan anda boleh melintasi sungai di situ dengan menggunakan jambatan kecil yang disediakan. Jambatan ini merupakan tempat yang sering menjadi tapak untuk mereka yang ingin membuat terjunan ke dalam sungai yang mengalir di bawahnya. Para pelancong boleh menikmati suasana alam semulajadi di situ sambil berenang, berkelah atau berkhemah bersama ahli keluarga.

Trolak Country Resort

Trolak Country Resort berada pada jarak 16 km dari taman tersebut dan terletak di dalam Pusat Latihan Felda Trolak. Anda boleh melakukan aktiviti menaiki bot, menyusuri jeram deras dan memancing atau menerokai gua dan juga memetik buah-buahan ketika musim berbuah. Trek hutan, melihat burung dan berkhemah juga merupakan antara aktiviti lain yang boleh diaturkan di sini.

Hotel

Felda Residence Hot Springs

Penginapan di Felda Residence Hot Springs merupakan pilihan yang tepat sekiranya anda berkunjung ke Sungai Klah Hot Spring Park. Resort bertaraf 2 bintang ini menawarkan pilihan yang serba mewah seperti villa dan bilik deluxe.

LF Hotel

LF Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang baik yang boleh dijadikan pilihan penginapan anda. Hotel bertaraf 2 bintang ini mempunyai lokasi yang strategik dan menawarkan perkhidmatan serta kemudahan yang hebat buat para tetamu.

Facts about hotel in Sungai Klah Hot Spring Park

Total Accommodation
4 Properties
Popular Hotel
Sungai Klah Inn, One One 08 Hotel Sungkai
Popular Landmark
Sungkai Deer Farm, Sungai Klah Hot Spring Park

Soalan Lazim

Apakah hotel terbaik dan paling popular di Sungai Klah Hot Spring Park?
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah Inn, Felda Residence Trolak, One One 08 Hotel Sungkai.
Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Sungai Klah Hot Spring Park?
Buat masa ini, terdapat sekitar 4 hotel yang boleh anda tempah di Sungai Klah Hot Spring Park
Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved