Total Accommodation | 20 Properties |
Popular Area | Ipoh |
Popular Hotel | The Banjaran Hotsprings Retreat, The Haven All Suite Resort, Ipoh |
Popular Landmark | Lost World of Tambun Theme Park, KPJ Ipoh Specialist Hospital |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah The Banjaran Hotsprings Retreat, The Haven All Suite Resort, Ipoh, Best Western Premier The Haven Ipoh, Atlantis Pool Villa Ipoh, Le Greene, Leissure in, Ainis Guest House at The Lost World of Tambun, Sunway Lost World Hotel, Sunway Onsen Hospitality Suites, Tambun Warm Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 20 hotel yang boleh anda tempah di Lost World of Tambun Theme Park
Bertempat di No 2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Lost World of Tambun adalah antara taman tema air yang terbaik di Malaysia. Ia dimiliki dan diuruskan oleh Syarikat Sunway Group yang tidak hanya mengoperasikan taman tema air seperti Lost World of Tambun dan Sunway Lagoon, syarikat ini juga mengendalikan hotel yang terkenal dan pusat membeli-belah yang terkenal. Kembali ke Lost World of Tambun, ia dibahagikan kepada enam taman tema yang berbeza iaitu; taman air, zoo, taman hiburan, lembah tin, lembah harimau dan taman pengembaraan. Lost World of Tambun tidak hanya dibuka pada siang hari sahaja, ia juga menyediakan aktiviti malam seperti melawat beberapa taman tema tertentu dan menikmati spa dan air panas. Bayaran masuk untuk rakyat Malaysia adalah; RM58.50 untuk dewasa dan RM52.20 untuk kanak-kanak dan warga emas. Manakala bayaran untuk pelancong antarabangsa adalah; RM81 untuk dewasa dan RM74.70 untuk kanak-kanak dan warga emas. Tiket-tiket berikut adalah untuk masuk pada siang hari. Tiket untuk waktu malam, sila rujuk laman web rasmi berkenaan kadar kemasukan dan pembelian. Adalah dimaklumkan bahawa Lost World of Tambun ditutup pada setiap hari Selasa kecuali pada musim cuti sekolah Malaysia dan cuti umum.
Terletak di Jalan Kuala Kangsar, Kawasan Perindustrian Tasek, 31400 Ipoh. Ia adalah sebuah kuil Buddha yang terkenal bertempat di bahagian atas sebuah bukit yang indah dengan pintu masuk gua yang besar dan banyak patung Buddha serta banyak lukisan Buddha di dindingnya. Ia adalah tempat yang menarik untuk dilawati walaupun oleh pengunjung bukan Buddha kerana pengunjung boleh melihat pembentukan semula jadi dan hakisan batuan di dalam gua tersebut.
Terletak di 6 Jalan Sunway City Ipoh 1/3, Kinta, Suns Inn Hotel adalah hotel bajet yang diuruskan oleh Syarikat Sunway Group. Hotel dua bintang ini bertujuan untuk pengembara bajet untuk tinggal dan berehat dengan selesa pada harga yang berpatutan. Kadar bermula dari RM76 di Traveloka.com. Ia menempatkan tujuh kategori bilik tamu yang berlainan, bermula dari bilik kecil untuk seorang sahaja ke bilik besar untuk lima orang. Untuk setiap bilik, tetamu boleh memilih sama ada mereka mahu bilik yang mempunyai tingkap atau tanpa tingkap.
Hotel tiga bintang ini diuruskan oleh syarikat yang sama iaitu Syarikat Sunway Group. Terletak di kawasan yang sama dengan Lost World of Tambun, di No 2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, tetamu yang menginap di sini hanya boleh berjalan kaki ke Taman Tema Lost World of Tambun. Hotel ini menempatkan enam kategori bilik tamu yang berbeza. Kadar biliknya adalah di antara RM550 untuk bilik terkecil dengan keluasan 22.76 meter persegi kepada RM1500 bagi bilik terbesar dengan keluasan 75 meter persegi. Walau bagaimanapun, kadar boleh menjadi lebih murah iaitu dari RM224 semalam di Traveloka.com. Tetamu yang menginap di sini akan mendapat akses percuma kepada sarapan pagi di Garden Terrace dan Lost World Spa dan Air Panas.
Terletak di alamat 1 Persiaran Lagun Sunway 3, Kinta, The Banjaran Hotsprings Retreat adalah hotel air panas semula jadi yang mewah dan pertama di Malaysia. Ia adalah sebuah hotel tempat percutian kesihatan yang menawarkan tetamunya suasana keamanan dan ketenangan dan menawarkan untuk mengembalikan kesejahteraan tubuh dan minda mereka. Ia dikelilingi dengan sebuah lembah, bukit batu kapur dan hutan hujan. Gabungan unsur-unsur alam semula jadi ini menjadikan The Banjaran Hotsprings Retreat sebuah syurga yang semua orang ingin lawati. Ia menyediakan sejumlah 25 villa taman dan air. Setiap vila dilengkapi dengan kolam renang peribadi dan jakuzi dan banyak lagi kemudahan dalam bilik yang moden. Oleh itu, ia tidaklah menjadi satu kejutan mengetahui bahawa kadar biliknya bermula dari RM1850 semalam di Traveloka.com. The Banjaran Hotsprings Retreat pasti akan menjadi impian semua orang.