Lebih lanjut tentang hotel dekat Pantai Morib
Pantai Morib merupakan salah satu pantai yang berada paling hampir dengan Kuala Lumpur dan terkenal dikalangan masyarakat tempatan untuk berkelah di hujung minggu. Ia terletak berhampiran dengan Simpang Morib, lebih kurang 10 km dari Bandar Banting dan 30 minit pemanduan dari Klang. Pantai Morib merupakan tempat rekreasi terkenal yang dikelilingi oleh pokok sena dan kelapa sawit. Ia merupakan tapak pendaratan pertama di bahagian Pantai Barat oleh Tentera British dan India sewaktu Perang Dunia ke-2 pada tahun 1945. Pantainya agak kecil tetapi sesuai untuk aktiviti berenang. Pantai Morib merupakan kawasan percutian tepi pantai yang agak sunyi dan telah berjaya menarik lebih daripada 10,000 pengunjung setiap tahun terutamanya pada bulan Ogos, musim perayaan dan cuti umum.
Bagaimana untuk ke Destinasi
Menggunakan Kapal Terbang
Lapangan terbang berhampiran dengan Pantai Morib ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari KLIA, anda boleh menaiki teksi ke Pantai Morib. Jarak dari lapangan terbang ke Pantai Morib lebih kurang 39 km atau 48 minit masa pemanduan.
Menggunakan Kereta
Sekiranya anda memandu dari arah Kuala Lumpur atau lain-lain tempat di Malaysia, anda boleh menggunakan lebuh raya Elite terus ke KLIA dan seterusnya menggunakan jalan negeri menuju ke Banting dan terus ke Pantai Morib mengikut papan tanda tunjuk arah yang tersedia di sepanjang perjalanan. Perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa selama 1 jam 16 minit.
Menggunakan Bas
Anda boleh menaiki bas yang mempunyai pelbagai laluan yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dan KLIA untuk ke Morib. Anda juga boleh menaiki bas terus dari Stesen Bas Nilai (Sempadan Negeri Selangor) untuk ke Morib. Dari Bandar Morib anda boleh menaiki teksi untuk ke Pantai Morib yang hanya akan mengambil masa perjalanan selama 9 minit.
Menggunakan Kereta Api
Anda boleh menaiki kereta api KTM dari Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Stesen Kereta api Nilai. Dari Nilai, anda boleh menaiki teksi ke Pantai Morib. Perjalanan akan mengambil masa selama 1 jam.
Tarikan Pelancongan
Morib Water Theme Park
Taman Tema Air Morib merupakan salah satu destinasi terkenal yang anda mesti lawati ketika berada di Pantai Morib. Anda boleh menikmati taman tema air di Resort Gold Coast Morib International. Taman tema air ini dibuka kepada orang awam dan juga tetamu hotel. Tiket berharga RM 25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak akan dikenakan untuk orang awam dan kemasukan percuma untuk tetamu yang menginap di Resort Gold Coast Morib International.
Sri Morib Golf and Country Club
Bagi penggemar sukan golf, Sri Morib Golf and Country Club merupakan tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Anda boleh bermain golf sambil berehat di Sri Morib Golf and Country Club. Padang Golf ini mempunyai 18 lubang dan menyediakan kemudahan lain seperti kolam renang, bar, sauna, jakuzi, mini gimnasium, restoran dan kedai menjual peralatan golf.
Kelanang Beach
Pantai Kelanang terletak berhampiran dengan Pantai Morib di dalam Daerah Kuala Langat. Jaraknya hanya 6 km atau 10 minit perjalanan dari Pantai Morib. Anda boleh berjalan kaki di sepanjang pantai sambil menikmati keindahan pemandangan pantai dan kesegaran udara yang bertiup. Jangan ketinggalan untuk membawa kamera anda untuk merakamkan kenangan indah anda dan juga pemandangan matahari terbenam yang pasti memukau.
Bukit Jugra Lighthouse
Rumah Api Bukit Jugra merupakan sebuah rumah api yang terletak di atas Bukit Jugra di dalam Daerah Kuala Langat, Selangor. Anda boleh memandu ke Bukit Jugra yang akan mengambil masa perjalanan selama 29 minit dari Pantai Morib. Pengunjung ke Rumah Api Bukit Jugra boleh melihat keindahan panorama di sekeliling kawasan di bawah bukit tersebut. Terdapat platform pemerhati berbumbung yang akan memberikan anda pemandangan indah daerah Kuala Langat dengan Jugra berada di sebelah kiri dan Pulau Carey pula di sebelah kanan.
Hotel
Gold Coast Morib International Resort
Penginapan di Resort Gold Coast Morib International merupakan pilihan tepat sekiranya anda berkunjung ke Pantai Morib. Resort bertaraf 4 bintang ini mempunyai kolam renang lengkap dengan papan gelungsur, taman tema air dan bilik yang luas lengkap dengan balkoni privasi. Anda akan diberikan layanan hebat yang pasti akan meninggalkan kenangan manis ketika berada di sini.
Bata Merah Boutique Hotel
Bata Merah Boutique Hotel merupakan sebuah hotel butik bertaraf satu bintang yang terletak di Banting dan jaraknya dari Pantai Morib hanya 9 km. Ia menawarkan kemudahan kaunter hadapan 24 jam dan wifi percuma di seluruh bangunan tersebut. Kemudahan meletak kenderaan percuma juga turut disediakan kepada para tetamu. Bata Merah Boutique Hotel merupakan pilihan yang sesuai untuk penginapan anda yang pasti menjanjikan perkhidmatan yang terbaik.





















