Stesen ERL Salak Tinggi merupakan salah satu stesen untuk perkhidmatan keretapi KLIA Transit di antara Stesen Putrajaya dan Cyberjaya dan juga Stesen KLIA. Stesen ERL Salak Tinggi terletak di bandar Salak Tinggi, Sepang Selangor. Stesen ERL Salak Tinggi memulakan operasinya pada tahun 2002 dengan 2 platform yang mempunyai 4 trek. Perkhidmatan KLIA Transit menyediakan dua perjalanan setiap jam ke KLIA dan KL Sentral. Untuk laluan KL Sentral ke KLIA2, keretapi pertama akan berlepas seawal jam 5 pagi dan keretapi terakhir akan berlepas pada jam 12.32 malam.
Bagi laluan KLIA2 ke KL Sentral pula, keretapi pertama akan berlepas seawal 5.28 pagi dan keretapi terakhir akan berlepas pada jam 1.09 malam. Kemudahan meletak kenderaan bertingkat turut disediakan untuk kemudahan pengguna yang menggunakan perkhidmatan keretapi ini setiap hari untuk berulang diantara Bandar Salak Tinggi dan kawasan di sekitarnya untuk ke lapangan terbang dan pusat bandar lengkap dengan rangkaian sistem pengangkutan awam dan juga perkhidmatan kereta sewa.
Anda boleh menaiki penerbangan dari mana-mana lapangan terbang utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari lapangan terbang anda boleh menaiki ERL Klia Transit terus ke Stesen ERL Salak Tinggi.
Stesen ERL Salak Tinggi boleh dihubungi melalui pelbagai lebuhraya termasuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Kesas, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE).
Anda boleh menaiki ERL KLIA Transit dari Stesen KL Sentral ke Stesen ERL Salak Tinggi.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) anda boleh menaiki bas Airport Lines ke Stesen ERL Salak Tinggi atau anda boleh menaiki perkhidmatan Bas SMART Selangor yang disediakan secara percuma untuk ke Stesen ERL Salak Tinggi.
Mitsui Outlet Park KLIA merupakan sebuah pusat membeli belah Jepun yang terletak 60km dari Kuala Lumpur dan 6km dari KLIA dan KLIA2. Anda boleh membeli belah pelbagai barangan berjenama pada harga yang menarik terdiri dari barangan kelas pertengahan sehingga ke jenama kelas tinggi. Pusat membeli belah ini juga turut menawarkan restoran yang menyajikan makanan citarasa Melayu, oriental dan ala-barat, kafe dan sebuah medan selera.
Litar Antarabangsa Sepang merupakan sebuah destinasi yang dicadangkan untuk anda kunjungi ketika berkunjung ke Stesen ERL Salak Tinggi. Litar Antarabangsa Sepang merupakan sebuah litar lumba kenderaan bermotor di Sepang, Salangor. Ianya telah menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Formula One Malaysia Grand Prix di antara tahun 1999 sehingga 2017 dan ianya juga telah menjadi tuan rumah kepada beberapa penganjuran perlumbaan seperti Malaysia Motorcycle Grand Prix, Malaysia Merdeka Endurance Race dan acara perlumbaan sukan bermotor utama.
Paya Indah Wetlands merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk dilawati oleh para pengunjung yang meminati alam semulajadi serta tenang dan damai dari kesibukan ibu kota. Paya Indah Wetlands terletak di Dengkil, Selangor dan berhampiran dengan Putrajaya. Paya Indah Wetlands menawarkan pelbagai tarikan menarik, aktiviti mencabar dan sesuai untuk pelbagai lapisan usia.
Taman Saujana Hijau ialah sebuah tempat yang menarik terletak di Presint 11, Putrajaya. Ianya terletak dipuncak bukit yang dipenuhi dengan tanaman pokok pine dan konifer yang dihiasi lanskap ala Eropah. Lanskapnya berbeza dari taman-taman lain di Putrajaya dengan menggunakan banyak tanaman pokok pine dan kurang tanaman ala tropika. Taman ini mempunyai 3 zon iaitu Taman Eropah, Taman Oriental dan Taman English.
EV World Hotel Kota Warisan @ KLIA & Xiamen Universiti merupakan pilihan bijak sekiranya anda berkunjung ke Stesen ERL Salak Tinggi. Hotel bertaraf 2 bintang ini terletak hanya 8.67km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sekiranya anda mencari pilihan penginapan di lokasi utama, EV World Hotel Kota Warisan @ KLIA & Xiamen Universiti merupakan pilihan tepat buat anda.
City View Hotel Kota Warisan merupakan sebuah hotel bertaraf 1 bintang yang terletak di Sepang. Jaraknya hanya 2.3km dari Stesen ERL Salak Tinggi. Hotel ini terbaik untuk pengunjung “backpackers” yang mencari pilihan penginapan yang murah. Penginapan di City View Hotel Kota Warisan pasti akan memuaskan hati anda dengan layanan serba hebat pada harga yang murah.
Total Accommodation | 299 Properties |
Popular Area | Bagan Lalang, Dengkil |
Popular Hotel | Designer Deluxe Suite 3BR @KLIA, Glorybnb Bell Suites KLIA Nflix#WFHstaycation 4pax |
Popular Landmark | KLIA T1, KLIA T2 |