Popular Area | Bagan Lalang, Dengkil |
Popular Hotel | Sama Sama Hotel KLIA, Avani Sepang Goldcoast Resort |
Popular Landmark | KLIA T1, Sepang International Circuit |
Daerah Sepang adalah sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Selangor di Malaysia. Bermula sebagai sebuah bandar kecil, Sepang telah berkembang sehingga saiznya yang terkini melalui beberapa proses pembangunan. Daerah Sepang meliputi kawasan seluas 612 kilometer persegi dan pada tahun 2010, Sepang mempunyai populasi seramai 212,050 orang penduduk. Bagan Lalang yang terletak di dalam Daerah Sepang telah dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang mesra alam oleh Sepang Goldcoast. Litar Antarabangsa Sepang telah menganjurkan Grand Prix Malaysia yang merupakan perlumbaan Formula One Malaysia dan Grand Prix Motosikal Malaysia yang berprestij. Daerah Sepang juga terkenal dengan perbandaran Cyberjaya, yang juga dikenali sebagai Lembah Silikon Malaysia dengan kerjasama MSC Malaysia. Pada hari ini, lebih daripada 250 buah syarikat multinasional terletak di Cyberjaya.
Jika anda memilih perjalanan melalui udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (IATA: KUL, ICAO: WMKK) yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, yang terletak di Sepang, Selangor. Kedua-dua terminal, lapangan terbang KLIA dan KLIA2 terletak kira-kira 10 minit dari Sepang.
Anda juga boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan bas antara Kuala Lumpur dan KLIA untuk sampai ke Sepang. Anda juga boleh mendapatkan bas terus dari stesen bas Nilai (negeri jiran kepada Selangor), mengambil teksi dari lapangan terbang KLIA. Ia adalah lebih mudah untuk menyewa kereta dari lapangan terbang kerana tarikan pelanconagn di kawasan sekitar ini adalah sangat menarik, dan sayang sekali untuk ditinggalkan.
Litar Antarabangsa Sepang adalah trek perlumbaan motorsport di Sepang, Selangor, Malaysia. Ia terletak kira-kira 45 km di selatan Kuala Lumpur, dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Litar ini telah menganjurkan Grand Prix Malaysia - Formula Satu antara tahun 1999 hingga 2017, dan juga lokasi untuk untuk Grand Prix Motosikal Malaysia, Perlumbaan Endurance Merdeka Malaysia dan acara motorsport utama yang lain. Litar ini menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan juga antarabangsa untuk menyaksikan perlumaan motosikal yang berprestij ini.
Nikmati pemandangan alam yang paling baik dan masih terpelihara apabila anda menyertai dalam aktiviti lawatan sungai ini. Anda boleh mendapatkan pakej ini di jeti Bagan Lalang yang terletak berdekatan restoran makanan laut dan pasar basah. Nikmati juga pemandangan kawasan pantai berpasir putih dengan tiupan angin segar air masin. Di kawasan paya bakau anda akan dapat melihat pelbagai spesies flora dan fauna yang unik dan jarang dapat anda lihat, juga ambil kesempatan untuk melihat burung-burung migrasi yang kerap datang untuk singgah di kawasan paya bakau ini. Semestinya ia merupakan aktiviti yang sesuai untuk para penggemar haiwan.
Resort ini sering digelar sebagai The Gold Coast Malaysia – dengan susunan resort membentuk pokok palma emas di kawasan pantai barat daya Malaysia, perairan tersembunyi di Selat Melaka. Kawasan ini jauh dari kesesakan orang ramai, dengan pemandangan laut yang tidak dapat ditandingi. Resort ini terletak kira-kira 25 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dari pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya. Resort hotel bertaraf dunia ini menawarkan sejumlah 393 buah bilik mewah di atas laut selain terdapat juga pilihan bangle mewah dengan lima bilik keluarga. Escapade Spa adalah tempat yang sesuai untuk anda berehat dan bersantai, sambil menikmati scrub badan, rawatan badan, balutan badan, urutan, perkhidmatan kecantikan, urutan badan selain penjagaan dan rias kuku dan pedikur.
Terletak di Putrajaya, terletak kira-kira 5 km dari IOI City Mall dan 21 IOI City, Le Meridien Putrajaya menawarkan penginapan dengan pusat kecergasan dan WiFi percuma di seluruh kawasan hotel. Hotel bertaraf 5-bintang ini mempunyai bilik-bilik berhawa dingin dengan bilik mandi peribadi. Kemudahan lain di sekitarnya seperti Hospital Serdang dan MAEPS keduanya dapat di akses dengam mudah dari hotel ini. Semua unit di hotel ini dilengkapi dengan TV berskrin rata dengan saluran satelit.