Ming Garden Hotel And Residences adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang mewah. Ia terletak di Lorong Ming Garden, Jalan Costal, Kota Kinabalu City Centre, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000. Berkonsepkan gabungan antara pemodenan, konseptual, makanan, seni dan muzik, hotel ini menjadi pilihan utama rata-rata pelancong tempatan mahupun pelancong asing. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi memodenkan lagi seni bina serta kemudahan untuk menarik minat pelancong yang datang untuk bersantai dan juga untuk urusan bisnes. Hotel mewah ini terletak strategik di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu. Ia memudahkan kedua-dua pelancong bisnes mahupun pelancong santai untuk mendapat akses kepada kemudahan-kemudahan awam seperti pengangkutan, bank, restoran dan pelbagai lagi.
Jika anda dari Kuala Lumpur, ambil penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Seterusnya, ambil teksi untuk menuju terus ke hotel ini. Perjalanan kapal terbang akan mengambil masa 2 jam lebih. Manakala, perjalanan dengan teksi dari lapangan terbang ke Ming Garden Hotel And Residences pula akan mengambil masa hanya beberapa minit.
Hotel bertaraf 4 bintang ini menyediakan beberapa pilihan bilik tidur. Antaranya adalah; Superior, Deluxe, Premier, Executive Suite, Ming Suite dan Residences. Tetamu boleh pilih mana-mana jenis bilik yang sesuai dengan keperluan anda. Penginapan Superior mengenengahkan konsep santai dan selesa dan sesuai untuk 2 orang. Penginapan Deluxe mengenengahkan konsep ‘home away from home’ yang turut selesa untuk 2 orang. Penginapan Premier pula mampu menampung 4 hingga 6 orang tetamu dengan keluasan biliknya yang sungguh menakjubkan. Manakala kategori suite pula menampilkan konsep yang lebih ekslusif dan kemudahan yang lebih canggih. Kategori suite juga memberi kelebihan kepada para tetamu untuk berkunjung ke Premier Lounge.
Tidak hairanlah mengapa hotel mewah ini menjadi tumpuan ramai. Ia menempatkan 5 buah restoran dan kafe di dalam bangunan hotel ini. Oleh itu, para tetamu boleh memilih mana satu untuk dikunjungi. Ia mempunyai Golden Few Bistro, Rosewood Lounge, Sparks Fun Pub, Rainforest Atrium dan Pool Bar. Setiap restoran atau kafe memaparkan konsep-konsep dan hidangan yang berbeza.
Setanding hotel-hotel mewah yang lain, Ming Garden Hotel And Residences juga menyediakan kemudahan yang canggih dan moden. Setiap penginapan didatangi dengan kemudahan untuk warga kurang upaya, televisyen 32 inci, pelbagai siaran televisyen serta filem, peti sejuk mini, peralatan membuat kopi atau teh, pengering rambut, pemanas air, perkakas mandi, surat khabar harian, Wi-Fi dan macam-macam lagi. Kemudahan awam yang disediakan untuk kegunaan seluruh tetamu hotel pula adalah, kolam renang, pusat urut dan spa, gimnasium, perkidmatan limosin dan pengangkutan ke lapangan terbang, surau, studio bersenam, bilik kanak-kanak, perkhidmatan bas, perkhidmatan mencuci pakaian, kotak keselamatan untuk simpanan barang berharga dan pusat bisnes.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |