MoonTree47

Hotel
Di Kawasan
Lihat Peta
47 Muntri Street, Georgetown, Pulau Pinang, Penang, Malaysia, 10200

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
Restoran
WiFi
Bagi mereka yang melancong dalam kumpulan yang besar, tempat penginapan yang sempurna untuk menetap adalah MoonTree47. Hostel ini telah menawarkan beberapa jenis bilik pada harga yang berpatutan. Selain itu, semua bilik di hostel ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas. Hostel ini juga telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang bagus kepada tetamu mereka. Tambahan pula, para tetamu boleh menikmati pelbagai jenis hidangan di sebuah restoran dan mereka boleh meminum secawan kopi di kedai kopi di dalam hostel ini. Lokasi hostel ini juga sangat strategik. Ia memudahkan para tetamu supaya dapat meneroka ke beberapa tempat tarikan pelancong dan pasar malam dengan hanya berjalan kaki dari MoonTree47.
Lihat Lebih
Log masuk berjaya!
Sekarang anda boleh menikmati lebih banyak manfaat, termasuk pilihan untuk membuat pembayaran menjelang tarikh penginapan anda!

Persekitaran MoonTree47

47 Muntri Street, Georgetown, Pulau Pinang, Penang, Malaysia, 10200
Temui Lebih Banyak Tempat
Lain-lain MoonTree47
Lain-lain 2 MoonTree47

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai MoonTree47

Bagi mereka yang melancong dalam kumpulan yang besar, tempat penginapan yang sempurna untuk menetap adalah MoonTree47. Hostel ini telah menawarkan beberapa jenis bilik pada harga yang berpatutan. Selain itu, semua bilik di hostel ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas. Hostel ini juga telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang bagus kepada tetamu mereka. Tambahan pula, para tetamu boleh menikmati pelbagai jenis hidangan di sebuah restoran dan mereka boleh meminum secawan kopi di kedai kopi di dalam hostel ini. Lokasi hostel ini juga sangat strategik. Ia memudahkan para tetamu supaya dapat meneroka ke beberapa tempat tarikan pelancong dan pasar malam dengan hanya berjalan kaki dari MoonTree47.

Bagaimana untuk ke MoonTree47

MoonTree47 terletak di 47, Muntri Street, Georgetown, Pulau Pinang. Bagi para pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur, cara paling mudah untuk sampai ke hostel ini adalah dengan menaiki kapal terbang. Mereka akan mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Perjalanannya akan mengambil masa selama 50 minit. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, mereka boleh memilih untuk menyewa kereta atau mengambil teksi untuk pergi ke hostel. Mereka juga boleh menggunakan perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang yang disediakan oleh hostel ini.

Cara yang lain pula adalah para pengunjung boleh memilih untuk menaiki kereta. Mereka akan mengikuti Lebuhraya Utara-Selatan ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di Gelugor. Kemudian, mereka perlu memandu ke Muntri St di Georgetown di mana mereka akan menemui MoonTree47. Keseluruhan perjalanannya akan mengambil masa selama 3 jam dan 59 minit.

Pilihan Bilik di MoonTree47

MoonTree47 mempunyai 5 jenis bilik untuk ditawarkan kepada pelanggan mereka. Antaranya ialah Bilik Single Standard dengan Bilik Mandi Berkongsi, Bilik Standard Double dengan Bilik Mandi Berkongsi, Bilik Deluxe Double atau Twin, Bilik Keluarga (3 orang dewasa) dan Bilik Keluarga (4 orang dewasa). Bagi Bilik Standard Single dengan Bilik Mandi Berkongsi, ia mempunyai saiz sebesar 12 meter persegi dan ia boleh memuatkan 1 katil bujang. Terdapat beberapa kemudahan dalam bilik seperti penghawa dingin, kemudahan menyeterika dan Wi-Fi percuma di dalam bilik ini. Bilik mandi mempunyai bilik mandi berkongsi dan dilengkapi dengan pancuran mandian, pengering rambut dan peralatan mandian. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini adalah RM80 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Seterusnya ialah Bilik Standard Double dengan Bilik Mandi Berkongsi. Saiz bilik ini adalah 16.72 meter persegi dan hostel ini menawarkan 1 katil queen untuk bilik ini. Bilik ini dipenuhi dengan kemudahan asas seperti meja, penyaman udara dan kemudahan menyeterika. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi berkongsi, pancuran mandian, pengering rambut dan peralatan mandian. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Oleh itu, jumlah kos untuk bilik ini adalah RM130 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bilik yang berikut ialah Bilik Deluxe Double atau Twin. Bilik ini mempunyai keluasan 18.39 meter persegi dan mempunyai 1 katil double dan 2 katil bujang. Bagi kemudahan dalam bilik, terdapat kemudahan menyeterika dan penyaman udara. Bagi kemudahan bilik mandi pula, terdapat peralatan mandian, pengering rambut, pancuran mandian dan bilik mandi peribadi. Para tetamu boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini adalah RM150 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Bagi Bilik Keluarga (3 orang dewasa), ia mempunyai saiz sebesar 26.94 meter persegi. Hostel ini telah menyediakan 1 katil double dan 1 katil bujang untuk bilik ini. Terdapat Wi-Fi percuma di dalam bilik ini. Selain itu, bilik ini telah dilengkapi dengan penyaman udara, peti sejuk, kipas, televisyen dan kemudahan menyeterika. Para tetamu juga boleh menggunakan peralatan mandian, pancuran mandian, pengering rambut dan bilik mandi peribadi yang telah disediakan di bilik mandi. Oleh itu, jumlah kos untuk pakej bilik ini adalah RM200 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bilik yang terakhiri alah Bilik Keluarga (4 orang dewasa).Saiz bilik ini lebih besar berbanding bilik sebelumnya iaitu 31.58 meter persegi dan ia boleh memuatkan 2 katil king. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini telah dilengkapi dengan beberapa kemudahan dalam bilik seperti penghawa dingin, peti sejuk, meja, kipas, televisyen dan kemudahan menyeterika. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi, pancuran mandian, pengering rambut dan peralatan mandian. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM260 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Restoran dan Kafe di MoonTree47

MoonTree47 mempunyai sebuah restoran yang menyajikan pelbagai hidangan pada sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Para tetamu boleh menikmati A la carte untuk sarapan pagi dan makan tengah hari. Semua makanan yang telah ditawarkan oleh restoran ini telah memenuhi selera dan citarasa para tetamu di hostel ini. Selain itu, para tetamu boleh menikmati secawan kopi di kedai kopi di dalam hostel ini.

Kemudahan dan Aktiviti di MoonTreee47

MoonTree47 telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang berguna untuk tetamu mereka. Antaranya adalah akses Wi-Fi secara percuma di kawasan awam, kaunter penyambut tetamu, perkhidmatan dobi, tempat penyimpanan bagasi, perkhidmatan lawatan, perkhidmatan sewa kereta, perkhidmatan kereta limo atau kereta bandar, tempat letak kereta dengan bayaran tambahan dan perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang dengan bayaran tambahan. Terdapat taman yang disediakan untuk para tetamu untuk melakukan aktiviti luar atau berjalan kaki di tempat itu. Di samping itu, para tetamu boleh singgah di beberapa kedai atau mesin ATM yang berdekatan dengan hostel ini.

Semua kemudahan dari MoonTree47

Lain-lain MoonTree47
Lain-lain

Perkhidmatan Hotel

  • Perkhidmatan dobi
  • Penyimpanan bagasi
  • Lawatan
  • Meja depan

Kemudahan Umum

  • Restoran
  • Kedai kopi
  • OTHER

Umum

  • Kawasan merokok
  • Teres

Makanan dan Minuman

  • Bar

Aktiviti

  • Taman

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Khidmat Shuttle

  • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di MoonTree47

Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan pemastautin tetap Malaysia. Sila jangkakan bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



  • Bayaran pengangkutan ulang-alik lapangan terbang: MYR 50.00 setiap kenderaan (sehala)

Senarai di atas mungkin tidak menyeluruh. Bayaran dan deposit mungkin tidak merangkumi cukai dan tertakluk kepada perubahan.

Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah. Fi mungkin termasuk cukai yang berkenaan:

  • Cukai bandar raya dikenakan: MYR 2.00 setiap penginapan semalam

Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.

  • Bayaran tetamu tambahan mungkin dikenakan dan berbeza mengikut dasar hartanah
  • Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan deposit tunai mungkin diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan
  • Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan; permintaan khas tidak dapat dijamin
  • Hartanah ini menerima wang tunai

Meja sambut tetamu dibuka setiap hari dari 9:00 - 18:00. Untuk membuat pengaturan daftar masuk, sila hubungi hartanah lebih awal menggunakan maklumat pada pengesahan tempahan.Jika anda merancang untuk tiba selepas 18:00, sila hubungi hartanah lebih awal menggunakan maklumat pada pengesahan tempahan.  Tetamu mesti menghubungi hartanah lebih awal untuk mendapatkan arahan daftar masuk. Kakitangan berada di meja sambut tetamu untuk masa yang terhad. Maklumat yang disediakan oleh pihak hartanah mungkin menggunakan alat terjemahan automatik.

Hotel only accepts guests with minimum age of 18

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
14:00 - 18:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
Restoran, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - 18:00 - hingga 12:00
Bilik tersedia di MoonTree47
8
Fasilitas lain di MoonTree47
Perkhidmatan dobi, Penyimpanan bagasi, Lawatan, Meja depan, Kedai kopi

Soalan lazim tentang MoonTree47

Apa facilities yang tersedia di MoonTree47?
Berikut facilities yang ada di MoonTree47 seperti Restoran, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di MoonTree47?
Masa check-in di MoonTree47 bermula dari 14:00 - 18:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Berapakah jumlah bintang yang dimiliki oleh MoonTree47?
MoonTree47 ialah hotel bertaraf 2.0-bintang.
Berapakah jumlah bilik yang terdapat di MoonTree47?
Jumlah keseluruhan bilik di MoonTree47 ialah 8.
Adakah tempat letak kereta disediakan di MoonTree47?
Ya, MoonTree47 menyediakan tempat letak kereta. Sila hubungi pihak hotel untuk maklumat lanjut.

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lain-lain 4 MoonTree47

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Belum jumpa apa yang anda cari?


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2026 Traveloka. All rights reserved