Anda inginkan percutian yang bajet di Kota Kinabalu? SKYPOD Hostel pastinya ideal untuk anda sama ada anda berada di Kota Kinabalu untuk bercuti atau bekerja. Bukan itu sahaja, hotel ini juga sesuai bagi anda yang datang secara berkumpulan. SKYPOD Hostel ini merupakan hotel yang sangat sempuran untuk didiami. Hotel ini merupakan hotel butik yang memenangi pelbagai anugerah di Kota Kinabalu. Ia mempunyai jenis katil Pod dan ia bakal menawarkan pengalaman penginapan yang luar biasa bagi tetamunya pada kadar yang sangat berpatutan. SKYPOD Hostel juga menjanjikan perkhidmatan yang sangat baik, penuh kemesraaan dan juga persekitaran yang bersih. Hotel ini terletak di kawasan yang kurang sibuk di bandar Kota Kinabalu. Hotel ini juga terletak berhampiran pusat membeli belah seperti Imago Shopping Mall dan juga Terminal Bas Kota Kinabalu Sentral. SKYPOD Hostel ini juga terletak berdekatan dengan lapangan terbang, ia membuatkan SKYPOD Hostel ini menjadi pilihan pengunjung untuk menginap.
SKYPOD Hostel ini terletak betul-betul di tengah bandar Kota Kinabalu. Terdapat beberapa pilihan pengangkutan awam yang boleh digunakan anda untuk datang ke SKYPOD Hostel ini. Walau bagaimanpun, sekiranya anda datang dari Semenanjung Malaysia, anda hanya boleh menggunakan penerbangan untuk datang ke Kota Kinabalu.
Dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Kota Kinabalu. Lapangan terbang yang terdekat dengan SKYPOD Hostel ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Anda boleh memilih beberapa penerbangan yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk datang ke Kota Kinabalu. Antara syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu adalah Malaysia Airlines, AirAsia dan juga Malindo Airlines. Ketiga-tiga syarikat penerbangan menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk setiap hari. Anda boleh memilih mana-mana penerbangan yang anda gemari. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu akan mengambil masa selama 2 jam dan 30 minit. Apabila anda sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, anda boleh mengambil teksi untuk pergi ke SKYPOD Hostel. Anda boleh mengambil teksi di bahagian ketibaan di Terminal 1. Anda boleh pergi pusat bandar Kota Kinabalu dengan harga yang tetap iaitu RM 30. Pastikan anda mengambil teksi yang berdaftar dan anda perlu membeli kupon yang sah di kaunter teksi. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke SKYPOD Hostel akan mengambil masa selama 10 minit dengan berjarak hanya 6.1 km. Waktu perjalanan bergantung kepada keadaan trafik pada itu.
Sekiranya anda datang daripada bandar-bandar lain di Pulau Borneo itu seperti Beaufort atau pun Kuching, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas untuk datang ke Kota Kinabalu. Anda boleh mengambil bas dari tempat anda untuk datang ke Terminal Bas Inanam di Kota Kinabalu ini. Perjalanan menaiki bas akan mengambil masa yang sangat lama. Walau bagaimanapun, harga tambang bas adalah lebih murah dari tambang tiket penerbangan. Bagi anda yang suka menyaksikan pemandangan, anda sesuai menaiki bas kerana anda akan dapat melihat pelbagai pemandangan dari Sarawak hinggalah ke Sabah. Apabila anda sudah tiba di Terminal Bas Inanam, anda boleh mengambil teksi untuk ke SKYPOD Hostel. Perjalanan dari Terminal Bas Inanam ke SKYPOD Hostel akan mengambil masa selama 16 minit sahaja bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu.
Selain itu, anda juga boleh menyewa kereta untuk pergi ke SKYPOD Hostel. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, anda boleh menyewa kereta dengan agen yang sah. Selepas urusan menyewa kereta selesai, anda boleh mengikut cadangan laluan ini untuk ke SKYPOD Hostel. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, teruskan perjalanan ke Jalan Kepayan. Teruskan perjalanan di Jalan Kepayan ke Kampung Sembulan dan teruskan perjalanan di Jalan Sembulan Lama. Pandu ke Lorong Karamunsing A di Kompleks Karamunsing sebelum tiba di SKYPOD Hostel.
Terdapat sembilan jenis bilik yang boleh anda pilih di SKYPOD Hostel ini. Pilihan bilik yang terdapat di sini adalah seperti asrama bercampur, asrama pasangan bercampur, asrama perempuan dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, SKYPOD Hostel juga mempunyai bilik eksklusif asrama untuk empat orang, asrama untuk 8 orang, asrama untuk 16 orang dan asrama untuk 24 orang. Selain daripada itu, SKYPOD Hostel juga mempunyai bilik peribadi berkembar dan juga bilik pasangan premium.
Terdapat satu kafe di SKYPOD Hostel ini yang menyediakan makanan sarapan secara percuma bagi tetamunya. Walau bagaimanapun, sementara anda berada di SKYPOD Hostel, anda boleh mencari makanan dan minuman dengan mudah kerana SKYPOD Hostel ini terletak di bandar Kota Kinabalu.
SKYPOD Hostel menyediakan pelbagai kemudahan bagi tetamunya seperti kemudahan Wi-Fi di dalam setiap bilik. Bukan itu sahaja, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan penyaman udara. Selain daripada itu, SKYPOD Hostel juga kemudahan dobi dan kemudahan menggosok baju.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di SKYPOD Hostel | 100 |
Bilangan tingkat di SKYPOD Hostel | 2 |
Fasilitas lain di SKYPOD Hostel | Minuman alu-aluan, Daftar Masuk Awal, Daftar keluar ekspres, Meja depan, Penyambut tetamu 24 jam |