X-Plorer Backpackers ialah sebuah tempat penginapan hostel yang bertaraf 1 bintang. Ia bertujuan untuk membantu para pelancong yang mempunyai bajet untuk penginapan mereka. Ia terletak di bandar Kota Kinabalu di negeri Sabah, Malaysia. Memandangkan ia adalah sebuah hostel, harganya adalah murah tetapi ia masih menawarkan kemudahan asas yang para pelancong perlukan.
Hostel ini terletak di lokasi yang sangat strategik. Ia hampir dengan banyak tempat makan tempatan dan juga makanan Barat. Hostel ini juga terletak hanya 15 minit dari jeti Jesselton Point di mana pelancong boleh menaiki bot untuk ke pulau-pulau berdekatan yang dinamakan Taman Kebangsaan Tunku Abdul Rahman. Selain itu, hostel ini juga terletak berdekatan dengan pasar terbuka setiap hari Ahad.
Pekerja di hostel ini mengalu-alukan semua pelancong untuk datang ke hostel ini dan mereka bersedia untuk membantu semua tetamu mereka.
Ada beberapa cara untuk sampai ke X-Plorer Backpackers. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan mengambil penerbangan ke sana. Dari Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 dan pergi ke Kota Kinabalu, Sabah dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Ada beberapa syarikat penerbangan yang membuat perjalanan ke sana seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan beberapa syarikat lain. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pelancong boleh mengambil teksi atau aplikasi Grab untuk ke hotel itu.
X-Plorer Backpackers terletak di pusat bandar Kota Kinabalu oleh itu bagi mereka yang mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, mereka boleh mengambil teksi dari lapangan terbang untuk ke hotel. Teksi itu akan mengambil Jalan Tunku Abdul Rahman dan pergi ke Pusat Bandar Kota Kinabalu. Ia akan mengambil masa lebih kurang 22 minit sahaja kerana jarak antara hostel dan lapangan terbang adalah 10.4 kilometer. Harga teksi pula akan bergantung kepada jarak dan akan ditentukan di kaunter tempahan teksi.
X-Plorer Backpackers mempunyai banyak jenis bilik yang boleh dipilih oleh para tetamu yang mahu tinggal di sini. Bagi pelancong yang mahu tinggal di hostel ini mereka pasti mahukan bilik yang murah. Oleh itu bilik yang ditawarkan di X-Plorer Backpackers adalah sangat sesuai kerana bilik yang ada adalah Male Dormitory dan Female Dormitory. Ada bilik yang terletak di bangunan asal manakala ada juga asrama yang terletak di bangunan baru. Asrama ini adalah katil dua tingkat yang memuatkan 6 orang dalam bilik yang sama. Tandas pula harus dikongsi dan terletak di luar bilik itu. Pelancong yang menempah bilik ini akan mendapat sarapan pagi percuma dan mendapat Wi-Fi percuma.
Bilik lain selain asrama ini adalah Double Room Shared Bathroom. Bilik ini adalah untuk 2 orang sahaja kerana ia mempunyai 1 katil Double. Akan tetapi tetamu yang tinggal di sini harus berkongsi tandas dengan tetamu dari bilik lain.
Bilik yang terakhir adalah bilik Family Room Shared Bathroom. Ia boleh memuatkan 4 orang. Ia mempunyai 1 katil Double dan 2 katil bujang. Tetamu masih perlu berkongsi tandas dengan tetamu lain. Tetamu bilik ini mendapat sarapan pagi percuma.
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat menjadikan tetamu mereka selesa. Sebahagian daripada kemudahan itu adalah Wi-Fi di kesemua tempat dan juga bilik di hostel ini. Kemudian hotel ini juga menyediakan kemudahan untuk tetamu mereka mencuci baju. Hostel ini juga menyediakan tempat simpanan bagasi bagi tetamu mereka yang tiba sebelum waktu daftar masuk ataupun mempunyai destinasi lain setelah mendaftar keluar. Tetamu yang tiba pada lewat malam juga tidak perlu risau kerana hostel ini mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam. Oleh itu mereka boleh mendaftarkan tetamu pada bila-bila masa. Selain daripada itu, hostel ini juga menyediakan kemudahan seperti televisyen dan perpustakaan di ruang kongsi. Ada juga dapur, mesin air panas dan sejuk, balkoni, ruang kongsi, ruang simpanan barang, snek dan juga teh dan kopi.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |