Hotel Nepal

Hotel Terbaik di Nepal

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Nepal,
Bandar, destinasi, atau nama hotel
Tarikh Daftar Masuk & Daftar Keluar
Tempoh: 1 Malam
Tetamu dan Bilik
Cari
  1. /
  2. 2,616Hotel di Nepal

Hotel popular di Nepal

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Primary image 1 The Everest Hotel Kathmandu, Hotel Nepal
8.9
(29)
Cemerlang
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Bar tepi kolam renang
Bar
Harga sekitar
RM 294.00
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Nepali Ghar Hotel, Hotel Nepal
9.5
(51)
Cemerlang
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Teres atas bumbung
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 288.02
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Fish Tail Lodge, Hotel Nepal
9
(58)
Cemerlang
Hotel
Lumbini, Rūpandehī
Pakej lamaran romantik
Bar tepi kolam renang
Payung pantai
Perpustakaan
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 582.29
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hyatt Centric Soalteemode Kathmandu, Hotel Nepal
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Kerusi berjemur kolam renang
Bar
Harga sekitar
RM 408.63
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Baber Mahal Vilas, Hotel Nepal
9.6
(132)
Cemerlang
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Kedai
Teres atas bumbung
Perpustakaan
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 498.28
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Tiger Palace By Soaltee, Bhairahawa, Lumbini, Nepal, Hotel Nepal
Hotel
Tikuligadh, Rūpandehī
Shuttle kasino
Penjagaan anak
Kelab kanak-kanak
Kedai
Bar tepi kolam renang
Bar
Harga sekitar
RM 450.92
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 The Dwarika's, Hotel Nepal
9.6
(182)
Cemerlang
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Kedai
Biliard
Perpustakaan
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 1,247.53
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Sarangkot Mountain Lodge, Hotel Nepal
10
(53)
Cemerlang
Hotel
Lumbini, Lumbini
Spa
Bar
Nikita S.
rekreasi
Penginapan yang tidak dapat dilupakan. Kami menghabiskan dua malam di sini dan sangat bernasib baik untuk melihat puncak Annapurna dan Fishtail, walaupun semasa musim hujan. Beberapa saat matahari terbit keemasan di pergunungan menjadikan semua kesusahan perjalanan berbaloi. Saya percaya pujian tertinggi untuk hotel ialah sama ada anda akan memilih untuk kembali beberapa tahun kemudian apabila melawat semula tempat itu, dan saya fikir saya akan kembali ke hotel ini. Perkhidmatan di sini sangat baik, terutamanya di restoran. Pemuda berusia 19 tahun di sana sangat matang dan tenang - masa depannya tidak terbatas, dan saya tidak sabar untuk melihat bagaimana dia menjadi.
Harga sekitar
RM 1,085.53
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Patan House, Hotel Nepal
9.9
(6)
Cemerlang
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 176.74
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Vivanta Kathmandu, Hotel Nepal
8.8
(46)
Sangat Baik
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Bilik wap
Sauna
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 379.95
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Holiday Inn Express Kathmandu Naxal by IHG, Hotel Nepal
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Bar
Harga sekitar
RM 268.86
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Dusit Princess Kathmandu, Hotel Nepal
9.4
(19)
Cemerlang
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Kelab kesihatan
Bilik wap
Bar tepi kolam renang
Spa
Harga sekitar
RM 385.43
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Kathmandu Marriott Hotel, Hotel Nepal
9.5
(157)
Cemerlang
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Kelab kesihatan
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 686.01
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Ramada Encore by Wyndham Kathmandu Thamel, Hotel Nepal
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Bar tepi kolam renang
Pengangkutan dari lapangan terbang
Payung pantai
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 495.83
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Mandala Boutique Hotel, Hotel Nepal
8
(11)
Sangat Baik
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Teres atas bumbung
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 136.13
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Tara Art House, Hotel Nepal
Rumah Tetamu
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Teres atas bumbung
Harga sekitar
RM 108.61
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Lemon Tree Premier Budhanilkanth, Hotel Nepal
Hotel
Narayani, Nawalparāsī
Bar
Harga sekitar
RM 328.40
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Crowne Imperial, Hotel Nepal
8.4
(31)
Sangat Baik
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Pakej lamaran romantik
Kelab kesihatan
Teres atas bumbung
Payung pantai
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 177.74
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Landmark Kathmandu, Hotel Nepal
8.6
(26)
Sangat Baik
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Bar
Harga sekitar
RM 277.44
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Everest Boutique Hotel, Hotel Nepal
9.4
(22)
Cemerlang
Hotel
Makwanpur, Nārāyanī Zone
Harga sekitar
RM 151.12
Lihat Ketersediaan

Terokai promosi

Lebih lanjut tentang hotel di Nepal

Nepal adalah sebuah negara di antara India dan Tibet dan ia terletak di sepanjang lereng selatan pegunungan Himalaya. Lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia, termasuk Gunung Everest, Lhotse, Makalu dan Kanchenjunga boleh didapati di Nepal. Laluan mendaki di pergunungan Nepal juga adalah antara laluan paling ikonik di Himalaya. Selain itu, pencinta alam pasti akan menikmati pemandangan gunung-ganang yang indah manakala penggemar sukan ekstrem boleh merasa keseronokan berkayak di Sungai Nepal atau terjunan lelabah di jurang Himalaya.

Walaupun Nepal mengalami gempa bumi pada tahun 2015, namun negara tersebut telah pulih dengan pesat dan masih kekal sebagai pusat kebudayaan di Himalaya. Istana-istana lama Kathmandu, kuil-kuil tersembunyi dan seni kuil yang menakjubkan membuatkan negara ini destinasi yang sesuai untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu seperti Buddhisme dan cara-cara membuat momos (dumpling).

Dengan keluasan 147,181 km² Nepal mempunyai keluasan yang 1.5 kali lebih besar dari negara Portugal. Negara ini juga mempunyai populasi kira-kira 31 juta penduduk. Separuh daripada penduduk negara ini menggunakan bahasa Nepal rasmi, manakala penduduk yang lain menggunakan salah satu dari beberapa bahasa Tibeto-Burman.

Iklim di Nepal berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain bergantung kepada kawasan-kawasan di negara tersebut. Musim panas di utara Nepal agak dingin namun mengalami musim sejuk yang teruk. Kawasan di selatan Nepal pula mengalami musim panas tropika dan musim sejuk yang agak sederhana. Suhu purata di Nepal akan menurun 6 °C untuk setiap ketinggian 1,000m, oleh itu pelancong harus membuat persiapan sebaik mungkin sebelum membuat perancangan untuk ke kawasan pergunungan. Waktu terbaik untuk trekking di Nepal adalah pada musim bunga dan musim luruh. Musim bunga, di sekitar bulan Mac dan April, adalah masa bunga rhododendron berkembang mekar manakala bulan Oktober dan November adalah waktu terbaik untuk melihat langit biru dan luas.

Lawatan ke Nepal tidak lengkap tanpa lawatan ke Kathmandu, pusat politik dan budaya Nepal. Kathmandu, ibu kota dan bandar terbesar di negara itu pernah dianggap sebagai Shangri-La yang yang sukar dicapai. Kini Kathmandu berjaya menarik pelancong dari seluruh dunia. Antara tarikan Kathmandu adalah sejarah kepercayaan-kepercayaan penduduk, kepelbagaian budaya dan juga seni bina Newari yang luar biasa. Dunia lama Nepal kini wujud bersama teknologi terkini membuatkan kunikan negara ini lebih memikat. Kathmandu juga sering digambarkan sebagai muzium hidup di mana pelancong merasa seolah-olah mereka telah ditelan zaman.

Selain daripada mengecapi budaya dan sejarah Nepal, pelancong juga harus merasa keunikan makanan Nepal. Makanan kebangsaan negara Nepal adalah daal bhaat tarkaari. Juadah kegemaran rakyat Nepal ini diperbuat daripada kacang lentil berempah dicampur dengan nasi dan dihidangkan bersama tarkari, iaitu sayur-sayuran seperti biji mustard, lobak daikon, kentang, kacang hijau, tomato, kubis bunga, labu dan sebagainya yang dimasak dengan pelbagai rempah ratus. Hidangan lain untuk dicuba adalah momos, dumpling daging atau sayur-sayuran yang sering dihidangkan bersama bir. Pelancong juga harus mencuba roti Tibet dan madu, roti goreng yang dihidangkan dengan madu mentah. Hidangan ini sering dihidangkan sebagai sarapan pagi. Selain itu anda juga harus mencuba daging salai. Bagi pelancong yang mengembara ke kawasan pergunungan Himalaya, anda harus mencuba makanan orang Sherpa yang kebanyakannya diperbuat daripada ubi kentang. Makanan kaum Sherpa yang harus dicuba adalah Rikikul, lempeng kentang disaluti susu atau keju dzo yang diperbuat daripada susu yak. Rikikul enak dimakan ketika ia masih panas.

Semua pelancong, selain daripada warganegara India, yang ingin melawat Nepal harus mendapatkan visa. Visa sewaktu ketibaan ditawarkan kepada semua negara kecuali negara Afghanistan, Cameroon, Ethiopia, Ghana, Iraq, Liberia, Nigeria, Palestin, Somalia, Swaziland, Syria dan Zimbabwe. Kadar bayaran yang dikenakan untuk visa adalah USD 25 (RM 102) untuk 15 hari, USD 40 (RM 164) untuk 30 hari dan USD 100 (RM 409) untuk 90 hari. Tempoh maksimum yang diberikan untuk visa hanya 150 hari sahaja dalam tempoh 12 bulan. Visa pelancong yang ditawarkan adalah untuk "kemasukan berganda" dan visa ini membenarkan pelancong melawat negara Nepal berulang kali ketika tempoh masih sah.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Pelancong yang melawat Nepal melalui penerbangan akan mendarat di Tribhuvan International Aiport. Lapangan terbang ini terletak tidak jauh dari Jalan Ring di Kathmandu dan merupakan hab utama Nepal Airlines. Syarikat penerbangan ini mempunyai penerbangan dari pelbagai destinasi seperti India, Bangkok, Doha, Dubai, Hong Kong dan Kuala Lumpur. Syarikat penerbangan lain yang mempunyai penerbangan ke Nepal termasuk Air Arabia, Air Asia X, Air China, Air India, Etihad, flydubai, Jet Airways, Korean Air, Malaysia Airlines, Oman Air, Qatar Airways, Silk Air dan Thai Airways.

Pelancong tidak perlu risau untuk mencari pengangkutan daripada lapangan terbang. Kebanyakan pakej trekking/pelancongan di Nepal turut menyediakan perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang. Perkhidmatan ini amat sesuai untuk pelancong yang melawat Nepal buat kali pertama ataupun untuk mereka yang akan tiba di lapangan terbang pada lewat malam. Teksi prabayar boleh didapati dengan senang di lapangan terbang dan pelancong akan dikenakan bayaran sebanyak NPR 700-800 (RM25-30) untuk ke Kathmandu. Teksi biasa juga boleh didapati di sini namun para pelancong dinasihatkan untuk berunding harga terlebih dahulu. Bas-bas tempatan juga boleh didapati di lapangan terbang, namun tiada jadual tetap yang disediakan dan bas seringkali sesak. Walau bagaimanapun, bas adalah mod pengangkutan yang paling murah dan harga tiket hanyalah NPR10-20 (40-80 sen).

Menaiki Kereta/Motosikal

Pelancong boleh memandu ke Nepal dari India, namun kereta sewa dari India tidak dibenarkan untuk menyeberangi sempadan. Perkhidmatan kereta sewa di Nepal selalunya termasuk sekali dengan pemandu manakala bagi pelancong yang ingin menyewa motosikal, penilaian kerosakan ke atas motosikal haruslah dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang transaksi dilakukan. Pelancong juga dinasihatkan untuk tawar-menawar untuk mendapatkan harga sewa yang berpatutan.

Kadar tol sebanyak NPR120 (RM 5) sehari dan bayaran sebanyak NPR50 (RM 2) untuk permit pengangkutan akan dikenakan ke atas semua kenderaan yang menyeberangi sempadan. Bukti pembayaran perlu disimpan dengan cermat kerana ia mungkin perlu dikemukakan kepada polis Nepal pada bila-bila masa.

Menaiki Bas

Pelancong juga boleh memasuki Nepal dengan menaiki bas menerusi salah satu daripada lima sempadan yang dibuka kepada pelancong, iaitu Sunauli-Bhairawa, Raxaul-Birganj, Siliguri-Kakarbhitta, Banbassa-Mahendrenagar dan Bahraich-Nepalganj. Persimpangan Kodari antara Nepal dan Tibet juga dibuka untuk pelancong persendirian. Syarikat bas Uttar Pradesh Road Transport Corporation menawarkan bas ekspress ke Kathmandu dari bandar Vanarasi, India. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 13-16 jam dan setiap tiket berharga RS1,370 (RM 80). Bas ke Kathmandu juga boleh didapati di bandar-bandar di India seperti Patna, Gorakhpur dan Lucknow.

Menaiki Kereta Api

Kereta api kargo dan keretapi penumpang beroperasi antara bandar Sirsiya di Nepal selatan dan bandar Raxaul di India. Walau bagaimanapun, warga asing tidak dibenarkan melintasi sempadan menggunakan kereta api. Rangkaian kereta api Nepal terhad kepada beberapa kilometer sahaja di Janakpur.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Tea House-Trekking

Pelancong yang melawat Nepal harus mencuba trekking di salah satu laluan terkenal di Nepal. Pengembara yang kurang berpengalaman boleh mempertimbangkan untuk mencuba "Tea-House Trekking" kerana ia merupakan trek yang paling senang. Trek ini biasanya hanya akan mengambil masa sehari dan laluan trek adalah di antara penempatan yang dipenuhi rumah persinggahan atau kampung-kampung. Ini bermakna pelancong tidak perlu berkhemah, ataupun membawa makanan atau air kerana ia boleh dibeli di sepanjang perjalanan. Bagi pelancong yang berpengalaman dan ingin mencuba laluan mendaki yang kurang sesak, pelancong haruslah menyertai kumpulan trekking yang akan diketuai seorang pemandu, pembawa beg yang juga mempunyai kelengkapan sokongan. Beberapa kawasan tertentu seperti Manaslu dan Kanchenjunga memerlukan Permit Kawasan Terhad dan memerlukan sekurang-kurangnya dua pelancong asing dan seorang pemandu berdaftar/berkelayakan.

Trek Wilayah Annapurna

Antara cadangan laluan mendaki lain di Nepal termasuk, iaitu Trek Wilayah Annapurna. Perjalanan selama 2/3 minggu di sekitar pergunungan Annapurna. Everest Everest Base Camp Trek. Trek ini menjanjikan pemandangan yang menakjubkan dan pengalaman bersama komuniti Sherpa. Pelancong yang melakukan perjalanan ini pada bulan November boleh melawat biara Buddha Tengboche dan mengunjungi pesta perayaan Mani Rimdu. Trek Pulau Peak di rantau Khumbu akan membolehkan para pelancong melihat pemandangan yang paling menakjubkan di Himalaya.

Bhote Koshi

Untuk peminat rafting/kayaking, Nepal merupakan "syurga whitewater". Jeram-jeram di Nepal adalah antara yang paling menarik di dunia dan terdapat lawatan berakit/berkayak yang pasti memenuhi keupayaan semua. Pakej berakit/berkayak biasanya akan mengambil masa beberapa hari dan akan bermula dari Kathmandu atau Pokhara. Sungai-sungai utama untuk berakit adalah, iaitu Bhote Koshi, Kali Gandaki, Karnali, Seti, Sun Koshi, Trisuli, Tamor dan Marshyangdhi.

Jalan Scar

Terdapat banyak laluan berbasikal popular di Nepal seperti Jalan Scar, Kathmandu ke Dhulikhel, Dhulikhel ke Perbatasan Tibet, Rajpath dari Kathmandu, Hetauda ke Narayangarh dan Mugling, Kathmandu ke Pokhara dan Pokhara ke Sarangkot dan Naudanda. Masa terbaik untuk berbasikal adalah antara pertengahan bulan Oktober dan akhir bulan Mac, apabila cuaca lebih sederhana – tidak terlalu panas pada siang hari dan dingin pada waktu malam. Pelancong mempunyai pilihan untuk menggunakan basikal mereka sendiri atau menggunakan basikal sewa. Kadar sewa yang dikenakan bermula dari USD 3 (RM 13) untuk basikal biasa dan USD 30 (RM 123) untuk basikal yang lebih canggih.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Hotel Lily Kathmandu

Hotel Lily Kathmandu adalah hotel bajet yang terletak di pusat bandar Thamel dan merupakan tempat penginapan terbaik untuk melawat Nepal. Hotel ini berjarak 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan dan 5 km dari Stupa Swayambhunath.

Good Vibe Homestay Kathmandu

Good Vibe Homestay terletak di Manamaiju. Ia berjarak 8.5km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, 5 km dari pejabat utama Good Vibe di Thamel dan berdekatan dengan Akademi Kehakiman Negara Nepal. Para tetamu di homestay ini akan berpeluang untuk tinggal bersama keluarga Nepal dan menikmati ruang yang tenang dan berjauhan dari hiruk-pikuk kota.

Crowne Plaza Hotel Hotel Kathmandu - Soaltee

Crowne Plaza Kathmandu-Soaltee Hotel adalah hotel bertaraf 5 bintang yang menawarkan bilik-bilik mewah untuk para tetamu. Lokasi hotel ini memberi laluan senang ke istana-istana dan kuil-kuil seperti Kuil Shunambhunath, yang berjarak sekitar 20 minit perjalanan kaki dari hotel. Hotel ini juga berjarak 15 minit pemanduan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.

Baca lagi

Facts about hotel in Nepal

Total Accommodation
20 Properties
Popular Region
Zon Janakpur, Zon Bagmati
Popular Hotel
The Everest Hotel Kathmandu, Hyatt Centric Soalteemode Kathmandu

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Nepal?
Berapa banyak hotel disenaraikan di Nepal?
Currently, there are around 20 hotels that you can book in Nepal

Guest reviews in hotel near Nepal

8.5
Mengagumkan
36,333 reviews from hotels in Nepal with aggregated rating of 8.5/10.
Review from various users that have stayed in hotel near Nepal will help you to choose the perfect hotel easily!

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?