Hotel di Korea Selatan

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Korea Selatan,
  1. Hotel
    /
  2. Korea Selatan
    (22074 Hotel)

Destinasi lain untuk anda

Temui yang Anda suka & terokai penginapan di kawasan-kawasan popular ini
Penginapan Seoul
Penginapan Seoul
Kulinari, Bersejarah, Seni & Budaya
Penginapan Busan
Penginapan Busan
Pantai, Kulinari, Kesejahteraan
Penginapan Jeju Island
Penginapan Jeju Island
Alam Semula Jadi, Kesejahteraan, Mesra Keluarga
Penginapan Incheon
Penginapan Incheon
Kulinari, Bersejarah, Mesra Keluarga
Penginapan Daegu
Penginapan Daegu
Bersejarah, Kulinari, Kuil
Penginapan Gwangju
Penginapan Gwangju
Kulinari, Seni & Budaya, Bersejarah
Penginapan Daejeon
Penginapan Daejeon
Alam Semula Jadi, Kulinari, Mesra Keluarga
Penginapan Gyeonggi
Penginapan Gyeonggi
Mesra Keluarga, Alam Semula Jadi, Bersejarah

Hotel popular di Korea Selatan

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini

Lotte City Hotel Myeongdong

Hotel
8.7
(95)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

LOTTE Hotel Seoul

Hotel
8.8
(106)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan

Experience the dynamic charm of Seoul, South Korea, where tradition and innovation converge seamlessly. Lose yourself in the labyrinth of narrow streets in Bukchon Hanok Village, adorned with traditional Korean houses juxtaposed against a modern skyline. Delight your senses with the aroma of sizzling street food in vibrant markets like Gwangjang Market, or immerse yourself in the serenity of ancient temples like Jogyesa Temple. From the electrifying energy of Gangnam to the serene beauty of Namsan Park, Seoul offers a kaleidoscope of experiences waiting to be discovered. Explore the heart and soul of South Korea in Seoul today.

Traveloka New Users Promo

L7 Myeongdong

Hotel
8.9
(89)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

L7 Hongdae

Hotel
9.1
(91)
Sangat Hebat
Lihat Ketersediaan

Park Hyatt Busan

Hotel
8.8
(9)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Lotte Hotel World

Hotel
8.8
(30)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Hotel Skypark Central Myeongdong

Hotel
8.9
(118)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

ibis Ambassador Seoul Myeongdong

Hotel
8.8
(177)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

L7 Gangnam

Hotel
8.9
(28)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Nine Tree Premier Hotel Myeongdong 2

Hotel
8.8
(76)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Pacific Hotel

Hotel
9
(132)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Park Hyatt Seoul

Hotel
9
(5)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan

Royal Hotel Seoul

Hotel
8.9
(117)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan

ibis Styles Ambassador Seoul Gangnam

Hotel
8.9
(32)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Temui perkara yang Anda suka

Nikmati Kupon dari Traveloka Brand Day! 🎟️

Muat turun Traveloka App untuk menikmati kod kupon ini!
Pengguna Baharu

Tawaran Hotel

Diskaun hingga RM100, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Domestik)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Antarabangsa)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Tarikan dan Aktiviti

Diskaun hingga RM50, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Pelayaran

Diskaun hingga RM450, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Kupon Semua Produk

Diskaun hingga RM300 untuk Pengguna Baru, untuk semua produk.

Tentang Korea Selatan

Korea Selatan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Timur dan ia terhad kepada bahagian selatan di Semenanjung Korea. Bahagian utara adalah kepunyaan Korea Utara, sebuah negara yang sangat berbeza berbanding Korea Selatan tetapi terletak di sepanjang semenanjung yang sama. Korea Selatan dikelilingi oleh laut kecuali sempadan utaranya. Laut Timur Jepun terletak di timur Korea Selatan; Laut China Timur berada di selatan manakala di barat adalah Laut Kuning. Pulau kecil milik Jepun, Pulau Tsushima, di Selat Korea ini memisahkan kedua-dua negara ini.

Kependudukan manusia di Semenanjung Korea bermula di suatu masa semasa tempoh Palaeolitik Rendah, sekitar 2.6 juta hingga 300 ribu tahun yang lalu. Sejarah Korea bermula dengan asas Gojoseon, sebuah kerajaan Korea kuno, pada tahun 2333 SM oleh seorang raja legenda, Raja Dangun. Terdapat tiga buah kerajaan di Korea lama; kerajaan Baekje, Silla dan Goguryeo. Ketiga-tiga ini, kemudiannya, menjadi satu sebagai Kerajaan Silla, setelah Silla ini menakluk dua buah kerajaan lainnya pada 688 Masihi. Korea diperintah oleh Dinasti Goryeo dari 918-1392 Masihi, diikuti oleh Dinasti Joseon dari 1392 hingga 1910. Bermula pada tahun 1910, Korea berada di bawah pemerintahan Empayar Jepun. Kependudukan Jepun ke Korea bermula dengan Perjanjian Jepun-Korea 1910, di mana Korea menjadi protektorat Jepun, iaitu Korea menjadi negara yang berada dalam kawalan Jepun. Namun Korea itu tidak diberi hak untuk pentadbiran urusan dalaman mereka. Perjanjian itu tidak pernah ditandatangani oleh Maharaja Korea pada masa itu, Maharaja Gwangmu dari Dinasti Joseon. Pendudukan Jepun di Korea berakhir pada akhir Perang Dunia II pada tahun 1945 ketika Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet menduduki semenanjung Korea.

Kependudukan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet telah membahagikan Semenanjung Korea menjadi dua; Amerika Syarikat mengawal bahagian selatan semenanjung, sementara Kesatuan Soviet mengawal bahagian utara. Suruhanjaya Bersama Soviet-Amerika Syarikat ditubuhkan untuk membantu dan menyatukan kedua-dua bahagian Semenanjung Korea ini tetapi gagal kerana Perang Dingin antara Soviet dan Amerika Syarikat sedang berlangsung. Pada September 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengisytiharkan bahawa pilihan raya bebas di Korea harus diadakan dan tentera asing harus ditarik balik. Pada bulan Mei 1948, bahagian selatan mengadakan pilihan raya umum dan ini melahirkan sebuah kerajaan 'Republik Korea', yang secara rasmi mengambil alih kuasa dari Tentera Amerika Syarikat pada bulan Ogos tahun yang sama. Di bahagian Utara, Republik Demokratik Rakyat Korea pula telah diisytiharkan pada September 1948. Walaupun telah muncul dua buah kerajaan Korea, ini tidak membawa keamanan kepada mana-mana negara. Banyak konflik itu meningkat di sepanjang sempadan yang membahagikan kedua-dua buah negara ini dan akhirnya telah menyebabkan pencerobohan Korea Utara ke Korea Selatan. Perang Korea telah tercetus dengan pencerobohan ini. Perang Korea berlangsung selama tiga tahun, dengan anggaran jumlah korban lebih 1.2 juta nyawa termasuk tentera dari Amerika Syarikat, China, dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu selain daripada Korea Utara dan Selatan. Pertarungan berakhir dengan gencatan senjata yang ditandatangani dan persetujuan untuk membuat Zon Demiliterasi Korea. Zon Demilitarized Korea adalah jalur tanah di semenanjung Korea. Zon ini membahagi semenanjung dengan separuh dan ia berfungsi sebagai zon penampan atau buffer zone di antara kedua-dua buah negara. Perang Korea secara rasmi berakhir pada April 2018, ketika kedua-dua pemimpin dari Korea Utara dan Korea Selatan menandatangani perjanjian di zon demiliterisasi.

Semenjak gencatan senjata Perang Korea, Korea Selatan telah menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi. Pada masa ini, Korea Selatan adalah peneraju global dalam sektor perindustrian dan teknologi. Korea Selatan juga telah berkembang pesat dalam industri hiburan mereka dengan fenomena budaya yang dikenali sebagai ‘Korean Wave’ yang telah meliputi banyak negara di Asia dan juga negara-negara Barat. Korean Wave ini telah memperkenalkan industri muzik dan lakonan Korea Selatan ke mata dunia.

Bahasa rasmi Korea Selatan adalah bahasa Korea, yang tidak berkaitan dengan bahasa Cina walaupun beberapa kata yang berasal dari asal Cina. Kebanyakan pakar bahasa telah mengklasifikasikan bahasa Korea sebagai bahasa pengasingan yang bermaksud bahawa ia tidak berkongsi hubungan 'genetik' dengan mana-mana bahasa lain. Penulisan bahasa mereka menggunakan sistem penulisan asli, Hangul, yang dibuat pada tahun 1446 oleh Raja Sejong sebagai satu alternatif kepada aksara klasik Cina Hanja yang tidak sesuai untuk digunakan dalam bahasa Korea dengan sempurna. Karakter Hanja Cina masih digunakan dalam beberapa dokumen undang-undang dan media cetak. Terdapat lima kumpulan dialek dalam bahasa Korea dengan dialek standard dikenali sebagai Seoul, sempena nama ibu kota negara tersebut.

Ibu kota Korea Selatan adalah Seoul, secara rasminya dikenali sebagai Seoul Metropolitan City. Ia adalah sebuah metropolis terbesar di Korea Selatan. Ia terletak di barat laut negara ini. Seoul adalah sebahagian daripada Kawasan Kapital Seoul, yang meliputi metropolis Incheon dan wilayah Gyeonggi. Kawasan Kapital Seoul mengandungi kira-kira hampir separuh dari jumlah penduduk negara ini.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menggunakan Kapal Terbang

Harga tiket dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Seoul bermula dari serendah RM 404, sehala. Penerbangan ini akan mengambil masa kira-kira enam jam dan tiga puluh minit. Pemegang pasport Malaysia tidak memerlukan visa pelancong untuk pergi ke Korea Selatan, dengan syarat tinggal di Korea Selatan tidak melebihi 90 hari. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon terletak di sebelah barat pusat bandar Incheon di sebuah pulau buatan manusia antara Kepualauan Yeongjong dan Yongyu.

Lapangan terbang ini dihubungkan ke tanah besar oleh Jambatan Yengjong dan Lebuhraya Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Menggunakan Bas

Perjalanan ke pusat bandar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah mudah kerana terdapat beberapa pengangkutan awam yang ada. Terdapat bas lapangan terbang yang dikenali sebagai bas limosin. Bas-bas ini bergerak ke Stesen Sanjeong dan Lapangan Terbang Gimpo, kedua-duanya terletak di tanah besar dan di dalam metropolis Seoul.

Menggunakan Kereta Api

Syarikat Airport Rairoad Express di Pusat Pengangkutan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ini menyediakan perkhidmatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo dan Seoul. Stesen di sepanjang laluan juga menyediakan sambungan ke bawah tanah di Incheon dan Seoul.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Tarikan Sejarah dan Kebudayaan

Tempat bersejarah adalah salah satu tarikan pelancongan utama di Korea Selatan. Tempat bersejarah di Korea Selatan bukan sahaja terhad di Seoul Metropolitan tetapi juga di wilayah lain di negara ini. Di ibu kota itu sendiri, terdapat lebih dari sepuluh tempat bersejarah untuk dikunjungi termasuk Gyeongbokgung, sebuah istana raja di Dinasti Joseon. Gyeongbokgung berkhidmat sebagai istana raja, rumah tangga dan juga kerajaan. Ia terus berkhidmat sehingga ia dimusnahkan semasa Perang Imjin. Istana ini telah dipulihkan dua abad kemudian, pada abad ke-19. Ia kemudian dimusnahkan lagi oleh Imperial Jepun semasa pendudukan mereka di negara ini. Sejak itu, kompleks istana secara beransur-ansur dipulihkan kepada bentuk asalnya. Keluarga diraja tidak lagi tinggal di Gyeongbokgung dan hari ini, istana ini telah menempatkan Muzium Istana Negara Korea dan Muzium Rakyat Kebangsaan. Gyeongbokgung dianggap sebagai sebuah istana yang paling indah dan terpesona daripada lima-lima istana di Korea Selatan. Gyeongbokgung terletak di tengah-tengah Seoul.

Eko-Pelancongan di Pulau Namiseom

Pulau Namiseom adalah sebuah pulau kecil berbentuk setengah bulan yang terletak di daerah Chuncheon, kira-kira 54 kilometer jauhnya dari Seoul. Pulau ini dibentuk apabila ia dibanjiri oleh peningkatan air dari Sungai Han Utara, hasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong pada tahun 1944. Sebuah syarikat pelancongan telah membangunkan Pulau Namiseoum untuk menjadi sebuah taman hiburan lengkap dengan sebuah merry-go-round, lapangan tembak, dan aktiviti menyeronokkan yang lain seperti sukan air, tempat luncur ais dan juga sebuah perkhemahan. Tidak ada tiang telefon atau tiang elektrik yang kelihatan di pulau itu kerana semua pendawaian telah dibina di bawah tanah untuk menjaga keindahan alam pulau itu. Pulau ini ditaburi dengan pohon-pohon berangan dan poplar di sepanjang yang meningkatkan lagi daya tarikan yang memukau di tempat itu.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

The Maru

The Maru adalah sebuah asrama yang sesuai untuk mereka yang bercuti dengan cara backpacking di negara ini atau hanya mencari sebuah tempat tinggal yang murah dan selesa. Ia terletak di tengah-tengah kota metropolitan, hanya 400 meter jauhnya dari stesen kereta api Seoul. Hostel ini menyediakan sarapan percuma dan sambungan internet untuk semua tetamu yang menginap di sana. Ia menawarkan enam jenis bilik, bermula dari serendah RM 50 untuk satu malam. Asrama ini menawarkan sebuah asrama yang boleh dikongsi tetapi hanya untuk tetamu wanita. Terdapat juga bilik-bilik persendirian. Bilik-bilik di dalam asrama semuanya lengkap dengan penyaman udara. Bilik-bilik ini juga disediakan beberapa kemudahan asas seperti sebuah peti sejuk kecil dan sebuah set pembuat kopi/teh. Kemudahan ini juga disediakan di asrama yang dikongsi. Bilik mandi disediakan di setiap bilik termasuklah asrama kongsi.

STEP INN Myeongdong 1

Ini adalah sebuah tempat penginapan & sarapan di Seoul. Ia menawarkan enam jenis bilik, termasuk sebuah asrama kongsi untuk wanita, dan semua ini bermula dari hanya RM 113 malam. Kadar bilik sudah termasuk sarapan percuma dan sambungan internet percuma. Penginapan & sarapan ini terletak secara strategik di Seoul, berhampiran dengan restoran makanan segera dan sebuah kedai 24-jam. STEP INN Myeongdong 1 ini merupakan tempat yang cukup bagus untuk mereka yang ingin meneroka kota metropolitan Seoul kerana ia juga terletak dekat dengan jalur pengangkutan awam. Walaupun biliknya bersaiz lebih kecil berbanding kebanyakan penginapan & sarapan di dunia, mereka tetap selesa dan bersih. Semua bilik dilengkapi dengan pendingin hawa, dan mereka juga mempunyai sebuah peti sejuk di dalam bilik. Bilik mandi peribadi terdapat di dalam semua bilik. Tidak perlu khuatir dengan perkhidmatan yang diberikan kerana kakitangan mereka boleh berbahasa Inggeris dan sangat ramah.

Facts about hotel in Korea Selatan

Total Accommodation
22,074 Properties
Popular Region
Seoul, Busan
Popular Hotel
InterContinental Hotels GRAND SEOUL PARNAS, an IHG Hotel, Park Hyatt Busan

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Korea Selatan?
Jika anda berada di Korea Selatan, anda juga boleh melawati Chungbuk, Chungnam, Gyeongbuk, Jeonnam, Jeonbuk, Gangwon, Gyeongnam, Gyeonggi, Daejeon, Gwangju
Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Korea Selatan?
Buat masa ini, terdapat sekitar 22,074 hotel yang boleh anda tempah di Korea Selatan

Ulasan Tetamu dari Hotel di Korea Selatan

8.6
Mengagumkan
50,793 ulasan dari hotel di Korea Selatan dengan purata penarafan 8.6/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Korea Selatan akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved