Log masuk ke akaun Traveloka anda. Pergi ke Tempahan Saya dan pilih submenu Hotel.
Pilih baucar hotel yang anda ingin jadualkan semula dan cari Urus Tempahan. Kemudian, klik Penjadualan Semula.
Di halaman Penjadualan Semula, tekan Buat Permintaan Penjadualan Semula.
Masukkan tarikh daftar masuk yang anda kehendaki serta tempoh penginapan dan klik Cari Bilik.
Pilih bilik yang bersesuaian dan tempah penginapan anda.
Sebaik sahaja jumlah harga disahkan, lengkapkan proses penjadualan dalam tempoh yang ditetapkan. Jika harga tempahan baharu anda lebih tinggi berbanding tempahan asal, anda perlu membayar perbezaan harga untuk menyelesaikan proses tersebut.
Apabila proses selesi, e-baucar anda akan dihantar ke emel dan Traveloka App anda. Anda juga boleh melihat status penjadualan semula anda di halaman Penjadualan Semula.
1. Hotel Easy Reschedule hanya sah untuk tempahan yang dilakukan menerusi Traveloka App versi 3.0 dan ke atas.
2. Hotel Easy Reschedule hanya sah untuk tempahan hotel yang boleh dibayar balik di seluruh dunia.
3. Hotel Easy Reschedule tidak tersedia untuk bilik Bayar ketika Daftar Masuk.
4. Disebabkan situasi semasa COVID-19, kami akan mengetepikan Yuran Penjadualan Semula Traveloka buat sementara waktu untuk membantu anda dalam masa yang sukar ini. Walau bagaimanapun, yuran penjadualan semula daripada hotel akan tetap dikenakan kerana tertakluk kepada dasar hotel. (Yuran Penjadualan Semula Hotel tertakluk pada perubahan. Semakin hampir penjadualan semula dalam talian dengan tarikh daftar masuk, semakin tinggi yuran.)
5. Baki daripada tempahan asal anda akan digunakan untuk pembayaran harga tempahan baharu anda. Anda hanya perlu membayar jumlah baki yang tinggal.
6. Jika harga tempahan baharu lebih rendah daripada harga tempahan asal anda, baki yang tinggal (selepas fi penjadualan semula) akan dipulangkan kepada anda melalui kad kredit yang anda gunakan semasa membuat tempahan atau melalui pindahan bank. Bagi pengguna PayLater dan UANGKU Balance di Indonesia, bayaran balik akan diberikan mengikut kaedah yang anda gunakan semasa membuat tempahan.