Mengenai Conxxe
Conxxe (dibaca conn-ex-e) ialah perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang terkemuka dan menyeluruh yang beroperasi di bawah HolidayTaxis, peneraju pasaran Eropah dalam penyelesaian pengangkutan darat yang berkualiti. Diasaskan oleh Brendan M. Breslin pada tahun 2002 di Brighton, England, syarikat ini komited dalam menawarkan keperluan penting bagi proses tempahan pengangkutan lapangan terbang yang mudah di seluruh dunia.
Dalam aktiviti operasinya, Conxxe bekerjasama dengan syarikat penerbangan, hotel, agensi perjalanan konvensional, dan agensi pelancongan dalam talian (OTA). Antara rakan kongsi Conxxe ialah Singapore Airlines, easyJet, British Airways, Thai Airways, Etihad, Malaysia Airlines, Lastminute.com, Thomas Cook, Flynas, dan Kuoni. Selain itu, Conxxe terus berusaha menyediakan perkhidmatan inovatif untuk memberikan pengalaman perjalanan yang terbaik kepada pengguna setia Conxxe.
Selepas 16 tahun terlibat dalam industri pengangkutan, kini perkhidmatan Conxxe semakin mudah dinikmati penggunanya. Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang dengan harga dan kenderaan bersesuaian dengan keperluan mereka. Terdapat juga pelbagai jenis kenderaan seperti bas perantara, teksi, dan limousin untuk pilihan pelanggan. Selain dilesenkan secara rasmi dan diselenggara dengan baik, setiap kenderaan rakan kongsi Conxxe turut dilengkapi dengan perkhidmatan pemandu peribadi. Oleh itu, pengguna boleh menikmati perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang yang selesa dan premium tanpa perlu beratur panjang di lapangan terbang.
Pengutamaan kualiti dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai penyedia perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang telah berjaya membuat Conxxe meraih kepercayaan jutaan pelanggan setia. Perkhidmatan Conxxe kini tersedia di lebih daripada 12,000 lokasi di lebih daripada 130 negara di seluruh dunia. Dengan penguasaan pasaran yang besar, ternyata pengendali perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang ini mampu bersaing dengan perkhidmatan pengangkutan dalam talian yang lain. Hal ini juga terbukti melalui pembukaan cawangan di negara-negara seperti Shanghai, Hong Kong, Berlin, dan Bogota selain ibu pejabatnya di Brighton, England.