Total Accommodation | 36 Properties |
Popular Hotel | Avillion Admiral Cove, Pacific Regency Beach Resort Port Dickson |
Popular Landmark | Port Dickson, Port Dickson Ostrich Farm |
Kawasan terbaik untuk tinggal di Kampung Si Rusa ialah Si Rusa.
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Avillion Admiral Cove, Pacific Regency Beach Resort Port Dickson, PD MARINA HOLIDAY APARTMENT, Ancasa Residences - Port Dickson by Ancasa Hotels & Resorts, The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, The Grand Beach Resort Port Dickson, Bayu Beach Resort, TSR SeaFront Hotel, Port Dickson Golf & Country Club, Klana Beach Resort Port Dickson.
Buat masa ini, terdapat sekitar 36 hotel yang boleh anda tempah di Kampung Si Rusa
Kampung Si Rusa adalah salah satu daripada perbandaran yang terletak di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Terdapat juga sebuah mukim di Port Dickson yang dinamakan Si Rusa, yang menempatkan salah satu daripada kem-kem Angkatan Tentera Malaysia. Kawasan ini sebagai Port Dickson secara keseluruhannya dahulu menghasilkan arang sehingga ianya dinamakan sebagai Arang. Kemudian, pihak British memutuskan untuk membangunkan kawasan ini sebagai sebuah pelabuhan kecil. Di bawah pentadbiran pegawai Dickson yang dilantik oleh British, kawasan ini berkembang sebagai pelabuhan dan pusat perdagangan. Sektor pelancongan telah menjadi aktiviti ekonomi yang kuat di Port Dickson yang telah menarik pelancong dari segenap pelusuk negara dan juga daripada negara jiran Singapura, terutamanya pada tahun 1990-an di mana banyak pusat peranginan dan rumah percutian dibina dengan pesat berdekatan kawasan pantai dari Tanjung Gemuk ke Tanjung Tuan. Hasilnya, Kampung Si Rusa juga menikmati faedah yang diperoleh dari kemasukan para pelancong yang ramai. Pada tahun 2009, Perdana Menteri sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera kerana banyaknya kem tentera di kawasan seperti Segenting Karah, Segenting, Si Rusa dan Senggala.
Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh melakukan pemanduan mereka melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan keluar keluar di susur ke Port Dickson sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Sri Rusa. Perjalanan itu boleh mengambil masa sekitar satu jam.
Terminal bas ekspres terdekat terletak di Terminal One, Seremban. Lakukan perjalanan terus ke Seremban dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Sanwa Tours, KPB Express dan Kesatuan Express. Dari sini, pengunjung dapat menaiki bas laluan tempatan ke Kampung Sri Rusa.
Pantai Tanjung Tuan adalah tempat di mana rahsia Port Dickson yang terbaik disimpan rapi di sini - disebabkan statusnya sebagai sebuah taman yang dilindungi, pantai di sepanjang tanjung ini begitu bersih dengan pasir putih dan air jernih. Di samping itu, terdapat hutan berdekatan yang merupakan rizab alam semula jadi dan menjadi habitat untuk pelbagai spesies flora dan fauna yang berlimpah. Pengunjung perlu melalui hutan dan meredahi lereng-lereng bukit untuk tiba di pantai-pantai terpencil ini. Setiap daripada mereka mempunyai tarikan dan daya tarikan tersendiri yang akan meninggalkan pengunjung terpesona dan merasa berbaloi melalui perjalanan sedemikian untuk sampai ke kawasan pantai.
Satu lagi tempat menarik untuk bersiar-siar apabila pengunjung berada di Kampung Si Rusa adalah Rumah Api Cape Rachado yang terletak di Tanjung Tuan. Rumah api ini mendapat namanya dari tanjung tersebut, yang berasal dari perkataan Portugis yang bermaksud 'tanjung yang patah'. Rumah api ini dibina sebagai menara kawalan untuk mengawasi Selat Melaka oleh penjajah Portugis pada tahun 1528. Hari ini, rumah api tersebut masih berdiri dengan beberapa modifikasi moden supaya pengunjung dapat melihat burung-burung yang berterbangan di samping menikmati pemandangan laut yang menakjubkan dari bahagian atas rumah api.
Muzium Tentera Darat terletak di daerah Si Rusa, yang berada dalam jarak yang amat dekat dengan pangkalan tentera. Dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia, muzium ini mempamerkan hasil-hasil dan pencapaian pasukan tentera darat sepanjang sejarah penubuhannya. Ia juga menempatkan beberapa kenderaan tentera yang telah dibatalkan perkhidmatannya, yang telah digunakan oleh tentera pada waktu perang, tetapi pada masa kini telah diberi nafas baru sebagai hiasan bagi pengunjung yang datang ke muzium ini. Masuk adalah percuma.
Hotel bertaraf tiga bintang ini terletak di mukim Si Rusa. Sebuah hotel yang hebat dengan kemudahan yang pelbagai ditawarkan dengan harga yang berpatutan pula.
Hotel Seri Malaysia adalah salah satu hotel yang lebih dikenali di sini. Dengan kadar penginapan bertaraf bajet dan jaraknya yang dekat ke pantai, hotel ini menawarkan keselesaan dan penginapan yang memuaskan.
Salah satu resort premium yang terletak di Port Dickson. Hotel ini mempunyai kelengkapan mewah yang elegan dan berdekatan dengan bandar, yang mana ianya mudah bagi pengunjung untuk mendapatkan keperluan mereka.