1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9581 Hotel)
    >
  3. Sabah
    (961 Hotel)
    >
  4. Kota Kinabalu
    (550 Hotel)
    >
  5. Penampang
    (8 Hotel)

Hotel di Penampang

Kota Kinabalu, Malaysia ยท 8 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 28 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Penampang terletak di bahagian pantai barat negeri Sabah. Ia merupakan sebuah daerah yang bersebelahan dengan daerah Kota Kinabalu. Oleh kerana lokasinya terletak di pantai, ia menjadi antara lokasi percutian yang terkenal di Sabah. Antara tarikan menarik yang terdapat di sini termasuk Galeri Seni Sabah, Taman Negara Crocker Range dan Pantai Tanjung Aru. Anda juga boleh bermalam di beberapa hotel di Penampang yang terbaik di sini.

Hotel popular di Penampang

SWIMMING_POOL Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu

Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu

Hotel
Penampang, Kota Kinabalu
Mengagumkan
8.7
(145 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Putatan Platinum Hotel

Putatan Platinum Hotel

Hotel
Penampang, Kota Kinabalu
Mengagumkan
8.7
(548 Reviews)
Hotel sangat selesa dan mempunyai bilik yang luas, terbaik.
Lihat Harga
LOBBY Comfort Hotel Kota Kinabalu

Comfort Hotel Kota Kinabalu

Hotel
Penampang, Kota Kinabalu
Lihat Harga
LOBBY OYO Home 90372 Greybirds Hostel

OYO Home 90372 Greybirds Hostel

Apartmen
Penampang, Kota Kinabalu
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Adel Hotel

Adel Hotel

Hotel
Penampang, Kota Kinabalu
Menyenangkan
8.1
(248 Reviews)
Berbaloi dan harga berpatutan jarak yang dekat dengan KLIA.
Lihat Harga
Hotel Exterior Seven Hotel

Seven Hotel

Hotel
Penampang, Kota Kinabalu
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Aristo Hotel @ Putatan

Aristo Hotel @ Putatan

Hotel
Penampang, Kota Kinabalu
Menyenangkan
7.9
(786 Reviews)
Keadaan bilik yang bersih dan selesa.
Lihat Harga
BEDROOM OYO 44011 Weng Bee Guest House

OYO 44011 Weng Bee Guest House

Hotel
Penampang, Kota Kinabalu
Lihat Harga
See all 8 Hotels near Penampang

Facts about hotel in Penampang

Total Accommodation
8 Properties
Popular Hotel
Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu, Putatan Platinum Hotel
Popular Landmark
Lok Kawi Wildlife Park

Ulasan Tetamu dari Hotel di Penampang

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Penampang dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Penampang akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
DG RAINIE B. J.
Ini adalah profil peribadi.
24 Oct 2022
Free public parking. Susah nak park kalau bukan office hours, dari bilik boleh dengar orang bercakap dari luar, bunyi bising kereta pada waktu malam. Tiada kemudahan jug kettle, request iron tapi tiada juga kena bagi. Tuala ada sedikit berbau. Bilik okay la, tiada meja dan kerusi dalam bilik, dalam tandas tiada hos paip la pula, kena juga guna baldi dan gayung
MD KHAIRUL M. B. J.
Ini adalah profil peribadi.
26 Sep 2020
Bilik yang berhabuk ,lntai x d bersihkan .lantai dan dinding tandas yang sangat kotor .bilik mandi xda air panas .sarung bantal spare yang kotor dan ada bau.berbeza waktu mula2 hotel ni beroperasi .๐Ÿ˜”
Muhamad G. B. M.
Ini adalah profil peribadi.
9.1
/ 10
22 Oct 2020
Lokasi hotel yang strategik disamping harga yang cukup berpatutan, hotel juga berdekatan dengan supermarket contohnya bataras yang memang memudahkan untuk mencari keperluan diri.
lena s.
Ini adalah profil peribadi.
2 Oct 2023
Penginapan yang memuaskan hati terutama kolam renang. Anak-anak sangat sukakannya. Yang paling memuaskan hati kolam renang buka sehingga waktu malam. Kekurangan hanya parking tidak percuma perlu dibayar.
samsudin p.
Ini adalah profil peribadi.
12 Oct 2022
Keadaan air tidak memuaskan nak mandi payah kemudahan sabun tiada

Soalan lazim tentang Penampang

Di manakah kawasan terbaik untuk menginap di Penampang?

Kawasan terbaik untuk tinggal di Penampang ialah Tuaran, Kota Belud, Inanam, Karambunai, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Kinarut, Pulau Manukan, Pulau Tiga.

Apakah hotel terbaik dan paling popular di Penampang?

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Penampang?

Buat masa ini, terdapat sekitar 8 hotel yang boleh anda tempah di Penampang

Tentang

Nama Penampang ini diperolehi dari sebuah perkampungan kecil di dalam daerah ini. Penampang sebenarnya membawa maksud batu besar di dalam bahasa Kadazan. hal ini adalah disebabkan oleh banyak batu besar boleh dijumpai di kawasan ini pada zaman dahulu. Peneroka British ketika itu, John Whitehead telah meneroka kawasan Utara Borneo pada tahun 1880an dan memanggil daerah ini sebagai Patatan manakala Owen Rutter, seorang penjawat awam di Utara Borneo dari tahun 1910 sehingga 1914 telah menggelarkan kawasan ini sebagai Putatan.

Penampang ialah bandar kecil yang terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah. Ianya telah menjadi sebuah kawasan pinggiran bandar di Kota Kinabalu dan termasuk di dalam kawasan Lingkungan Kota Kinabalu. Menurut statistic, penduduk di kawasan ini dianggarkan berjumlah 121,934 pada tahun 2010 yang mempunyai majoriti penduduk etnik Kadazan. Bandar utama di daerah ini ialah Donggongon. Daerah Penampang merangkumi beberapa buah daerah kecil iaitu Putatan dan Lok Kawi, bandar Telipok termasuk Kampung Likas, Taman Foh Sang dan Taman Stephen. Masyarakat Penampang pada keseluruhannya menggunakan Bahasa Melayu dengan dialek Sabah sebagai bahasa harian mereka. Dialek Sabah di Penampang adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa asal Kadazan terutamanya mereka yang keturunan dari Kadazan. Manakala Masyarakat Cina pula, bahasa Hakka dan Mandarin banyak digunakan di samping penggunaan Bahasa Kantonis. Bahasa Inggeris juga turut dipertuturkan di Penampang terutamanya di kalangan generasi muda.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menaiki Kapal Terbang

Terdapat penerbangan tanpa henti ke Kota Kinabalu yang disediakan oleh Malaysia Airlines, Air Asia dan Malindo Air. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi ke Penampang.

Menaiki Bas

Sekiranya anda dari Kota Kinabalu, anda boleh menaiki bas ke Penampang di Terminal Bas Wawasan atau perhentian bas City Park di bandar Kota Kinabalu.

Menaiki Feri

Pelancong dari Labuan, Indonesia dan Filipina boleh sampai ke Sabah melalui jalan laut dengan menggunakan feri. Daripada Terminal Feri Kota Kinabalu anda boleh menaiki teksi atau bus ke Penampang.

Tarikan Pelancongan

Monsopiad Cultural Village

Perkampungan Budaya Monsopiad mempunyai banyak bangunan tradisional dan muzium. Ianya terletak di kawasan penduduk Kadazan Dusun. Perkampungan Tradisional ini dibina di atas tapak bersejarah Monsopiad, iaitu pahlawan berani yang pernah menetap disitu 2 abad yang lalu. Terdapat 42 tengkorak manusia dipamerkan disitu hasil daripada Monsopiad ketika zaman pemburuan tengkorak kepala dahulu.

Petagas Second World War Memorial Monument

Memorial Perang Petagas dibina untuk mengenang dan menghargai pengorbanan pahlawan ketika Perang Petagas. Ianya dibina untuk memperingati mereka yang telah terkorban ketika mempertahankan Sabah sewaktu zaman Pemerintahan Jepun semasa Perang Dunia Ke-2.

Lok Kawi Wildlife Park

Taman Hidupan Liar Kok Lawi terletak di sepanjang jalan lama Penampang Papar dan telah dibangunkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah. Antara binatang yang boleh dilihat disini ialah Gajah Pygmy Borneo, Monyet Proboscis, Harimau Malaya dan beberapa spesies rusa. Tumbuhan liar juga boleh dilihat disepanjang laluan trek yang disediakan.

KDCA Cultural Village

Perkampungan Budaya ini terletak di Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Hongkod Koisaan, Penampung iaitu 15 minit pemanduan kereta dari Kota Kinabalu. Perkampungan Budaya ini diduduki oleh kaum Kadazan Dusun di Sabah. Pengunjung boleh melihat kehidupan mereka di dalam rumah yang telah dibina sejak dari dahulu.

Tamu Penampang

Pasar Tamu pada setiap Khamis dan Jumaat boleh dilawati oleh pengunjung di Dongonggon, yang terletak di tengah-tengah Penampang. Para pengunjung boleh membeli sayuran segar dan hasil kraftangan .

Hotel

Narada Hotel Kota Kinabalu

Narada Hotel Kota Kinabalu ialah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Semua bilik menawarkan kemasan terkini dan keselesaan yang sesuai untuk beristirehat dan bersantai.

Putatan Platinum Hotel

Putatan Platinum Hotel ialah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di pusat bandar Putatan dan hanya 8 km jarak dari Taman Tunku Abdul Rahman dan 3 km dari Memorial Perang Petagas. Jaraknya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu adalah sejauh 5 km.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright ยฉ 2024 Traveloka. All rights reserved