Hotel Mewah di Pusat Bandar Bintulu

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Pusat Bandar Bintulu,
  1. Hotel
    /
  2. Malaysia
    (10276 Hotel)
    /
  3. Sarawak
    (513 Hotel)
    /
  4. Bintulu
    (60 Hotel)
    /
  5. Pusat Bandar Bintulu
    (56 Hotel)

Kenapa Bayar Lebih

Bila Anda Boleh Bayar Kurang?

Pasang aplikasi kami untuk tawaran yang lebih besar!
Buka Peta
Julat Harga
Tetapkan semula
Setiap bilik, setiap malam
Berdasarkan tujuan perjalanan anda
Toggle filter card
Percutian Keluarga (3)
Perjumpaan Perniagaan (3)
Lawatan Perniagaan (2)
Cuti Inap (1)
Melakukan Perjalanan Bersama Anak (1)
Rating Bintang
Toggle filter card
1
2
3
4 (4)
5
Rating Tetamu
Toggle filter card
7+ Sesuai (4)
8+ Menakjubkan (4)
9+ Hebat
Kemudahan Popular
Toggle filter card
Sarapan Tersedia (7)
Kemudahan Akses (6)
Penyimpanan Bagasi (6)
Parkir (5)
Lif (4)
Lihat Semua
Jenis Penginapan
Toggle filter card
Hotel (4)
Lebih Fleksibel
Toggle filter card
Bayar di Hotel (1)
Kemudahan Bilik
Toggle filter card
Bilik keluarga (3)
Pengering rambut (3)
Bilik Tidak Merokok (3)
Penyaman udara (3)
Bilik bercantum (2)
Lihat Semua
Tetapkan semula
Apply

Hotel Mewah yang Popular di Pusat Bandar Bintulu

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Pusat Bandar Bintulu
4 hartanah ditemukan
Isih mengikut:
Paling Popular

Parkcity Everly Hotel Bintulu

Hotel
8.6
(493)
Mengagumkan
Pusat Bandar Bintulu, Bintulu
Samsuri Seruji
family
Bilik yang selesa dan ruangan yang besar untuk anak-anak.
Harga sekitar
RM 191.62
bilik / malam
Lihat Ketersediaan

New World Suites Bintulu

Hotel
8.9
(32)
Mengagumkan
Pusat Bandar Bintulu, Bintulu
Harga sekitar
RM 321.57
bilik / malam
Lihat Ketersediaan

Jinhold Apartment Hotel

Hotel
8.7
(524)
Mengagumkan
Pusat Bandar Bintulu, Bintulu
Mastura Binti Othman
Nice room, bersih, bilik pun besar, akan datang lagi.
Harga sekitar
RM 150.94
bilik / malam
Lihat Ketersediaan

Goldenbay Hotel

Hotel
8.6
(5)
Mengagumkan
Pusat Bandar Bintulu, Bintulu
Harga sekitar
RM 181.88
bilik / malam
Lihat Ketersediaan

Temui perkara yang Anda suka

Nikmati Kupon dari Traveloka Brand Day! 🎟️

Muat turun Traveloka App untuk menikmati kod kupon ini!
Pengguna Baharu

Tawaran Hotel

Diskaun hingga RM100, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Domestik)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Antarabangsa)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Tarikan dan Aktiviti

Diskaun hingga RM50, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Pelayaran

Diskaun hingga RM450, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Kupon Semua Produk

Diskaun hingga RM300 untuk Pengguna Baru, untuk semua produk.

Tentang Pusat Bandar Bintulu

Bintulu merupakan sebuah Bandar yang sebahagiannya terletak di tepi pantai dan sebahagian yang lain di tepi sungai. Ianya merupakan pusat pentadbiran Daerah Bintulu yang terletak di Bahagian Bintulu, Sarawak dengan jumlah penduduknya seramai 114,058 pada tahun 2010. Nama Bintulu berasal dari bahasa orang asli di situ iaitu “Mentu Ulau”. Bintulu merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang telah diduduki oleh Rajah James Brooke pada tahun 1861. Bintulu kekal sebagai perkampungan nelayan sehingga tahun 1969 sebelum penemuan hasil minyak dan gas ditemui di persisiran lautnya. Kini, Bandar ini merupakan Bandar yang pesat membangun dan merupakan pengeluar gas dan baja yang terbesar di Sarawak. Bandar ini terletak di pertengahan antara Kuching dan Kota Kinabalu. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Sarawak manakala bahasa Inggeris juga turut dipertuturkan dengan meluas. Bahasa penduduk tempatan dan dialek Cina turut dipertuturkan dikalangan penduduk tempatan. Bahasa Bintulu dipertuturkan oeleh kebanyakan masyarakat yang menetap di sepanjang Sungai Kemena yang berjumlah lebih kurang 4,200 orang penduduk. Pada masa kini, mereka telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada kumpulan etnik Melanau dan bahasa perantaraan mereka adalah Bahasa Melayu.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Lapangan Terbang Bintulu merupakan pintu masuk utama ke Bahagian Bintulu untuk mereka yang ingin ke Sebauh, Tatau, Selangau, Belaga dan Niah. Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines dan Air Asia ke Lapangan Terbang Bintulu yang membuat penerbangan setiap hari. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki penerbangan Mas Wing ke Kota Kinabalu dan lain-lain bahagian di Sarawak. Apabila anda mendaftar masuk, semua penerbangan yang tiba dari luar Negeri Sarawak dianggap sebagai penerbangan antarabangsa walaupun anda cuma ingin ke destinasi domestik di dalam Negara.


Menggunakan Kereta/Teksi

Anda boleh menaiki teksi dari lapangan terbang ke Bandar Bintulu yang hanya mengambil masa perjalanan selama 20 minit dan tambangnya adalah tetap iaitu pada harga RM35. Tiada perkhidmatan bas disediakan dari lapangan terbang untuk ke Bandar. Terdapat jaringan jalan raya yang luas menghubungkan Bandar Bintulu ke Bandar utama yang lain di Negeri Sarawak. Bintulu juga merupakan Bandar transit penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu.


Menggunakan Bot

Anda boleh menaiki bot ekspress untuk ke Bintulu. Boat Express hanya boleh menghubungkan Bandar Bintulu ke luar Bandar Bintulu dan kawasan pedalaman seperti Sebauh, Tubau dan Labang. Tiada bot ekspress menghubungkan Bandar Bintulu dengan Bandar utama lain di Sarawak.


Menggunakan Bas

Terminal bas ekspress Bintulu terletak di Medan Jaya. Semua Bandar utama di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Miri, Mukah, Betong, Sri Aman, Sarikei, Batu Niah dan Sungai Tujuh dihubungkan ke Bintulu. Anggaran masa perjalanan dari Kuching ke Bintulu adalah 9 jam dan kadangkala akan membuat perhentian transit di Bandar-bandar lain. Tiket bas destinasi antarabangsa seperti Brunei melalui Sungai Tujuh dan Pontianak, Indonesia juga boleh dibeli di terminal ini.


Tarikan Pelancongan

Similaju National Park

Taman Negara Similajau merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Bintulu yang ada mesti kunjungi. Taman ini mempunyai keunikannya yang tersendiri terletak di persisiran pantai utara Bintulu dengan rantaian pantainya yang indah, dihiasi dengan beberapa bukit batu dan sungai yang disempadani oleh hutan tropika. Taman seluas 8,996 hektar ini sesuai dikunjungi pada musim kering iaitu dari Februari sehingga Oktober kerana kejernihan air laut yang pada musim itu dan ianya sangat sesuai untuk aktiviti berenang.


Kidurong Tower

Destinasi pelancongan popular yang lain di Bintulu ialah Menara Kidurong. Menara Kidurong ialah sebuah menara tinjau kecil yang terletak di Tanjung Kidurong di bahagian luar Bandar dan ianya menawarkan pemandangan struktur pembinaan bangunan gas dan minyak di Bandar Bintulu yang indah terutamanya pemandangan pada waktu malam.


Council Negeri Memorial

Council Negeri Memorial yang terletak di pusat Bandar merupakan tempat persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di bawah pentadbiran Brooke yang pertama kali diadakan pada 8 September 1867 di Bintulu. Terdapat batu tanda asas bagi memperingati persidangan tersebut telah didirikan di tapak tersebut pada tahun 1967 dan seterusnya ditambah dengan menara jam dan air pancut pada tahun 1987. Air pancut tersebut kemudiannya dipagari pada November 1998 atas alasan keselamatan dan kebersihan.


Pasar Utama Bintulu & Tamu Bintulu

Pasar Tamu dan Pasar Utama yang berbumbung berbentuk kon terletak berhampiran di antara satu sama lain disepanjang sungai. Terletak di tengah Bandar Bintulu, Pasar Utama Bintulu mempunyai pasar kering dan pasar ikan di bawah satu bumbung yang menawarkan pelbagai barangan jualan seperti sayur segar, buah-buahan, ikan dan lain-lain barangan tenusu dan gerai makanan seperti laksa, mi jawa, pulut panggang atau mi kolok. Anda boleh mencuba Belacan Bintulu atau belacan yang lain disini. Disebelahnya terletak Tamu Bintulu. Ianya menawarkan pelbagai barangan hasil tempatan seperti produk liar dan produk hutan dan juga produk kraftangan orang asli. Kedua-dua pasar ini yang mempunyai keunikan pada bumbung yang berbentuk kon turut membolehkan anda untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan sambil membeli belah barang keperluan anda.


Tanjung Batu Beach

Diantara tarikan pelancongan utama yang terkenal di Bintulu ialah Pantai Tanjung Batu. Tempat ini merupakan tempat yang sesuai untuk menikmati matahari, laut dan pasir pantai sambil bersantai. Antara kemudahan yang disediakan disini ialah gerai makanan, tandas awam, bilik persalinan pakaian, taman permainan kanak-kanak, kemudahan gimnasium, tapak perkemahan, kawasan berkelah dan kawasan memanggang.


Hotel

Jinhold Apartment Hotel

Menginap di Jinhold Apartment Hotel merupakan pilihan yang tepat ketika berada di Bintulu. Hotel bertaraf 4 bintang ini sangat mudah dikunjungi kerana ia terletak di pusat Bandar Bintulu dan berhampiran dengan kemudahan awam. Ianya terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Bintulu iaitu pada jarak 7.38km. Anda pasti akan terpesona dan menyimpan pelbagai kenangan manis sepanjang menginap di Hotel Apartment Jinhold ini.


Parkcity Everly Hotel Bintulu

Menginap di Parkcity Everly Hotel Bintulu merupakan pilihan tepat sekiranya anda berkunjung ke Pusat Bandar Bintulu. Hotel bertaraf 4 bintang ini mempunyai lokasi yang berhampiran dengan lapangan terbang Bintulu iaitu pada jarak 6.71km. Untuk para pengunjung yang inginkan penginapan yang mewah dan selesa, Parkcity Everly Hotel Bintulu merupakan pilihan bijak kerana menawarkan kemudahan serba lengkap dengan perkhidmatan yang cemerlang.


Facts about hotel in Pusat Bandar Bintulu

Popular Hotel
Parkcity Everly Hotel Bintulu, New World Suites Bintulu
Popular Landmark
Times Square Megamall, Simpang Lampu Merah Bintulu

Soalan Lazim

Di manakah kawasan terbaik untuk menginap di Pusat Bandar Bintulu?
Kawasan terbaik untuk tinggal di Pusat Bandar Bintulu ialah Kidurong Height.
Apakah hotel terbaik dan paling popular di Pusat Bandar Bintulu?
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Parkcity Everly Hotel Bintulu, New World Suites Bintulu, Jinhold Apartment Hotel, Goldenbay Hotel.
Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Pusat Bandar Bintulu?
Buat masa ini, terdapat sekitar 4 hotel yang boleh anda tempah di Pusat Bandar Bintulu

Ulasan Tetamu dari Hotel di Pusat Bandar Bintulu

8.6
Mengagumkan
2,922 ulasan dari hotel di Pusat Bandar Bintulu dengan purata penarafan 8.6/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Pusat Bandar Bintulu akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Fatin P.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
14 Oct 2022
Jinhold Apartment Hotel
Bilik yang luas dan selesa. Penyaman udara berfungsi dengan baik. Berdekatan dengan the spring. Cuma pelarasan suhu water heater tidak berfungsi dengan baik jadi terlalu panas
Abd R. B. M. A.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
30 Jan 2023
Parkcity Everly Hotel Bintulu
Bilik yang besar dan selesa, kolam mandi dan gym blh digunakan. Hotel yang bersih dan paling bagus dapat berjalan kaki ke mall.
airham b. o.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
12 Sep 2022
Promenade Hotel Bintulu
Sudah semestinya Prmoenade Hotel Bintulu adalah hotel yang paling strategik di tengah bandar pusat Bintulu. Layanan yang peramah dari frontliner (FO, security, dan lain-lain), bilik yang sungguh cantik, indah, bersih, lengkap dengan semua facility seperti sabun, shampoo, kopi, teh, dan lain-lain membuat saya rasa bangga seperti rumah bagi saya. Semua kemudahan senang didapati, seronok saya menginap di hotel ini, dan juga sekitarnya amat bersih sekali, dan tak lupa juga sarapan pagi makanan buffet bertaraf 5 bintang. Saya bagi sebab semua maca-macam ada. Wow. International buffet breakfast, yummy, delicious. Saya akan datang menginap di hotel ini lagi pada masa yang akan datang. Terima kasih Promenade Hotel Bintulu, ibarat rumah banglo bagi saya, muah.
PATRICK A.
Ini adalah profil peribadi.
6.0
/ 10
25 Dec 2021
Wiwo Hotels
Diberi bilik tempat orang yang merokok. keluar bilik terpaksa melalui orang yang sedang makan di kedai kopi di bawah hotel.
NURAZLI S. A. A.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
28 Dec 2018
Townhouse OAK 101 Hotel Bintulu
Sangat-sangat berbaloi. Berdekatan dengan tempat membeli makanan ringan.
MARZUZAIDI B. B.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
29 Nov 2020
900 Inn
New Wing, sangat cantik bilik yang di reka dengan kayu2. Terasa di kg..
nor n. a. b. m.
Ini adalah profil peribadi.
10.0
/ 10
17 May 2024
INN86
Sangat2 recomended!!! Tempat yang sangat selesa
Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved