Popular Hotel | Miri Marriott Resort & Spa, Pullman Miri Waterfront |
Popular Landmark | Miri Airport (MYY), Tudan Chung Hua National (C) Primary School Sarawak |
Bandar Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak. Pembangunan di bandar ini disebabkan oleh kekayaan hasil buminya, terutamanya petroleum. Bandar Miri wujud sewaktu penemuan aliran minyak pertama dan kebangkitan industry gas asli pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Canada Hill, Miri. Miri memperoleh namanya daripada kaum Miriek yang merupakan penduduk asal semenjak kurun ke-16. Warga Eropah yang meneroka dan menjumpai kawasan minyak di bandar ini telah tertukar nama Miriek kepada Miri. Nama Miri itu kekal sehingga ke hari ini.
Terdapat perkhidmatan penerbangan ke Miri disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Bandar Miri.
Bandar Miri boleh dihubungkan dengan bandar-bandar lain di Sarawak melalui jalanraya yang menghubungkan Sabah melalui Seri Begawan di Brunei, seterusnya ke Baram dan Limbang; atau menggunakan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan jalan dari Bintulu melalui Batu Niah.
Terminal bas utama adalah Miri Sentral yang menyediakan perkhidmatan destinasi jarak jauh menuju ke Brunei, Sabah dan Kalimantan Barat.
Canada Hill merupakan sebuah rabung batu kapur yang menghadap bandar Miri serta menawarkan pemandangan menarik bandar Miri dan kawasan persekitarannya. The Grand Old Lady yang terletak di puncak Canada Hill mempamerkan binaan telaga minyak pertama di Malaysia. Ianya melambangkan latarbelakang sejarah petroleum di Miri dan telah diisytiharkan sebagai sebuah kawasan sejarah yang terlindung oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Ia merupakan salah satu binaan yang terselamat daripada kemusnahan serangan pengeboman sewaktu Perang Dunia Kedua. Bersebelahan dengan telaga ini adalah Muzium Sains Petroleum.
Tanjung Lobang atau Pantai Brighton adalah suatu kawasan tumpuan ideal untuk melihat matahari terbenam. Ianya merupakan taman rekreasi tertua Bandar Miri. Terdapat dua pelantar cantik yang mengunjur ke laut dan memberikan pemandangan mengkagumkan kawasan pesisir pantai dan rumah api kuda laut Marina Miri yang berdekatan di mana kuda laut merupakan lambang kepada Bandar Miri.
Taman Batu Karang Nasional Miri-Sibuti adalah destinasi aktiviti menyelam yang popular, terbentuk dengan kedalaman bermula dari 7 ke 30 meter dengan julat kebolehan pandangan berjarak 10 ke 30 meter. Terdapat juga beberapa selaman barang tinggalan karam. Kawasan selaman terdekat dianggarkan kira-kira 10 minit dari jeti teluk marina. Pengendali selaman tempatan turut menawarkan program pensijilan yang diperakui.
Taman Negara Loagan Bunut berbangga dengan ekosistemnya yang unik berdasarkan kewujudan tasik semulajadi terbesar Sarawak di situ. Apabila tasiknya kering, tumbuh-tumbuhan mula bercambah daripada kawasan lumpur dan menjadi habuan kepada larva serangga. Apabila musim hujan tiba dan tasik mula digenangi air, kepulangan kelompok ikan memakan larva serangga, membiak di tasik dan keseluruhan putaran hidup ini bermula kembali. Apabila air surut, kawanan burung melahap ikan serta hidupan akuatik yang lain. Tasik ini merupakan syurga pemerhati burung memandangkan terdapat pelbagai spesis burung tetap seperti helang, burung layang-layang, burung undan, raja udang, burung gagak, burung kedidi, burung serindit, burung ketilang, burung rajawali, burung bayan, burung merpati, burung jentayu, burung enggang dan lain-lain lagi.
Tamu Muhibbah ini terletak bertentangan dengan stesen bas utama di bandar Miri. Ianya merupakan sebuah pasar dengan suasana warna-warni ragam tempatan di mana pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran eksotik, kraftangan serta produk hasilan tanah tinggi seperti beras Bario boleh ditemui.
Hotel ini merupakan satu-satunya hotel antarabangsa yang terletak di kawasan pusat bandar. Bangunan hotel memayungi Pusat Komersial Miri mempamerkan pemandangan menakjubkan Laut China Selatan. Ia menawarkan penginapan interaktif yang unggul dengan kemudahan perhubungan ke kawasan membeli-belah dan pusat hiburan.
Hotel ini merupakan satu-satunya rangkaian hotel antarabangsa di bandar yang bertaraf 5 bintang. Hotel ini menawarkan keselesaan dengan menampilkan bilik-bilik tetamu yang dihias secara kontemporari dan didatangkan dengan perkhidmatan menyeluruh serta kemudahan seperti sauna, pusat kecergasan dan kolam renang. Ia turut menempatkan kolam renang berbentuk bebas terbesar di negeri Sarawak. Pengunjung dapat menikmati penginapan menyenangkan di samping ketenangan beristirehat di dalam lingkungan suasana persekitaran bandar.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas yang didatangkan dengan kemudahan kkelengkapan moden. Pengunjung juga diberikan kemudahan menggunakan gimnasium, kolam renang serta laman teres. Kelebihan ini menjanjikan kepuasan percutian keluarga yang sempurna, bebas membuat keputusan hidup, bekerja dan bermain.
Hotel ini menampilkan bilik-bilik tetamu dengan konsep pilihan pereka menyerlahkan gaya hiasan adunan seri khazanah lama dan rupa moden digandingkan bersama. Hotel ini menawarkan keselesaan yang ditambah dengan perkhidmatan lengkap serta kemudahan seperti sauna, pusat kecergasan dan kolam renang. Pengunjung dapat merasai pengalaman menyenangkan dan detik indah sepanjang menginap dalam suasana bandar.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang menyerlah dengan kehadiran kelengkapan moden. Pengunjung turut dibenarkan untuk menggunakan kemudahan gimnasium dan kolam renang. Ia memberikan tempat penginapan yang diselaraskan mengikut kehendak tetamunya dalam menjamin keselesaan belaian serta detik berharga.