1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9791 Hotel)
    >
  3. Sabah
    (989 Hotel)
    >
  4. Mount Kinabalu
    (75 Hotel)
    >
  5. Ranau
    (24 Hotel)

Hotel Mewah di Ranau, Mount Kinabalu

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 11 Mei 2024
Cari Hotel
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Ranau

Popular Landmark
Ranau Poring Hot Spring, Tagal Sg. Moroli Fish Spa

Ulasan Tetamu dari Hotel di Ranau

8.0
Menyenangkan
413 ulasan dari hotel di Ranau dengan purata penarafan 8.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Ranau akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Mohamed F. B. M. F.
Ini adalah profil peribadi.
8.4
/ 10
12 Feb 2024
Expectation jangan terlalu tinggi, sesuai untuk tempat berehat. Dekat dengan tempat makan dan pekan. Untuk pemilik, kalau ada budget lebih, boleh mantapkan lagi kebersihan dan maintenance.
mohamad f. m.
Ini adalah profil peribadi.
12 Dec 2018
kakitangan yang ramah. persekitaran yang indah. pasar berdekatan dan mudah diakses ke pasar raya dan restoran makanan dan restoran.
JULIAN A. M.
Ini adalah profil peribadi.
2 Apr 2017
Sesuai utk seisi keluarga, tempat penginapan biasa.
Amejane W.
Ini adalah profil peribadi.
6 Jan 2019
Selesa, cuma bilik yang kami dapat dia agak sempit sedikit. Tetapi itu tidak jadi masalah kepada kami, sebab kami cuma menghinap sekejap sahaja..
MOHD H. B. L.
Ini adalah profil peribadi.
6 Sep 2017
Tidak mesra pelanggan, banyak anjing, tempt parking tiada lampu/gelap.
Mihaela A. C.
Ini adalah profil peribadi.
13 Oct 2023
Lokasi yang sangat baik, bilik yang sangat bersih, tuala yang sangat putih, penghawa dingin yang cekap. Kanopi lebih menarik daripada di Taman Mulu, mandi di air terjun adalah satu keajaiban! Sedikit bau acuan yang tidak menyenangkan di dalam bilik dan kelembapan yang sangat tinggi walaupun saya membiarkan penghawa dingin dihidupkan selama berjam-jam.
Dayang H. J.
Ini adalah profil peribadi.
8 Sep 2019
jauh dari aktiviti luar tapak lain
Muhammad N. A. K.
Ini adalah profil peribadi.
6.0
/ 10
16 Jul 2020
Ada orang membuat banyak suara di luar bilik pada waktu malam. Benar-benar mengganggu tidur saya. Kakitangan harus benar-benar menyedari bunyi ini terutama pada waktu malam.

Tentang

Ranau ialah sebuah bandar kecil di dalam sebuah daerah di negeri Sabah, Malaysia. Ranau sebenarnya bersempadan dengan Bahagian Sandakan, menghala ke bahagian Timur. Dari ibu negeri Kota Kinabalu, Ranau sebenarnya mempunyai jarak 108 kilometer dari Timur. Walaupun Ranau bersempadan dengan Sandakan, ia masih mempunyai jarak 227 kilometer diantara kedua – dua tempat ini.


Mengikut geografi, Ranau terletak di kawasan yang berbukit. Kawasan ini sangat dikenali dengan aktiviti pengeluaran terbesar sayur – sayuran bersuhu sejuk di seluruh negeri Sabah. Antara sayur yang ditanam di sini termasuklah brokoli, salad dan kubis bunga. Disebabkan oleh lokasi geografinya, aktiviti agrikultur tanah tinggi adalah industri terbesar selain daripada pelancongan. Ini adalah kerana Ranau yang berada pada ketinggian 1176 meter dari paras laut.


Bagi penduduk di Ranau, kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada komuniti Dusun. Selebihnya masih terdapat bangsa lain seperti Melayu, Cina dan Indian. Ini adalah kerana Malaysia sememangnya terkenal dengan kehidupan harmoni walaupun rakyatnya yang berbilang bangsa. Orang-orang di Sabah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama mereka tetapi mereka mempunyai dialek sendiri yang menjadikan bahasa itu sedikit berbeza. Tambahan pula bandar-bandar kecil seperti Ranau yang mempunyai etnik Dusun, mereka mungkin mempunyai dialek yang lebih berbeza berbanding dengan etnik – etnik lain atau Bahasa Melayu.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Pengunjung boleh menggunakan penerbangan tempatan seperti Air Asia atau Malaysia Airlines dan Firefly dan terbang ke Kota Kinabalu. Dari situ, pengunjunng harus mengambil penerbangan yang lebih kecil untuk ke Ranau. Jadi pengunjung harus mengambil 2 penerbangan untuk ke Ranau.


Menggunakan Kereta

Dari Kota Kinabalu, pengunjung boleh memandu ke Ranau menggunakan Jalan Ranau – Tamparuli atau Laluan 22. Jarak perjalanan adalah 108 kilometer. Masa memandu pula akan dianggarkan lebih kurang 2 jam dan 47 minit atau 3 jam bergantung kepada keadaan trafik semasa.


Menggunakan Bas

Pengunjung boleh mengambil bas dari Kota Kinabalu untuk pergi ke Ranau. Mereka boleh mengambil bas dari Stesen Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Waktu bas bertolak pula adalah antara 7 pagi hingga 5 petang. Tambang bas sehala berharga RM15 sahaja. Manakala masa perjalanan pula akan mengambil dalam 2 jam untuk tiba ke destinasi.


Tarikan Pelancongan

Gunung Kinabalu

Tanpa sebarang keraguan, gunung ini pastinya merupakan sebuah tarikan yang paling utama di Ranau yang harus dilawati oleh mereka yang datang ke sini tetapi tentu saja jika mereka mempunyai kekuatan untuk mendakinya. Cabarannya adalah untuk memanjat gunung tertinggi di Malaysia dan juga Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Puncak gunung ini terletak pada ketinggian 4095 m di atas paras laut. Ia menjadi rumah kepada 5000 hingga 6000 spesies tumbuhan. Secara purata, para pendaki akan mengambil masa sekurang – kurangnya dua hari untuk mendaki dan turun semula. Ia mempunyai dua laluan untuk pendaki pilih. Terdapat beberapa pondok di antara laluan untuk pendaki berehat dan mengumpul tenaga semula. Terdapat juga pemandu pelancong yang boleh diupah yang pasti akan membantu pendaki dengan laluan tersebut dan memastikan tiada masalah timbul kerana pendakian terakhir perlu bermula seawal jam 2 pagi. Ia adalah bertujuan untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit apabila anda sampai di puncak. Untuk pakej pendakian, ia boleh bermula dari MYR 1200 termasuk penginapan.


Poring Hot Spring (PHS)

Berdekatan dengan Taman Kinabalu terdapat sebuah Kolam Air Panas. Ia adalah lebih kurang 40 kilometer dari Taman Kinabalu. Di sini, pengunjung boleh berendam dalam kolam air panas semula jadi dan membiarkan otot mereka berehat. Ini juga pasti akan membuatkan kesakitan mereka hilang. Kolam air panas ini terdiri daripada mineral sulfurik. Ia dikatakan mempunyai pelbagai elemen penyembuhan. Ramai juga penduduk tempatan yang datang untuk menikmata kolam air panas.


Kinabalu Park

Taman ini sebenarnya adalah sebuah Tapak Warisan Dunia. Ini adalah tapak di mana Gunung Kinabalu terletak. Ia juga mempunyai sebanyak 5,000 spesies tumbuhan vaskular dan mempunyai sekitar 90 spesies mamalia, selain makhluk lain juga. Terdapat juga aktiviti lain seperti memanjat batu, paragliding serta ekspedisi meredah gunung bagi mereka yang tidak mahu memanjat gunung tertinggi di negara ini.


Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved