1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9506 Hotel)
    >
  3. Negeri Sembilan
    (241 Hotel)
    >
  4. Seremban
    (99 Hotel)
    >
  5. Senawang
    (6 Hotel)

Hotel Mewah di Senawang, Seremban

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 28 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Senawang

Ulasan Tetamu dari Hotel di Senawang

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Senawang dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Senawang akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
sl
selly lim
13 Dec 2021
1 jam tunggu baru dapat bilik. Alasan name takada dalam list.
Amalina S. B. S.
Ini adalah profil peribadi.
29 Nov 2019
Hotel bersih, siap ada selipar dalam tandas. OK dekat dengan masjid, sebelah balai polis.
NC
Nicholas Chong
29 Oct 2018
bilik-bilik yang bersih dan lebih selesa daripada hotel-hotel lain yang berdekatan, pancuran mandian panas yang boleh dipercayai
JA
Jusilawati Abd Wahab
10 Nov 2018
Tiada air di bilik air lebih dari 12 jam. Berulang untuk 2 malam. Bilik tidak dikemas-suruh ambil sampah tapi langsung tidak datang ambil. Minta tukar tuala, tak ditukar. Penginapan 3 hari 2 malam yang mengerikan untuk saya yang mempunyai 4 anak-anak yang masih kecil, saya tidak akan datang lagi ke hotel ini dan saya tak syorkan kawan2/saudara mara saya menginap di sini. Menyesal.

Tentang

Senawang adalah sebuah bandar satelit di Seremban, Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan anda, bandar satelit merupakan sebuah bandar yang bergantung pada industri tempatan tetapi masih mempunyai struktur rangkaian ekonomi, pentadbiran dan komunikasi ke bandar berdekatan. Seperti mana-mana bandar satelit lain, Senawang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban. Ia terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari bandar Seremban. Kawasan Senawang terletak di kawasan yang datar dan lebih tinggi berbanding kawasan lain di Seremban, menjadikan ia tempat yang sesuai untuk pembangunan dan pertumbuhan industri.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Memandu dari Kuala Lumpur ke Senawang merupakan salah satu cara yang paling senang dan ia akan mengambil masa selama lima puluh minit melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Menggunakan Bas

Terdapat beberapa syarikat bas yang menyediakan perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur ke Seremban, dengan harga tiket bermula hanya dari RM5 untuk seorang dewasa.

Menggunakan Kereta Api

Keretapi Tanah Melayu (KTM) ETS menawarkan perkhidmatan dari KL Sentral ke stesen KTM Senawang setiap hari. Perkhidmatan bermula dari jam 8 pagi sehingga 11.45 malam, dan terdapat keretapi hampir setiap satu jam. Perjalanan menggunakan keretapi ini disukai ramai kerana harnganya yang berpatutan dan sangat memudahkan perjalanan pergi balik.

Tarikan Pelancongan

Jelita Ostrich Farm

Jelita Ostrich Faram adalah ladang burung unta pertama di Malaysia, dengan saiz ladang 4.2 hektar. Para pengunjung ke ladang ini boleh mempelajari macam-macam berkaitan dengan burung unta seperti cara yang betul untuk mengambil telur burung unta, menunggang burung unta, dan aktiviti yang paling disukai untuk setiap pelawat, adalah peluang untuk berdiri di telur burung unta. Kulit telur burung unta ini sangat kuat dan teguh sehingga dapat menahan berat sekitar 100kg. Di ladang burung unta, pelawat akan diiringi dengan pemandu pelancong yang mahir berbahasa Inggeris bagi mendapatkan pengalaman terbaik dan pengetahuan mengenai burung unta yang sangat menarik. Ia terletak kira-kira 13 kilometer jauhnya dari Senawang, dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang dengan harga tiket RM 8 setiap orang dewasa dan RM 6 untuk kanak-kanak.

Galeri Diraja Tuanku Ja'afar

Galeri Diraja Tuanku Ja'afar adalah galeri yang mempamerkan koleksi peribadi dan sejarah kehidupan Tuanku Ja'afar, mantan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, pemerintah Negeri Sembilan. Bangunan galeri itu dibina semula pada 2012, selesai setahun kemudian dan dibuka pada akhir tahun 2014 oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Najihah. Seni bina bangunan tiga tingkat ini mengikuti konsep seni bina kolonial moden dan dibahagikan kepada sembilan dewan pameran. Galeri ini kira-kira lima belas minit dari Senawang, dibuka setiap hari kecuali Isnin, dan tiket itu adalah RM 30 setiap satu.

Muzium Tentera

Terletak di Port Dickson, kira-kira setengah jam dari Senawang. Muzium ini terletak di sebelah pangkalan tentera dan ia dimiliki oleh Angkatan Bersenjata Diraja Malaysia. Di sini pengunjung boleh menikmati pencapaian tentera sepanjang sejarah negara, semenjak dari pertubuhannya. Selain itu, tanah muzium juga menempatkan beberapa kenderaan tentera yang sudah tidak digunakan lagi seperti kereta kebal, senapang artileri dan beberapa jenis pesawat. Muzium ini dibuka setiap hari dan tiket masuk percuma adalah untuk semua orang.

NS Galleria Chocolate World

Sebuah tempat yang peminat coklat tegar tidak boleh melepaskan peluang untuk melawat. Galeri ini yang mempunyai semua mengenai coklat; sebuah syurga coklat di dunia. Ia terletak kira-kira 11 kilometer jauhnya dari bandar Senawang. Galeri ini dimiliki dan diuruskan oleh seorang peminat tegar coklat dan seorang chocolatier yang belajar sendiri, tempat ini dibuka kembali pada tahun 2013 dengan minat dan semgnat yang cukup dalam. Di sini, mereka membuat dan menjual coklat, semuanya dibuat dari sumber-sumber yang diperoleh tempatan, termasuk koko. Produk mereka juga diberikan sentuhan rasa tempatan, sesuatu yang agak unik hanya tersedia di tempat ini. Rasa coklat buatan Malaysia sama seperti jenama antarabangsa jika tidak lebih baik.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved