Total Accommodation | 1 Properties |
Popular Hotel | Hotel Seremban Jaya |
Kawasan terbaik untuk tinggal di Seremban Jaya ialah Seremban 2, Senawang, Nilai, Labu.
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Hotel Seremban Jaya.
Buat masa ini, terdapat sekitar 1 hotel yang boleh anda tempah di Seremban Jaya
Seremban Jaya adalah kawasan pembangunan campuran terdiri daripada kediaman dan pusat komersil yang terletak kira-kira 5km dari Seremban. Beberapa pembangunan di sekitarnya termasuk Taman Seremban, Taman Bukit Emas, Taman Satria, Taman Senangin dan Taman Tunku Jaafar. Ianya juga terletak berhampiran kawasan Industri Senawang Light, Pusat Pakar Senawang, Taman Perindustrian Senawang dan Kelab Golf Negara Tunku Jaafar. Selain itu, Seremban Jaya terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti kedai-kedai, sekolah, kedai runcit, pasar raya, stesen minyak dan kedai-kedai makan. Seremban Jaya terletak di sepanjang Jalan Senawang di persimpangan Senawang dan jarak pemanduan hanya 5 minit dari tol jalan Utara-Selatan Lebuhraya Senawang. Untuk sampai ke Seremban Jaya, anda boleh melalui jalan dalam atau jalan kampung Seremban-Senawang dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Dengan kemudahan ini, ia menjadikan lokasi Seremban Jaya sebagai sebagai sebuah lokasi strategik untuk ke Lembah Klang, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ke Selatan.
Seremban Jaya telah dibangunkan semula pada tahun 2001 untuk memenuhi permintaan kediaman kos rendah. Sejak itu ia telah menjadi sebuah bandar dengan mercu tanda yang hebat dan menjadi sebahagian daripada bandar satelit Senawang. Lokasi Seremban Jaya terletak berhampiran dengan taman perindustrian Senawang yang menjadikan Seremban Jaya sebagai salah satu tempat bagi pekerja-pekerja di situ memilih untuk tinggal di Seremban Jaya. Keadaan kediaman di kawasan ini aman dan kurang dengan tekanan jika dibandingkan dengan kediaman di bandar-bandar besar.
Lapangan terbang yang berdekatan untuk sampai ke Seremban Jaya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di mana ianya terletak pada jarak 30km utara Seremban dengan pemanduan hanya 30 minit. Lapangan terbang ini amat mudah ditemui dengan melalui Lebuhraya PLUS. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1&2) anda boleh menaiki teksi untuk sampai ke Seremban Jaya. Jarak dari Lapangan terbang ke Seremban Jaya ialah 61 km dan 47 minit memandu dari lapangan terbang.
Anda boleh melalui Lebuhraya Utara-Selatan (NSE/PLUS) untuk sampai ke Seremban Jaya. Simpang keluar lebuhraya yang paling terdekat dengan mengikut simpang keluar nombor 218 Seremban. Pemanduan dari Johor Bharu ke Seremban dianggarkan selama 3 jam pemanduan iaitu dengan jarak 265km dan 45 minit dari Kuala Lumpur. Seremban juga dihubungkan dengan Negeri Selangor melalui LEKAS Highway iaitu degan melalui Serdang dan Nilai.
Sekiranya anda merancang untuk menaiki keretapi untuk ke Seremban Jaya, anda bolehlah menaiki KTM dari Stesen Kuala Lumpur Sentral atau Stesen Bandar Tasik Selatan menuju ke Stesen KTM Seremban. Dari stesen ini anda boleh menaiki teksi untuk ke Seremban Jaya.
Galeri ini membawa para pengunjung mengetahui tentag sejarah Negeri Sembilan dengan memberi tumpuan kepada system monarki Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10. Galeri ini memberikan pengunjung tarikan menarik tentang sejarah Negeri Sembilan dan perjalanan kehidupan Almarhum Tuanku Ja’afar. Para pengunjung dapat memperoleh pengetahuan dan pengalaman tentang sejarah-sejarah yang terdapat di Negeri Sembilan.
Jelita Ostrich Farm merupakan salah satu tarikan pelancongan utama yang harus dikunjungi. Para pengunjung akan dibimbing oleh pembimbing yang fasih berbahasa Inggeris dan berpengalaman.Pengunjung berpeluang mendapat pengalaman dengan mengambil telur ostritch dan mereka juga dibenarkan untuk berdiri di telur ostritch.
Kepada pengunjung yang mencari sejarah dan budaya sesebuah negeri bolehlah melawati Muzium Kompleks Negeri untuk melihat budaya dan sejarah masyarakat Minangkabau. Ianya merupakan sebuah rumah Minangkabau yang terletak di Muzium Kompleks Negeri di Jalan Sungai Ujung Seremban. Muzium ini mempamerkan upacara keris, Pedang Bugis dan Minagkabau serta perhiasan diraja.
Gereja ini yang dihiasi dengan rekabentuk yang unik, cantik dan elegan terletak di pusat Bandar Seremban. Gereja ini telah dibina pada tahun 1848 sepanjang era penjajahan. Waktu yang paling sesuai untuk dikunjungi ialah pada hari Good Friday, Easter dan Sambutan Malam Krismas sekiranya anda ingin menikmati pengalaman menyambut perayaan.
Seremban State Library terletak di sekitar Taman Tasik Seremban merupakan perpustakaan negeri yang dulunya merupakan Bangunan Sekretariat Negeri. Dibina pada tahun 1912 oleh B.P Habback dari Britain dengan bantuan Jabatan Kerja Raya negeri, bangunan mewah ini mencerminkan seni bina kolonial zaman dahulu.
Hotel Seremban Jaya terletak di Seremban Jaya merupakan pilihan yang baik untuk para pengunjung yang mencari tempat penginapan yang selesa dengan perkhidmatan servis yang berkualiti. Hotel bertaraf 2 bintang ini terletak pada jarak 2.47km dari Stesen Sungai Gadut.
Kepada pelancong yang mencari penginapan bajet yang selesa bolehlah memilih Uptown Hotel Seremban yang merupakan pemilihan terbaik sebagai penginapan yang menyediakan kemudahan yang baik dan servis yang bagus. Hotel bertaraf 2 bintang ini amat mudah ditemui kerana lokasi yang strategik yang terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam.
Seremban 2 Homestay merupakan homestay bertaraf 4 bintang yang terletak berdekatan lapangan terbang yang merupakan penginapan yang strategik sementara menanti penerbangan seterusnya. Seremban 2 Homestay ini mempunyai lokasi yang strategik terletak pada jarak 9km dari Palm Mall Seremban dan Pusat Perubatan Pakar KPJ yang mempamerkan beranda dengan pemandangan taman. Homestay ini turut menyediakan perkhidmatan parkir percuma kepada pengunjung.