Total Accommodation | 57 Properties |
Popular Area | Bandar Sandakan, Kota Kinabatangan |
Popular Hotel | Homestay Signature Suite, The Pavilion Hotel |
Popular Landmark | Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC), Sandakan Rainforest Discovery Centre (RDC) |
Jika anda berada di Sandakan Memorial Park, anda juga boleh melawati Sepilok
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Homestay Signature Suite, The Pavilion Hotel, D North Star Hotel Spa, The Mark's Lodge Hotel, Amanson sigNature Hotel, Labuk Hotel , One Avenue Hotel, Tyng Garden Hotel Sandakan , My Dream Hotel, Gloria Swiss Hotel & Apartment Sandakan.
Buat masa ini, terdapat sekitar 57 hotel yang boleh anda tempah di Sandakan Memorial Park
Taman Peringatan Sandakan terletak di dalam pekarangan Taman Rimba, kira-kira 11 km dari bandar Sandakan. Taman Peringatan Sandakan merupakan tapak asal Kem Tawanan Perang Perang Dunia Kedua. Taman Peringatan ini dibina sempena memperingati sebuah tragedi yang telah berlaku pada tahun 1945 di mana seramai lebih kurang 2,400 tawanan perang warga British dan Australia di bawah kekuasaan Pendudukan Jepun di kem terbabit telah dipaksa untuk mengambil bahagian di dalam Perarakan Maut di Utara Borneo. Hampir seramai 1,400 daripada kalangan mereka kehilangan nyawa ketika berjalan melalui laluan sepanjang 250 km merentasi hutan tebal Borneo yang mencabar dari Sandakan ke Ranau dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Taan Peringatan Sandakan ini merangkumi kawasan seluas 11 hektar yang dijaga rapi serta mempunyai lanskap yang indah. Taman ini turut mempunyai sebuah muzium kecil yang membolehkan pengunjung lebih mendalami sejarahnya. Memori berkenaan Perang Dunia Kedua dirakamkan melalui kewujudan peninggalan sebuah jentera penggalian tanah, sebuah generator dan sebuah dandang. Jentera penggalian tanah itu digunakan untuk pembinaan sebuah lapangan udara yang tidak pernah disiapkan. Generator dan dandang itu pula digunakan untuk penghasilan elektrik.
Sementara menginap di Sandakan, pengunjung berupaya menemukan pelbagai aktiviti menarik bagi memenuhi masa terluang serta menghiburkan. Selain daripada mengunjungi Taman Peringatan Sandakan, pengunjung mungkin berminat untuk menghargai ketenangan dan merasai restu kurnia dengan menziarahi tokong Sam Sing Kung. Tokong ini merupakan kuil ketiga tertua di Sandakan yang dibina pada tahun 1887. Ia mempunyai gendang gangsa yang dianugerahkan oleh Kapitan Cina pertama Sandakan.
Sekiranya anda berkecenderungan lebih untuk merasai pengalaman yang bersangkutan dengan alam, adalah digalakkan untuk menyertai Pakej Lawatan Safari Kinabatangan. Sungai Kinabatangan merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia. Melalui lauan jejak yang telah dikenalpasti, anda berpeluang untuk menyaksikan sendiri habitat semulajadi spesis khusus hidupan liar hutan hujan Borneo yang terkenal seperti orang utan, monyet proboscis, gajah pygmy, buaya gergasi serta burung kenyalang.
Suatu pengalaman unik dan berbeza menanti para pengunjung sekitar antara bulan Februari dan Ogos, di mana perjalanan meneroka gua ke Gua Gomantong menawarkan pengunjungnya untuk melihat cara-cara pengumpulan sarang burung layang-layang oleh kumpulan penuainya yang mahir. Pengalaman ini telah diiktiraf oleh badan World Wildlife Federation (WWF) sebagai โThe Best- managed Edible Birdsโ Nest Cave in the Worldโ.
Hotel Sandakan mempunyai lokasi yang baik, kira-kira 9.41 km dari Taman Peringatan Sandakan. Ia menawarkan perkhidmatan sewajarnya beserta pelbagai kemudahan. Bangunan Hotel Sandakan adalah agak senang dikenalpasti di tengah-tengah bandar Sandakan.
Hotel ini merupakan pilihan sempurna bagi mereka yang menginginkan percutian mewah dan elegan. Dapatkan perkhidmatan cemerlang dan jadikan penginapan anda suatu kenangan pengalaman yang manis. Hotel The Four Points by Sheraton Sandakan menawarkan pemandangan laut Sandakan, terletak berdekatan Taman Peringatan Sandakan sekitar 9.67 km.
Sebuah lagi hotel bandar yang menarik terletak kira-kira 4.69 km dari Taman Peringatan Sandakan. Hotel yang serba ringkas dan praktikal didatangkan dengan kemudahan yang berpatutan.
Hotel Western merupakan pilihan yang berguna bagi pengunjung dengan urusan kerja memandangkan kemudahan yang disediakan di samping kedudukannya yang strategik di bandar Sandakan. Ianya juga berdekatan dengan Taman Peringatan Sandakan, sekitar 9.63 km.
Untuk percutian santai keluarga, hotel ini sesuai dalam menawarkan keselesaan sepanjang penginapan anda di Sandakan. Kedudukannya hanyalah sekitar 8.74 km dari Taman Peringatan Sandakan.