Bagi para pengunjung yang ingin mencari tempat penginapan yang selesa, Ariva Gateway Kuching adalah pilihan yang tepat. Lokasi pangsapuri ini sangat strategik kerana ia berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Selain itu, para pengunjung pelawat boleh melawat ke beberapa tempat yang menarik seperti tempat keagamaan, monumen, medan selera dan rumah terbalik yang hanya mengambil masa beberapa minit dengan berjalan kaki dari pangsapuri ini. Selain itu, pangsapuri ini telah menyediakan beberapa bilik yang dilengkapi dengan banyak kemudahan yang berguna. Semua bilik di pangsapuri ini sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. Di samping itu, pangsapuri ini telah memberi layanan yang baik dan menyediakan kemudahan yang sangat bagus untuk keselesaan tetamu mereka. Para tetamu juga boleh menikmati hidangan yang terbaik dari sebuah restoran di pangsapuri ini.
Ariva Gateway Kuching terletak di tengah bandar Kuching, Sarawak. Cara yang terpantas untuk sampai ke Ariva Gateway Kuching adalah dengan menaiki kapal terbang. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil penerbangan di lapangan terbang terdekat iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor. Lapangan terbang ini telah menerima banyak penerbangan antarabangsa dan domestik. Terdapat beberapa penerbangan yang akan membuat perjalanan ke Kuching iaitu AirAsia, Malindo Air dan Malaysia Airlines. Harga tiket penerbangan adalah dari RM 179 hingga RM 455. Walau bagaimanapun, harga tiket akan meningkat pada cuti umum dan cuti sekolah. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Kuching akan mengambil masa selama 1 jam dan 35 minit. Apabila para pengunjung sudah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, para pengunjung boleh mengambil teksi atau menyewa kereta dan meneruskan perjalanan mereka ke Ariva Gateway Kuching. Pangsapuri ini terletak hanya 19 minit dari lapangan terbang.
Ariva Gateway Kuching telah menyediakan dua jenis bilik untuk para tetamu. Dua jenis bilik ini dipanggil sebagai Bilik Superior dan Pangsapuri Deluxe (2 Bilik Tidur). Bagi Bilik Superior, ia mempunyai saiz sebesar 37 meter persegi dan 1 katil king. Para tetamu boleh menikmati pemandangan sungai dan akses Wi-Fi secara percuma di bilik ini. Terdapat juga perkhidmatan pengemasan harian di dalam bilik ini. Bilik ini telah dilengkapi dengan beberapa kemudahan bilik dan bilik mandi seperti penghawa dingin, air botol percuma, meja, kemudahan menyeterika, televisyen LCD, pemain DVD, peti keselamatan dalam bilik, bilik mandi peribadi, pancuran mandian, pengering rambut dan peralatan mandian. Bilik yang berikutnya ialah Apartment Deluxe (2 Bilik Tidur). Saiz pangsapuri ini adalah 76 meter persegi. Para tetamu boleh memilih sama ada untuk mempunyai 1 katil queen dan 2 katil kembar atau 1 katil king dan 1 queen. Para tetamu dapat melihat pemandangan bandar dari pangsapuri ini. Para tetamu juga boleh mengakses Wi-Fi secara percuma dan mendapat perkhidmatan pengemasan harian untuk pakej bilik ini. Terdapat beberapa kemudahan dalam bilik dan bilik mandi di dalam bilik ini. Antara kemudahannya adalah televisyen LCD, pemain DVD, peti sejuk, stovetop, ketuhar gelombang mikro, peralatan makan, peti keselamatan dalam bilik, kemudahan menyeterika, katil tambahan, bilik mandi peribadi, pancuran mandian, pengering rambut dan peralatan mandian.
Terdapat sebuah restoran di dalam Ariva Gateway Kuching yang menyajikan pelbagai jenis hidangan untuk para tetamu. Restoran ini dibuka untuk sarapan pagi. Semua makanan di restoran ini telah memenuhi citarasa para tetamu.
Ariva Gateway Kuching telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk para tetamu. Antaranya adalah perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang dengan bayaran tambahan, pendaftaran masuk awal dan keluar lewat, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, penjaga keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan dobi, tempat peyimpanan bagasi, kakitangan yang bertutur pelbagai bahasa, surat khabar di kawasan lobi, tempat letak kereta untuk para tetamu, Wi-Fi di kawasan awam, pusat perniagaan, kemudahan perniagaan, bilik komputer, kemudahan mesyuarat, mesin fotokopi, projektor, bilik wap dan kerusi berjemur. Selain itu, para tetamu boleh meluangkan masa dengan melakukan beberapa aktiviti di pusat kecergasan, taman, kolam renang dan sauna. Terdapat juga beberapa bank, salon kecantikan, pasar raya dan beberapa kedai berdekatan dengan pangsapuri ini.
Kemudahan Popular | AC, Kolam Renang, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |