Home
/
Flights
/
Hakodate

Cheap flights to Hakodate (HKD)

Traveloka helps you find cheap and promo flights to Hakodate (HKD)

Routes

Airline

Schedule

Price from

Tokyo (HND) → Hakodate (HKD)
Air Do
Sunday, 09 Jun 2024
SGD 80.08
Sapporo (OKD) → Hakodate (HKD)
Japan Airlines
Monday, 03 Jun 2024
SGD 86.13
Sapporo (CTS) → Hakodate (HKD)
All Nippon Airways
Monday, 03 Jun 2024
SGD 98.68
Taipei (TPE) → Hakodate (HKD)
Tigerair Taiwan
Wednesday, 29 May 2024
SGD 265.84
Hanoi (HAN) → Hakodate (HKD)
Airlines
Wednesday, 29 May 2024
SGD 467.62
Manila (MNL) → Hakodate (HKD)
Cathay Pacific
Friday, 07 Jun 2024
SGD 483.64
Taipei (TPE) → Hakodate (HKD)
Starlux
Tuesday, 21 May 2024
SGD 490.69
Ho Chi Minh City (SGN) → Hakodate (HKD)
Airlines
Tuesday, 04 Jun 2024
SGD 494.61
Bangkok (BKK) → Hakodate (HKD)
Airlines
Thursday, 06 Jun 2024
SGD 521.31
Singapore (SIN) → Hakodate (HKD)
Airlines
Wednesday, 05 Jun 2024
SGD 554.77

Tiket Pesawat Murah ke Hakodate, Jepun

Hakodate adalah merupakan sebuah bandar di Wilayah Oshima, Hokkaido, Jepun. Bandar Hakodate juga merupakan sebuah bandar pelabuhan di wilayah itu. Bandar Hakodate turut menjadi ibu kota bagi Wilayah Oshima, Hokkaido. Bandar Hakodate ini dianggarkan mempunyai penduduk seramai 279,851 mengikut bancian yang dilakukan pada 31 Julai 2011. Bandar Hakodate ini juga mempunyai seramai 143,221 isi rumah dengan kepadatan penduduk seramai 412.83 orang setiap kilometer persegi. Di Hokkaido, bandar Hakodate merupakan bandar ketiga terbesar selepas Sapporo dan Asahikawa. Pada 1 Ogos 1922, Hakodate telah mendapat status bandar.

Lapangan Terbang di Hakodate

Lapangan Terbang Hakodate

Lapangan Terbang Hakodate merupakan sebuah lapangan terbang yang berkhidmat di Hakodate, Wilayah Oshima, Hokkaido, Jepun. Lapangan Terbang Hakodate ini terletak 7.6 km Timur dari Stesen Hakodate di bandar Hakodate. Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan mengendalikan Lapangan Terbang Hakodate ini. Lapangan Terbang Hakodate mula dibuka pada tahun 1961. Lapangan terbang ini memiliki satu landasan sahaja dengan 1,200 meter panjang. Pada tahun 1971, Lapangan Terbang Hakodate ini telah dinaik taraf dengan mempunyai terminal baru. Landasan kapal terbang juga telah dipanjangkan menjadi 2,000 meter. Pada tahun 1978, landasan di Lapangan Terbang Hakodate ini telah dinaik taraf menjadi 2,500 meter sebelum ia dinaik taraf sekali lagi pada tahun 1999 hingga menjadi 3,000 meter panjang. Pada tahun 2005 pula, sebuah terminal baru telah dibuka di Lapangan Terbang Hakodate. Sekiranya anda ingin berkunjung ke Hakodate dari Malaysia, anda boleh mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Lapangan Terbang Hakodate. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hakodate. Anda boleh memilih mana-mana penerbangan yang bersesuaian dengan anda. Walau bagaimanapun, tiada penerbangan terus disediakan oleh mana-mana penerbangan. Antara penerbangan yang anda boleh pilih ialah All Nippon Airways (ANA), Japan Airlines atau pun Cathay Pacific. Anda boleh mendapatkan harga tiket pergi dan balik bermula dari RM 2,149.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Hakodate?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Hakodate. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Hakodate.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Hakodate?

Waktu puncak dan sibuk di Hakodate adalah pada bulan Januari diikuti dengan bulan Mac dan April. Harga hotel dan juga tiket penerbangan akan menjadi lebih mahal daripada bulan-bulan yang lain. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkan tawaran yang menarik sekiranya anda menempah tiket penerbangan atau penginapan dengan lebih awal. Bulan yang kurang dengan pelancong adalah pada bulan Disember. Anda boleh mendapatkan tiket penerbangan dan hotel yang murah sekiranya anda berkunjung ke Hakodate pada bulan itu.

Menurut klasifikasi iklim oleh Koppen, Hakodate mempunyai iklim benua lembap. Hakodate juga mempunyai musim panas yang hangat dan juga musim sejuk bersalji. Bulan yang paling panas di Hakodate adalah pada bulan Ogos dengan suhu puratanya 22 °C. Musim sejuk di Hakodate mempunyai salji namun tidak begitu tebal berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Hokkaido.

Hakodate mempunyai banyak festival dan perayaan yang di sambut. Anda boleh berkunjung ke Hakodate pada waktu-waktu tertentu untuk menyambut festival dan perayaan yang ada di Hakodate seperti Hakodate Christmas Fantasy yang di adakan sepanjang bulan Disember. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyambut Hakodate Goryokaku Festival pada pertengahan bulan Mei.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Hakodate?

Gunung Hakodate – bagi anda yang gemarkan aktiviti yang mencabar seperti mendaki, anda boleh berkunjung ke Gunung Hakodate ini. Anda bakal disajikan dengan pemandangan yang sangat indah ketika beraa di puncak gunung ini. Di atas puncak gunung ini, anda dapat menyaksikan pemandangan bandar Hakodate. Ia juga merupakan salah satu tarikan pelancong yang berkunjung ke Hakodate. Anda pastinya terpesona dengan keindahan di atas puncak gunung ini.

Goryokaku – tempat ini merupakan sebuah kubu bintang di bandar Hakodate, Hokkaido, Jepun. Kubu ini merupakan kubu utama bagi Republik Ezo. Namun, ia hanya bertahan hanya seketika. Kubu bintang ini merupakan salah satu destinasi yang banyak dilawati di Hakodate. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke kubu bintang ini.

Menara Goryokaku – menara ini merupakan menara yang mempunyai kawasan tinjau di atasnya. Anda boleh berkunjung ke menara yang berketinggian 107 meter ini untuk melihat pemandangan gunung-ganang dan bandar Hakodate yang indah.

Airline Partners

Domestic & International Airline Partners
We are partnering with various airlines across the globe to get you to wherever you need to be.

Payment Partners

We are partnering with the most reliable payment service providers to make sure every transaction is smooth and worry-free!