Cheap flights to Lviv (LWO)

Tiket Pesawat Murah ke Tainan, Taiwan

Tainan yang dulunya pernah menjadi ibu kota Taiwan semasa zaman imperial adalah bandar tertua di Taiwan. Terkenal dengan kuilnya, bangunan bersejarah dan makanan ringan, Tainan adalah bandar kelima terbesar di pulau itu. Ia adalah selepas New Taipei, Kaohsiung, Taichung, dan Taipei dengan populasi lebih daripada 1.8 juta. Adalah sangat mudah untuk melawat sekitar bandar dengan kereta sewa, motosikal atau basikal. Terdapat bas awam dan juga teksi, tetapi disebabkan oleh halangan bahasa, mungkin sukar bagi pelancong asing untuk menavigasi sekitar kawasan bandar dengan menggunakan mod pengangkutan ini. Tainan dianggap sebagai "The City of Snacks" kerana terdapat pelbagai makanan untuk anda cuba di pasar malamnya. Trip anda ke Tainan tidak lengkap jika anda tidak mencuba banyak jenis makanan yang di jual penjual jalanan yang mahir dalam penyediaan pelbagai hidangan lazat dan murah.

Lapangan Terbang di Tainan, Taiwan

Lapangan Terbang Tainan

Lapangan Terbang Tainan adalah lapangan terbang yang melayani Daerah Selatan, Tainan, Taiwan. Lapangan terbang juga mengendalikan beberapa laluan antarabangsa. Bamboo Airways, China Airlines, Uni Air dan VietJet Air menawarkan penerbangan antarabangsa dan domestik yang menghubungkan Tainan dan Ho Chi Minh City, Hanoi, Hong Kong, Osaka-Kansai, Kinmen dan Penghu.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Tainan, Taiwan?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Tainan. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Tainan.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Tainan, Taiwan?

Musim sejuk adalah kering dan sederhana di Tainan kerana iklimnya yang bersifat subtropika. Tidak ada hujan di musim sejuk di Tainan. Secara amnya, masa terbaik untuk melawat Tainan adalah pada bulan-bulan di antara November hingga Disember dan Mac hingga April. Jika anda melancong dari Januari hingga Februari, bersiaplah untuk membawa bersama anda beberapa helai pakaian musim sejuk kerana suhu sering jatuh di bawah 10 ° C. Sementara itu, musim panas bermula pada bulan Mei dan berlangsung sehingga Oktober. Pada musim panas, siang hari adalah sangat panas dan lembap. Tambahan, terdapat taburan hujan yang tinggi pada masa ini. Berjaga-jagalah kerana ia juga merupakan musim untuk taufan yang terkenal di Kawasan ini, jadi bersiaplah untuk menjadualkan semula perjalanan anda.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Tainan, Taiwan?

Fort Zeelandiathe - Fort Zeelandiathe adalah kubu pertama di Anping, Taiwan yang dibina oleh Belanda pada tahun 1624. Kini, kubu ini dikenali sebagai Anping Old Fort. Benteng ini telah menjadi pusat pentadbiran rejim Belanda dan pusat perdagangan. Asalnya, struktur bangunan itu dibina sebagai kubu dalaman persegi dan dinding luar segi empat tepat. Kubu itu dinamakan semula sebagai Anping pada tahun 1661 untuk memperingati kampung halaman Guoxingye (Cheng Cheng-Kung) ketika ia telah berhasil membebaskan Taiwan dari Belanda. Selain Kubu Old Anping, Fort Zeelandia juga dikenali sebagai "King's Fort" atau "Fort Taiwan".

Kuil Guoxingye - Terletak oleh Jalan Kaishan dan dikelilingi oleh pokok-pokok hijau, Kuil Guoxingye (atau juga dikenali sebagai Kuil Yanping Junwang), adalah satu-satunya tempat suci di Taiwan yang mengekalkan gaya Fujian. Kuil ini dibina untuk memperingati kerja dan pencapaian perintis Taiwan, Cheng Cheng Kung. Pada asalnya dikenali sebagai Cheng Sun, Cheng Cheng Kung berasal dari Fujian. Ayahnya, Cheng Chi Lung, telah menjadi penjelajah pada zaman awalnya. Cheng dilahirkan sebagai seorang jenius. Bukan sahaja dia rajin dalam penyelidikannya, tetapi dia juga mempunyai cita-cita yang besar untuk mencapai sesuatu yang hebat, iaitu, untuk menjadi orang yang berjaya dalam pekerjaan akademik dan sektor ketenteraan.

Guanziling Hot Spring - Guanziling adalah puncak Gunung Zhentou yang terletak di Bamdar Tainan. Gunung ini adalah penempatan bagi Puak Pingpu sehingga 1898 sehinggalah tentera Jepun menemui sebuah mata air panas dan kemudian mengembangkan kawasan tersebut. Guanziling Hot Spring terletak di sisi gunung bersama dengan sebilangan hotel, restoran dan kolam panas. Ia adalah kolam air panas terkenal di selatan Taiwan dengan air mata bewarna kelabu yang pahit yang gelap, yang muncul dari celah batu-batu. Guanziling terkenal dalam kalangan pelancong untuk kolam air panas di samping tarikan lain seperti Hongye Park, Kuil Daxian, Kuil Biyun, dan Kuil Xiangong.

Airline Partners

Domestic & International Airline Partners
We are partnering with various airlines across the globe to get you to wherever you need to be.

Payment Partners

We are partnering with the most reliable payment service providers to make sure every transaction is smooth and worry-free!

More Xperience in Lviv