All you need to know about status and policy of flights during Corona Virus Outbreak.

Promotions Partner with UsSavedMy Booking
SGD

Log in to your account

No account yet?
Register
Or log in with:

Verification Needed

We noticed that you are using a new device. As such, you need to verify your account. Please select the intended destination for your verification code:

1
2
  1. Home
  2. Flights
  3. Takengon

Cheap flights to Takengon (TXE)

Flights
Flight + Hotel
Airport Transfer

Tiket Pesawat Murah ke Takengon, Indonesia

Takengon adalah salah satu tempat di Indonesia yang boleh anda pertimbangkan untuk melawat dengan tujuan untuk menikmati keindahan alaminya. Berada di dataran tinggi 1,200 meter, pusat pentadbiran Wilayah Aceh Tengah ini telahpun terkenal dengan kopi dan tari tradisional Didong yang biasanya dipersembahkan dalam upacara menyambut para pengunjung dan pelancong. Nama bandar ini dikatakan diambil daripada perkataan Aceh "tikungan" yang bermaksud untuk membongkok. Ini kerana perjalanan ke bandar ini biasanya perlu dilakukan saecara berjalan kaki dengan sedikit ‘hiking’ dan ‘trekking’ melalui hutan berbukit, dengan itu akan menyebabkan anda "membengkokkan" kaki.


Lapangan Terbang di Takengon

Lapangan Terbang Rembele

Takengon kebanyakannya dilayani oleh Lapangan Terbang Rembele yang merupakan lapangan terbang utama di Wilayah Aceh Tengah, yang mana tempat-tempat lain seperti Simpang Tiga Redelong dan kawasan sekitarnya turut dilayani oleh lapangan terbang ini. Terletak 20 kilometer jauhnya dari pusat bandar, lapangan terbang ini dimiliki oleh Kerajaan Indonesia dan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan. Kebiasaannya, ia ditetapkan sebagai lapangan terbang domestik dengan destinasi hanya di sekitar Indonesia, terutamanya ke dan dari Medan melalui syarikat penerbangan Wings Air. Pada ketinggian 1,310 meter, lapangan terbang itu mempunyai landasan asfalt yang panjangnya 2,250 meter. Ia juga mempunyai sebuah terminal yang bersaiz 1,000 meter persegi, hasil kerja menaik taraf dari terminal sebelumnya yang hanya bersaiz 400 meter persegi. Tidak ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Takengon secara umum, oleh itu seseorang perlu mengambil penerbangan sama ada ke Jakarta atau Medan terlebih dahulu dan kemudiannya mengambil penerbangan tempatan menuju ke Takengon.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Takengon?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Takengon. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai penerbangan sekitar julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Takengon.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Takengon?

Secara ideal, Takengon sememangnya sesuai untuk dilawati sepanjang tahun, namun musim bukan puncak adalah pada bulan Februari yang merupakan bulan paling lembap di Takengon. Bagaimanapun, ini boleh menjadi suatu peluang yang baik, kerana seseorang boleh menjangkakan kos perjalanan akan diturunkan dengan ketara jika anda melakukan perjalanan pada bulan ini. Sebaliknya, masa puncak untuk melawat Takengon biasanya adalah sekitar bulan November hingga Januari, oleh itu anda boleh menjangkakan harga penginapan dan penerbangan akan meningkat pada masa ini. Jika anda mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda pasti dapat menjimatkan wang anda Jika anda merancang perjalanan anda dengan baik kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim puncak akan memerlukan anda berbelanja banyak wang.


Sama seperti bandar-bandar dan kawasan lain di sekitar Indonesia dan negara-negara jirannya, Takengon dikatakan mempunyai iklim hutan hujan tropika yang mana ini bermaksud musim kering yang lebih pendek dan hujan yang dijangka lebat sepanjang tahun. Suhu maksimum purata di Takengon adalah sekitar 32 dan 35 darjah Celsius manakala suhu minimum purata adalah sekitar 23.4 dan 24.4 darjah Celcius. Bulan-bulan paling panas biasanya sekitar April, Mei dan Jun.


Apabila berada di Takengon, anda pasti dapat mengambil bahagian dalam pelbagai acara dan perayaan tertentu seperti penduduk setempat. Takengon sebagai sebahagian dari Aceh sentiasa didiami oleh penduduk yang mengamalkan ajaran Islam untuk beberapa generasi lamanya. Oleh itu, perayaan utama Muslim seperti Hari Raya Aidilfitri akan disambut di sini setelah berpuasa selama satu bulan semasa bulan Ramadan mengikut kalendar Islam. Selain itu, mereka juga akan menyambut perayaan berkaitan agama Islam yang lain seperti Aidiladha, Muharam dan Maulid Nabi Muhammad.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Takengon?

Pusat Wilayah Aceh Tengah ini tentunya tidak mengecewakan dari segi tarikan pelancongannya yang unik dan tersendiri, meskipun sebagian besarnya adalah tarikan alam semulajadi.


Tanah Tinggi Gayo – Tanah Tinggi Gayo adalah kawasan tanah tinggi yang memanjang meliputi ketiga-tiga bandar Takengon, Blang Kejeren dan Simpang Tiga Redelong. Dengan taburan kawasan kira-kira 100,000 hektar, ia adalah tapak terbesar di Indonesia yang mempunyai ladang kopi Arabica dan dikatakan sebagai salah satu yang terbaik di dunia. Pemandangan dari sini juga tidak kurang menakjubkan! Pastinya tempat ini patut dikunjungi apabila anda berada di bandar Takengon.


Pantan Terong – Pantan Terong adalah sebuah bukit yang ditemui 1,350 meter di atas paras laut di puncak Tanah Tinggi Gayo. Walaupun kawasan Tanah Tinggi Gayo sudahpun menawarkan pemandangan yang menarik dari atas, puncak bukit ini membolehkan seseorang untuk melihat keseluruhan bandar Takengon serta Tasik Lut Tawar.


Gua Putri Pukes – Merupakan salah satu tarikan yang lebih terkenal di Takengon, Gua Putri Pukes boleh diakses kira-kira dalam 10 minit dari bandar. Di dalam gua ini, terdapat pelbagai patung unik dan formasi batu yang menarik untuk dilihat, beberapa dari formasi ini dikatakan daripiada legenda seorang puteri dengan nama Pukes.


Airline Partners

Domestic & International Airline Partners

We are partnering with various airlines across the globe to get you to wherever you need to be.

Payment Partners

We are partnering with the most reliable payment service providers to make sure every transaction is smooth and worry-free!
Getting To and From the Airport
Finding a ride to or from the airport in Takengon can be a challenge. Luckily, now you can book your airport transport in advance with the Traveloka app. Partnering only with trusted transportation providers, we ensure your airport trip to be worry-free. Take a look at our various transport options and find one that best suits your needs.

Need help?