1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9669 Hotel)
    >
  3. Melaka
    (608 Hotel)
    >
  4. Bandaraya Melaka
    (561 Hotel)
    >
  5. Pusat Bandar Mela...
    (389 Hotel)

Hotel Mewah di Jonker, Bandaraya Melaka

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 09 Mei 2024
Cari Hotel
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Jonker

Popular Landmark
Melaka River Cruise, Chinatown (Melaka)

Ulasan Tetamu dari Hotel di Jonker

8.7
Mengagumkan
5,025 ulasan dari hotel di Jonker dengan purata penarafan 8.7/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Jonker akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
PITRIANA D.
Ini adalah profil peribadi.
28 Feb 2023
Hotel bagus dan bersih serta dekat dengan bandar jadi senang nak kemana mana serta pelayanan juga baik dan ramah.
Zainal A. B. Z. A.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
12 Nov 2023
Bilik terbaik tapi parking susah dan breakfirst memang perlu diperbaiki
eyfineiffin e.
Ini adalah profil peribadi.
8 Apr 2018
Hotel bersih, kemas & dekat kawasan untuk berjalan-jalan, sesuai dengan harga, berhampiran river cruise, jonker walk.

Tentang

Jonker adalah nama yang diberikan kepada sebuah Chinatown yang terletak di negeri Melaka. Ia dinamakan sempena dengan nama jalan dimana ia terletak, Jalan Jonker. Jalan ini mempunyai nama yang sedikit berbeza dalam Bahasa Malaysia iaitu Jalan Hang Jebat. Ketika Melaka masih dijajajah oleh Belanda, pegawai-pegawai berpangkat tinggi mereka banyak yang tinggal di jalan ini. Selepas Belanda meninggalkan Melaka, orang-orang bangsawasan Peranakan yang kaya telah menetap dan membuka perniagaan mereka di sini. Sekarang, jalan ini telah dipenuhi dengan kedai-kedai, dan juga peninggalan sejarah dan budaya yang sangat mendalam. Jonker Walk terletak di pusat bandar Melaka, berhampiran Sungai Melaka dan Stadthuys. Ia telah menjadi salah satu tempat yang wajib dilawati apabila datang ke Melaka.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Memandu ke Melaka dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan perjalanan ini akan mengambil masa kira-kira satu jam empat puluh lima minit.

Menggunakan Bas

Beberapa syarikat bas menyediakan perkhidmatan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur, ke Melaka dan terdapat bas hampir setiap setengah jam. Harga tiket biasanya bermula sekitar RM 10 untuk satu perjalanan dan masa yang diambil sedikit lebih, iaitu sekitar dua jam.

Menggunakan Kereta Api

Pilihan pengangkutan terbaik jika anda mahu menikmati pemandangan di bahagian Timur Semenanjung Malaysia, dan mempunyai masa lebih.

Tarikan Pelancongan

Jonker Walk Night Market

Pasar malam adalah antara tarikan utama di seluruh Malaysia dan anda boleh jumpa hampir di setiap daerah di setiap negeri di Malaysia. Barangan basah, pelbagai jenis pilihan makanan yang lazat, pakaian dan perhiasan adalah antara barangan yang paling kerap anda temui di pasar malam, dan Pasar Malam Jonker Walk tidak jauh berbeza. Walau bagaimanapun, Pasar Malam Jonker Walk telah diakui sebagai sebuah pasar malam yang terbaik di negara ini. Ini adalah disebabkan oleh gerai-gerai yang tersusun begitu teratur, dengan pelbagai pilihan yang sangat banyak, dan suasana yang sangat menarik. Terdapat pelbagai gerai makanan untuk dipilih, barangan yang bermacam-macam jenis, dan juga disajikan dengan muzik secara dimainkan secara langsung di sepanjang pasar malam. Di sini, anda juga boleh menguji kemahiran anda dalam tawar-menawar dengan para penjual yang menjual cenderahati dan perhiasan. Pasar malam ini dibuka setiap Jumaat dan Sabtu malam, mengisi jalan dengan warna-warni kehidupan kota Melaka dengan atmosfera yang sepeeti berpesta. Selain dari gerai-gerai dari pasar malam, terdapat meja dan kerusi yang diletakkan di kaki lima dari restoran dan bar berdekatan, dan hal ini menawarkan lebih banyak lagi pilihan makanan kepada para pengunjung. Pasar malam bermula dari pukul enam petang dan berakhir hingga tengah malam.

Muzium Warisan Baba Nyonya

Hanya lima ratus meter jauhnya dari jalan Jonker, disini terletak sebuah muzium yang memaparkan koleksi indah sejarah Baba dan Nyonya, kaum Peranakan di Melaka. Muzium ini terletak dalam tiga buah rumah yang dibaik pulih dan disusun sehingga menyerupai kediaman Baba Nyonya abad ke-19. Rumah-rumah itu dibina pada tahun 1896, bersambung antara satu sama lain dengan sebuah tempat jalan kaki. Terdapat jubin-jubin yang dilukis tangan, pintu kayu jati yang dipenuhi dengan ukiran yang berciri-cirikan budaya Baba Nyonya. Muzium ini juga menyediakan lawatan dengan pemandu pelancong yang mempunyai pengetahuan luas tentang sejarah Baba Nyonya termasuklah cerita rakyat mereka. Lawatan itu akan mengambil masa sekitar empat puluh lima minit. Muzium ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dibuka semula pada jam dua hingga 4.30 petang.

Hotel

Casa del Rio Melaka

Sebuah hotel mewah di tengah-tengah Jonker Walk. Ia telah menerima ulasan hebat dari pelanggan sebelum ini, dengan menerima 9 daripada 10 bintang. Lokasi strategik, persekitaran yang menarik, perkhidmatan terbaik adalah antara tiga sebab teratas mengapa pelanggan mereka terus kembali. Dengan harga bilik yang bermula pada harga RM 743 untuk setiap bilik, setiap malam, pengunjung boleh mengharapkan untuk menerima layanan yang terbaik, dan itu adalah apa yang diberikan hotel ini. Lokasi hotel ini hanya beberapa ratus meter dari Melaka River Cruise, seratus meter dari Muzium Warisan Baba dan Nyonya dan tarikan-tarikan lain, semuanya dalam jarak berjalan kaki.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved