Dikenali sebagai pasar malam yang terbaik di negara ini, pasar malam Jonker Street hidup dengan penuh warna di lorong-lorong yang meriah. Terdapat pelbagai kemudahan yang ada di sini seperti gerai menjual pelbagai barangan dengan semua penjaja yang sopan dan ramah serta suasana yang dipenuhi dengan muzik secara langsung di setiap penjuru kawasan. Pasar malam ini berlangsung pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dari 6 petang sehingga lewat malam. Terletak di jalan utama di Chinatown, tempat ini kaya dengan warna-warni sejarah pelbagai budaya masyarakat di Malaysia. Pernah terkenal dengan kedai-kedai antik, tempat ini pada hari ini telah bertukar kepada hab kedai pakaian dan kraf serta restoran-restoran dan kafe hipster. Anda boleh tawar-menawar untuk harga terendah di hampir setiap gerai di sini. Biasanya pengunjung mengunjungi tempat ini untuk merasai pengalaman membeli-belah yang hebat.
Untuk ke sana, terlebih dahulu anda mesti mencapai tiba di Melaka yang terletak di bahagian selatan Malaysia. Berikut adalah beberapa pilihan:
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan lapangan terbang yang paling hampir dengan Melaka dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit pemanduan ke dan dari sana. Dari sini, ambil bas ekspres yang terus ke Melaka Sentral. Perjalanan dengan bas dianggarkan 2 jam dengan kadar tambang sebanyak RM24. Kemudian, ambil teksi untuk menuju terus ke Jonker Street.
Ambil bas ekspres di TBS (Terminal Bas Bersepadu) yang akan membawa anda terus ke Melaka Sentral. Tambang bas adalah sekitar RM10 hingga RM15. Perjalanan biasanya mengambil masa lebih kurang 3 jam. Terminal Bas Melaka Sentral terletak di tengah-tengah pusat bandar. Bas ekspres, domestik serta teksi berkumpul di terminal ini untuk kemudahan penumpang di seluruh Melaka. Dari sini, anda hanya perlu mengambil teksi terus ke destinasi.
Mod paling mudah adalah dengan memandu kereta melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Ambil susur keluar dari lebuh raya di susur Ayer Keroh. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dan 30 minit dari bandar Kuala Lumpur.
Dutch Square Melaka adalah vanue yang paling indah di Jalan Kota di mana pelawat boleh menaiki beca untuk bersiar-siar di sekitar bandar. Dibina pada tahun 1904 untuk memperingati Jubli Intan Ratu Victoria, terdapat sebuah air pancut yang menakjubkan yang merupakan tumpuan kawasan itu. Dikenali sebagai tempat tarikan pelancong yang paling dikunjungi di bandar bersejarah ini, ia memaparkan sejarah Melaka semasa zaman Kesultanan Melayu, Portugis, penjajahan Belanda dan British sejak tahun 1982 dan hari ini, bangunan ini berfungsi sebagai sebuah muzium sejarah.
Menara Taming Sari menawarkan pemandangan yang menakjubkan Bandaraya Warisan Dunia UNESCO ini dan banyak tempat-tempat menarik di sekitarnya seperti Bukit St. Paul, Bangunan Memorial Kemerdekaan, Muzium Samudera dan kapal, Flor De La Mar, Dataran Pahlawan, Masjid Pulau Selat, Pulau Besar dan Selat Melaka. Dibuka kepada orang ramai setiap hari dari 10 pagi hingga 11 malam, terdapat lif yang akan membawa pelawat ke puncak menara, pada ketinggian lebih dari 70 meter dari tanah. Sangat sesuai untuk setiap lapisan umur, kunjungan ke menara ini menjanjikan pelbagai pengetahuan yang berfaedah di samping keseronokan yang tidak dapat dilupakan.
Menawarkan pelbagai kemudahan dan hiburan yang menakjubkan seperti kedai-kedai di mana keseronakan menajadi tema utama, terdapat restoran, disko, taman minuman keras, gedung membeli-belah, pusat permainan, pusat bowling, taman tema kanak-kanak dan pesta ria di sini. Dibuka setiap hari dari pukul 6:00 petang sehingga tengah malam, Cowboy Town A Famosa akan memukau pengunjung dengan keunikan binaan desa, barangan antik, koboi dan cowgirls, Red Indian, lagu-lagu klasik dan rancangan aksi. Persembahan daripada koboi & Red Indian pasti akan memberikan anda kegembiraan yang tiada tandingan. Tempat ini adalah semestinya merupakan destinasi yang sempurna untuk setiap ahli keluarga!