Total Accommodation | 10 Properties |
Popular Area | Samarahan, Lundu |
Popular Hotel | Hilton Kuching, Puteri Wing, Riverside Majestic Hotel |
Popular Landmark | Kuching Waterfront , Sarawak Cultural Village |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Hilton Kuching, Puteri Wing, Riverside Majestic Hotel, Astana Wing, Riverside Majestic Hotel, Grand Margherita Hotel, The Ranee Boutique Suites, Tune Hotel - Waterfront Kuching, Imperial Riverbank Hotel Kuching, Harbour View Hotel Kuching, ABELL HOTEL, The Marian Boutique Lodging House.
Buat masa ini, terdapat sekitar 10 hotel yang boleh anda tempah di Fort Margherita
Dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Rajah Sarawak yang kedua, Fort Margherita adalah satu mercu tanda penting dalam sejarah Sarawak bermula daripada Dinasti Brooke. Ia dinamakan Margherita sempena Renee Margaret, isteri kepada Sir Charles Brooke. Pada zaman dahulu, kota ini telah dibina untuk menjaga dan melindungi ibu negeri ini daripada pencerobohan yang bermula dari sungai. Reka bentuk kubu ini adalah berdasarkan seni bina kubu pada zaman Renaissance Inggeris.
Apabila memasuki kawasan kubu, pengunjung mungkin akan diminta untuk menunjukkan beberapa dokumen pengenalan kerana ia terletak di dalam kawasan berek latihan polis. Terdapat Galeri Brooke di sini yang menempatkan dokumen sejarah, artifak dan seni dari era Rajah Putih. Dibuka secara rasmi pada tahun 2016, galeri ini merupakan projek bersama Jabatan Muzium Sarawak, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Encik Jason Brooke, cucu kepada Rajah Muda terakhir dan Pengarah The Brooke Trust.
Dibuka setiap hari dari pagi hingga petang, untuk ke Fort Margherita, anda boleh mengambil teksi air Penambang dari jeti-jeti Waterfront di tebing selatan.
Kucing Waterfront ialah persiaran berlandskap yang indah di sepanjang Sungai Sarawak dengan bermacam-macam kedai makan dan tempat hiburan. Persiaran ini menawarkan pemandangan indah Sungai Sarawak dengan latar belakang Astana, Fort Margherita dan kampung-kampung Melayu. Pengunjung ke sini untuk bertemu dan bersantai bersama rakan-rakan, menonton persembahan, atau hanya menghirup udara segar. Ia telah melalui fasa pemulihan. Antara beberapa penambahan moden yang dilakukan di persiaran ini termasuk pavilion Cina yang ditambah baik, air pancut berirama serta beberapa ukiran moden.
Ditubuhkan pada tahun 1888 dan dibuka pada tahun 1891, Muzium Negeri Sarawak merupakan muzium yang tertua di Borneo. Bangunan bersejarah ini digunakan sebagai pusat untuk memaparkan koleksi sejarah asli Sarawak. Terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, tingkat bawah muzium ini menempatkan koleksi sejarah semulajadi dan spesimen fauna Sarawak manakala tingkat pertama memaparkan artifak etnografi, alat muzik, kraftangan dan alatan yang digunakan setiap hari. Terdapat pameran Shell yang menceritakan industri petroleum di Sarawak di sayap barat muzium.
Meliputi kawasan seluas 1,035 meter persegi, muzium kucing pertama di dunia ini ditempatkan di bangunan Dewan Bandaraya dan terdiri daripada empat galeri. Muzium kucing ini telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Ia diisi dengan lebih daripada 4000 koleksi bersejarah termasuk artikel, lukisan, poster, mainan dan patung yang berkaitan dengan kucing. Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang, tidak ada bayaran masuk yang dikenakan untuk pelawat.
Hotel 3 bintang ini terletak dalam jarak berjalan kaki dari Fort Margherita dan berada di lokasi strategik dan ikonik Kuching Waterfront. Ia menyediakan 109 buah bilik yang lengkap, walaupun untuk tetamu yang cerewet. Bilik-bilik di hotel ini direka dengan teliti, praktikal dan selesa bagi membuatkan anda berada seperti di rumah. Dikelilingi oleh bangunan-bangunan bersejarah yang dibina sejak dinasti Brooke, anda juga akan dapat melihat banyak kedai-kedai menjual cenderamata dan kraftangan. Terdapat Riverbank Cafe yang menyajikan sarapan setiap hari dan menawarkan pilihan menarik menu ala carte. Kafe ini dibuka dari pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Menghadap ke Sungai Sarawak, hotel ini merupakan tempat yang sesuai untuk mesyuarat perniagaan dan percutian santai. Riverside Majestic Hotel terletak di lokasi strategik di nadi daerah perniagaan, hiburan, makan dan membeli-belah bandaraya Kuching. Menampilkan 241 buah bilik dan suite yang luas dan dengan hiasan kontemporari serta dilengkapi dengan kemudahan penting bagi membuatkan anda berasa selesa, seperti di rumah. Juga, terdapat pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan di kafe Majestic, River Palace Restaurant & Coca Thai Restaurant. Anda boleh menikmati fasiliti-fasiliti lain seperti kolam renang terbuka yang menakjubkan, gelanggang tenis dan skuash, bilik senaman kardio dan perkhidmatan ulang-alik percuma ke Damai dan Santubong.