Inginkan percutian bajet? Kini, anda boleh menempah tiket penerbangan dan hotel bersama pada harga yang lebih murah. Dengan satu pakej, anda boleh merancang percutian dalam satu pembelian. Pilih dan suaikan pelbagai pakej lawatan daripada koleksi yang kami tawarkan untuk mendapatkan kombinasi yang sesuai mengikut impian anda.
Singapura atau pun dikenali juga sebagai Republik Singapura merupakan sebuah negara pulau yang terletak di hujung Selatan Semenanjung Melayu. Ia terletak 137 km di Utara garisan Khatulistiwa di Asia Tenggara. Singapura ini terpisah dari Malaysia oleh Selat Johor di Utara, Kepulauan Riau Indonesia oleh Selat Singapura di Selatan. Singapura merupakan pusat kewangan keempat terunggul dan merupakan sebuah bandar raya metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura merupakan salah satu pelabuhan yang tersibuk di dunia.
Singapura mempunyai hamper 5 juta penduduk yang berbilang kaum dan budaya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, orang Asia lain dan bangsa Caucasus. 42% penduduk Singapura terdiri daripada orang asing yang bekerja atau belajar di sini. 50% pekerjaan perkhidmatan diisi oleh pekerja asing. Singapura merupakan negara yang kedua paling padat dengan penduduk selepas Monaco. Sebelum Singapura mencapai kemerdekaan pada tahun 1965, Singapura sudah menjadi salah satu pelabuhan yang pesat membangun dengan KDNK per kapita sebanyak $511 dan merupakan ketiga yang tertinggi di Asia Timur pada ketika itu. Selepas kemerdekaannya, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Dr. Goh Keng Swee membentuk sebuah ekonomi baru dengan menggalakkan pelaburan asing dan dorongan kerajaan ke arah pengindustrian.
Unit Perisikan Ekonomi melabelkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup yang terbaik di Asia dan merupakan yang kesebelas terbaik di seluruh dunia di dalam senarai “Indeks Kualiti Hidup”. Selain daripada itu, Singapura juga memilik rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia. Negara ini juga dilengkapi dengan angkatan tentera yang canggih dan teknologi yang lengkap.
Nama Singapura ini berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu simphapura yang bermaksud Kota Singa. Oleh sebab itu, Singapura juga diberi nama timangan sebagai Kota Singa.
Singapura merupakan hab penerbangan yang utama untuk rantau Asia Tenggara dan merupakan tempat perhentian di antara Australasia dan Eropah. Lapangan terbang yang terdapat di sini ialah Lapangan Terbang Changi, Singapura. Ia mempunyai rangkaian sebanyak 80 sistem penerbangan yang menghubungkan Singapura dengan 200 bandar lain di 68 negara. Lapangan Terbang Changi ini dinilai sebagai salah sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terbaik di dunia oleh majalah pelancongan antarabangsa. Bukan itu sahaja, Lapangan Terbang Changi juga dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik buat julung kalinya pada tahun 2006 oleh Skytrax. Lapangan Terbang Changi ini kini mempunyai 3 buah terminal penumpang dan 1 terminal untuk penerbangan bajet seperti Tiger Airways dan Cebu Pacific. Sistem penerbangan rasmi negara ini adalah Singapore Airlines (SIA). Lapangan Terbang Changi ini diswastakan pada tahun 2009 dan kini ia merupakan milik mutlak Changi Airport Group.
Singapura mempunyai hab pengangkutan yang luas dan canggih. Oleh itu, mudah untuk anda datang ke Singapura dan bergerak di dalam negara ini. Untuk datang ke Singapura, anda boleh mengambil penerbangan ke Lapangan Terbang Changi. Jika anda mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Singapura. Perjalanan akan mengambil masa selama 1 jam. Apabila anda sudah tiba di Lapangan Terbang Changi, anda boleh mengambil beberapa alternatif untuk pergi ke pusat bandar seperti City Hall. Anda boleh mengambil bas, teksi, ataupun kereta api.
Perhentian bas terletak di terminal bas di Terminal 1, 2 dan 3. Untuk Terminal 4, perhentian bas terletak di sebelah Parkir Kereta 4B untuk perkhidmatan bas bernombor 24, 34, 36 dan 110. Manakala untuk perkhidmatan bas bernombor 27, 53 dan 858, ia terletak berhampiran SATS Inflight Catering Centre 1. Anda dinasihatkan untuk menyediakan tambang yang tepat kerana tiada baki akan disediakan. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan kad EZ-Link untuk menaiki bas. Sekiranya anda ingin menggunakan bas untuk ke City Hall, anda boleh mengambil bas di terminal penumpang Lapangan Terbang Changi yang bernombor 36. Bas ini mempunyai 21 perhentian di antaranya. Anda boleh mengambil bas bernombor 36 ini dan turun di Stesen Capitol Building. Selepas tiba di Stesen Capitol Building, anda hanya perlu berjalan kaki selama 1 minit untuk ke City Hall. Dari situ, anda boleh menikmati keindahan tempat di sana.
Sekiranya anda ingin menaiki teksi, anda boleh mengambil teksi di aras ketibaan di setiap terminal di Lapangan Terbang Changi ini. Perjalanan ke bandar akan mengambil masa kira-kira 30 minit dan tambang teksi adalah di antara $20 dan $40. Tambang teksi di Singapura ini adalah tambang yang menggunakan meter dan terdapat surcaj tambahan lapangan terbang untuk semua perjalanan dari Lapangan Terbang Changi. Padah hari Jumaat hingga Ahad pada pukul 5 petang sehingga tengah malam, surcaj sebanyak $5 akan dikenakan kepada penumpang. Manakala, surcaj sebanyak $3 akan dikenakan pada masa-masa yang lain.
Jika anda ingin menggunakan kereta api untuk pusat bandar, stesen kereta api boleh diakses dengan berjalan kaki dari Terminal 2 dan Terminal 3. Untuk penumpang di Terminal 4, anda boleh mengambil bas ulang-alik yang disediakan secara percuma yang beroperasi selama 24 jam untuk ke Terminal 2. Dari lapangan terbang ke pusat bandar, anda perlu mengambil kereta api dari lapangan terbang dan menukar kereta api di Stesen Tanah Merah. Kereta api pertama ke Stesen Tanah Merah berlepas dari Stesen Lapangan Terbang Changi adalah pada jam 5.31 pagi pada hari Isnin hingga Sabtu manakala jam 5.59 pagi pada hari Ahad dan hari cuti umum. Kereta api terakhir untuk ke Stesen Tanah Merah yang menghubungkan bandar dan Stesen Lapangan Terbang Changi adalah pada pukul 11.18 malam. Manakala bagi anda yang ingin membuat perjalanan dari pusat bandar ke Lapangan Terbang Changi dengan menggunakan kereta api, kereta api pertama dari Stesen Tanah Merah berlepas ke Stesen Lapangan Terbang Changi adalah pada pukul 5.20 pagi pada hari Isnin hingga Sabtu manakala 5.47 pagi pada hari Ahad dan cuti umum. Perkhidmatan terakhir kereta api dari Stesen Tanah Merah ke Stesen Lapangan Terbang Changi adalah pada pukul 11.50 malam.
Singapura merupakan salah satu destinasi yang popular dalam kalangan pelancong. Pelancong sering berkunjung ke Singapura kerana Singapura mempunyai pelbagai variasi budaya. Bukan itu sahaja, Singapura juga mempunyai banyak tempat yang cantik dan mempunyai banyak pencakar langit yang menghiasi negara itu. Singapura juga mempunyai dua tempat kasino di Marina South dan Sentosa. Ia merupakan salah satu tarikan bagi pelancong asing.
Pulau Sentosa
Pulau Sentosa, dahulunya dikenali sebagai Pulau Blakang Mati. Ia merupakan pulau peranginan di Singapura. Dahulunya, Pulau Sentosa ini menjadi kem askar dan tempat tahan banduan oleh askar Jepun. Kemudiannya, pulau itu dinamakan sebagai Sentosa dan dibangunkan menjadi salah satu tempat tarikan pelancong pada tahun 1972. Kini, Sentosa menjadi tempat peranginan terkenal di Singapura yang menerima lebih daripada 20 juta pelancong setiap tahun. Terdapat pelbagai tarikan yang ada di Sentosa ini dan sesuai untuk seisi keluarga. Terdapat 14 hotel di Sentosa ini dan salah satunya adalah Resorts World Sentosa yang mempunyai taman tema Universal Studios Singapore.
Gardens by The Bay
Gardens by The Bay adalah taman semula jadi yang merangkumi 101 hektar tanah di Wilayah Tengah Singapura. Taman ini terdiri daripada tiga taman iaitu Bay South Garden di Marina Selatan, Bay East Garden di Marina Timur, Bay Central Garden di pusat bandar dan Kallang. Taman yang terbesar adalah di Bay South Garden iaitu sekitar 54 hektar. Gardens by The Bay adalah sebahagian daripada strategi oleh Kerajaan Singapura untuk mengubah Singapura menjadi bandar di dalam taman. Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dengan memperbanyakkan hidupan hijau dan flora di bandar itu. Anda boleh berkunjung ke sini bersama yang tersayang untuk berbulan madu atau pun bersama keluarga.
Merlion Park
Merlion Park adalah mercu tanda Singapura dan tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Singapura. Ia terletak di One Fullerton, Singapura, berhampiran Central Business District (CBD). Merlion adalah makhluk mitos dengan kepala singa dan badan ikan yang digunakan secara meluas sebagai maskot dan pengenalan bangsa Singapura. Dua patung Merlion terletak di taman ini. Struktur Merlion asalnya berukuran 8.6 meter dan memancutkan air dari mulutnya. Ia kemudiannya disertai oleh anak Merlion, yang terletak berhampiran dengan patung asal dan berukuran hanya 2 meter.
Singapura mempunyai pelbagai masakan yang anda patut cuba semasa melancong ke sini. Singapura mempunyai variasi masakan kerana negara itu mempunyai berbilang kaum dan tradisi.
Nasi Lemak
Nasi Lemak merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu yang terkenal di Singapura. Bukan itu sahaja, Nasi Lemak juga terkenal di Malaysia. Aromanya yang wangi dan sangat menyelerakan pastinya tidak akan dapat anda elakkan. Nasi Lemak ini dihidangkan bersama sambal, ikan bilis dan kacang. Nasi Lemak kadangkala didatangkan dengan telur atau pun ayam. Anda perlu mencuba Nasi Lemak di Singapura dan pastinya ia akan berbeza dari tempat yang lain.
Sate
Sate merupakan salah satu makanan yang terkenal juga di Singapura. Sate terdiri daripada beberapa jenis seperti sate ayam, lembu, kambing dan sebagainya. Sate ini dibuat menggunakan isi-isi seperti ayam lalu dipanggang. Satu set makanan sate ini selalunya terdapat bawang, timun dan juga nasi impit. Tidak dilupakan juga, sate ini sering dimakan bersama kuah kacang yang sangat enak.
LEGOLAND Malaysia
Oleh kerana Singapura terletak betul-betul disebelah Malaysia, amat mudah bagi pelancong untuk berkunjung ke Singapura mahupun Malaysia. Untuk percutian hujung minggu, anda boleh berkunjung ke LEGOLAND Malaysia. Taman Tema LEGOLAND ini merupakan satu-satunya yang terdapat di Asia Tenggara. Oleh itu, anda boleh berkunjung ke taman tema ini bersama keluarga pada hujung minggu. LEGOLAND Malaysia ini hanya terletak hanya 1 jam dan 20 minit dari bandar Singapura.
Austin Heights Water & Adventure Park
Austin Heights Water & Adventure Park ini terletak di Taman Austin, Johor Bahru, Malaysia. Taman tema air ini merupakan salah satu taman tema air yang terkenal di Johor Bahru. Anda boleh mengisi masa hujung minggu anda dengan berkunjung ke sini. Perjalanan dari pusat bandar Singapura ke taman tema air ini hanya mengambil masa selama 1 jam dan 25 minit sahaja. Anda boleh berkunjung ke sini untuk menikmati hujung minggu yang menarik.
Dengan pakej tiket penerbangan dan hotel yang tersedia di Traveloka Malaysia, anda boleh mengunjungi Singapura dengan lebih mudah dan murah. Pilih pelbagai pakej pelancongan yang kami tawarkan dan ubah suai pakej-pakej tersebut seperti yang anda mahukan untuk mendapatkan kombinasi yang paling sesuai.
Idea Rancangan Hari 1
Idea Rancangan Hari 2
Idea Rancangan Hari 3