Penerbangan murah ke Warsaw (WAW)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Warsaw (WAW)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Milan (BGY) → Warsaw (WAW)
Wizz Air
Sabtu, 22 Jun 2024
RM 161.44
Nice (NCE) → Warsaw (WAW)
KLM
Selasa, 18 Jun 2024
RM 540.25
Frankfurt (FRA) → Warsaw (WAW)
Lufthansa
Sabtu, 15 Jun 2024
RM 637.37
London (LHR) → Warsaw (WAW)
British Airways
Isnin, 17 Jun 2024
RM 679.34
Trondheim (TRD) → Warsaw (WAW)
Scandinavian Airlines
Isnin, 24 Jun 2024
RM 689.45
Zurich (ZRH) → Warsaw (WAW)
Swiss International Air Lines
Isnin, 24 Jun 2024
RM 763.56
Paris (CDG) → Warsaw (WAW)
Air France
Ahad, 30 Jun 2024
RM 785.44
Helsinki (HEL) → Warsaw (WAW)
Air Baltic
Rabu, 19 Jun 2024
RM 852.74
Paris (CDG) → Warsaw (WAW)
Penerbangan
Sabtu, 15 Jun 2024
RM 894.40
Athens (ATH) → Warsaw (WAW)
Turkish Airlines
Ahad, 16 Jun 2024
RM 917.37

Tiket Pesawat Murah ke Warsaw, Poland

Warsaw merupakan sebuah ibu kota kepada sebuah negara, Poland. Ia merupakan bandar terbesar di Poland dengan keluasan 6,100.43 kilometer persegi beserta kepadatan penduduk sebanyak 3.1 juta orang. Dengan jumlah penduduk seramai ini, ia menjadikan Warsaw sebagai ibu kota yang ke-8 paling padat penduduk di seluruh Eropah. Warsaw adalah sebuah bandar global alfa iaitu bandar yang menjadi pusat utama dalam rangkaian ekonomi global. Selain itu, Warsaw turut terkenal dengan pusat pelancongan bertaraf dunia, pusat budaya dan politik. Mengimbas kembali sejarah kota metropolitan ini, ia turut menjadi salah satu kota paling indah di dunia sehingga Perang Dunia II. Dianggarkan 85 peratus daripada ibu kota ini musnah akibat peperangan. Sungguhpun begitu, ibu kota ini cepat membangun semula sehingga ia digelar ‘Phoenix City’. Terletak di Sungai Vistula di timur tengah Poland, bandar Warsaw terlihat sangat indah dengan bangunan-bangun tinggi, pohon-pohon hijau dan kemesraan penduduk-penduduknya. Justeru, Warsaw adalah sebuah kota metropolitan yang mesti dikunjungi.

Lapangan Terbang di Warsaw

1. Lapangan Terbang Warsaw Chopin

Lapangan Terbang ini lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Chopin atau Lapangan Terbang Warsaw-Chopin, adalah lapangan terbang antarabangsa yang terletak di daerah Włochy di Warsaw, Poland. Ia merupakan lapangan terbang terbesar di Poland dengan keluasan meliputi 834 hektar tanah. Bukan itu sahaja, ia merupakan lapangan terbang tersibuk di Poland. Lapangan Terbang Warsaw Chopin ini mengendalikan kira-kira 300 penerbangan berjadual setiap hari dan bilangan ini semakin meningkat hari demi hari.

2. Lapangan Terbang Warsaw-Modlin Mazovia

Lapangan Terbang Warsaw Modlin adalah sebuah lapangan terbang, yang dahulunya sebuah lapangan terbang tentera. Ia kemudian dibuka untuk kegunaan penerbangan umum pada Julai 2012. Ia terletak 40 kilometer di utara pusat bandar Warsaw di Nowy Dwór Mazowiecki. Ia mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 2 sehingga 2.3 juta penumpang setahun. Lapangan terbang ini lebih digunakan oleh syarikat penerbangan tambang rendah yang mengoperasikan penerbangan di dalam negara sahaja.

3. Lapangan Terbang Warsaw Babice

Warsaw-Babice adalah sebuah lapangan terbang di Warsaw yang terletak di daerah perumahan Bemowo, berdekatan daerah Bielany. Lapangan terbang ini ditadbir oleh Pusat Logistik "Warsaw-Babice" dan organisasi yang berpusat di sana termasuklah; Warsaw Aero Club dan Polish Air Rescue. Ia telah digunakan untuk pelbagai acara, menyambut kedatangan selebriti serta penerbangan kapal terbang peribadi.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Warsaw?

Terbang ke Warsaw, Poland dengan penerbangan yang selesa dan tiketnya berpatutan dengan carian dari aplikasi atau website Traveloka.com. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan Traveloka akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut tentatif masa anda. Ia turut membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik untuk ke Warsaw, Poland.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Warsaw?

Poland adalah negara yang dipengaruhi oleh iklim 4 musim. Bulan September ke November merupakan musim luruh, bulan Disember sehingga February merupakan musim sejuk di mana selalu ditimpa hujan. Manakala, bulan Mac sehingga Mei adalah musim bunga dan bulan Jun sehingga Ogos adalah musim panas.

Masa terbaik untuk melawat Warsaw adalah antara Jun sehingga Ogos. Hal ini adalah kerana bulan-bulan ini merupakan bulan musim panas sejurus menjadi musim kemuncak bagi aktiviti pelancongan di Warsaw. Pada bulan-bulan ini, bandar Warsaw akan dipenuhi pelancong-pelancong tempatan mahupun asing. Di pusat pelancongan, akan ditawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menghiburkan untuk pelancong-pelancong nikmati.

Jika anda melawat Warsaw pada bulan Jun, anda berpeluang untuk melihat bagaimana penduduk tempatan menyambut ‘Midsummer's Eve’. Sebuah ekspo Midsummer disediakan, lengkap dengan minuman dan makanan. Terdapat pertandingan pakaian musim panas serta pesta tarian. Semasa perayaan ini kanak-kanak perempuan dan beberapa kanak-kanak lelaki memakai bunga kalung bunga di kepala mereka, manakala bunga besar dilepaskan di Sungai Vistula. Sebelah malam pula dimeriahkan lagi dengan pertunjukan bunga api serta konsert yang sering memaparkan artis dan band terkenal.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Warsaw?

Terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, terdapat banyak pusat pelancongan yang boleh dikunjungi yang pasti akan membuat pelancong berpuas hati. Antaranya adalah;

1. Warsaw Old Town - Bandar Lama Warsaw adalah bahagian tertua di bandar Warsaw. Ia dibatasi oleh Wybrzeże Gdańskie, bersama dengan tebing sungai Vistula, Grodzka, Mostowa dan Podwale Streets. Ia adalah salah satu tarikan pelancong yang paling menonjol di Warsaw. Di tengah-tengah kawasan itu terdapat sebuah Pasar Lama, kaya dengan restoran, kafe dan kedai-kedai. Jalan-jalan sekitarnya menawarkan senibina zaman terdahulu seperti dinding bandar yang antik, Barbican dan St. John's Cathedral. Bandar Lama Warsaw ini telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site.

2. Lazienki Park - Lazienki Park merupakan taman terbesar di Warsaw, Poland, dengan keluasan seluas 76 hektar yang terletak di pusat bandaraya. Ia turut dikenali sebagai ‘Royal Baths Park’ oleh kerana kedudukannya yang berdekatan istana. Kawasan taman-dan-istana ini terletak di Ujazdów Avenue, yang merupakan sebahagian daripada ‘Jalan Diraja’ menghubungkan Istana Kerajaan dengan Istana Wilanów di selatan.

3. Palace of Culture and Science - ‘Palace of Culture and Science’ ini adalah sebuah bangunan tinggi yang cukup popular di Warsaw, Poland. Ia dibina pada tahun 1955 dan kini berfungsi sebagai pusat pameran dan kompleks pejabat. Istana ini mengandungi pawagam multiplex dengan lapan skrin, empat teater, dua muzium, pejabat, kedai buku, kolam renang besar, sebuah auditorium dewan untuk 3,000 orang yang dipanggil Dewan Kongres, dan universiti. Yang paling popular adalah di tingkat 30, di mana menjadi pusat tarikan pelancongan yang terkenal dengan pemandangan panorama bandar.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved