Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
20 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
Sebagai pemenang anugerah World’s Best Regional Airline 2016 dan Best Regional Airline In Asia 2016 oleh Skytrax, Bangkok Airways dianggap sebagai sebuah syarikat penerbangan serantau Thailand yang terbaik. Sistem penerbangan ini beroperasi di kebanyakan negara di Asia Tenggara dan beberapa negara Asia yang popular seperti India dan Maldives. Bangkok Airways menawarkan perkhidmatan penerbangan berkualiti tinggi yang merangkumi program FlyerBonus untuk ahli penumpang kerap.
Walaupun tambang tiketnya murah, Kelas Ekonomi Bangkok Airways tetap menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada penumpang. Ini termasuk tempat duduk yang luas dan selesa. Penumpang dewasa dan kanak-kanak akan diberikan peruntukan bagasi sehingga 20 kg, manakala penumpang bayi sebanyak 10 kg.
Dalam setiap penerbangan Bangkok Airways, makanan dihidangkan tanpa sebarang caj tambahan atau fi tersembunyi. Makanan yang disediakan berbeza mengikut jadual penerbangan. Variasinya meliputi sandwic sarapan pagi, wraps, mi dan makanan yang berprotein tinggi. Penumpang juga boleh menghubungi pusat panggilan penerbangan 24 jam sebelum waktu pelepasan untuk membuat pesanan khas seperti makanan vegetarian dan bebas gluten.
Bangkok Airways turut menawarkan Kelas Perniagaan kepada penumpang yang menginginkan kemudahan tambahan semasa penerbangan. Tempat duduk tengah di barisan pertama sehingga barisan ketiga akan dikosongkan sebagai ruang tambahan untuk menempatkan meja dan tempat merehatkan tangan kepada penumpang. Kelas Perniagaan menawarkan jarak tempat duduk 31 inci dengan kelebaran 19.83 inci. Para penumpang juga akan mendapat peruntukan bagasi sehingga 30 kg.
Bangkok Airways menyediakan pelbagai hidangan yang boleh dipilih oleh penumpang Kelas Perniagaan. Menu ini disediakan khas oleh Chef McDang yang merupakan chef Thailand terkenal dalam menyediakan hidangan Asia. Menu istimewa ini boleh dipesan semasa membuat tempahan sehingga 24 jam sebelum waktu pelepasan dengan menghubungi pusat panggilan Bangkok Airways.
Bangkok Airways menawarkan FlyerBonus, sebuah program penumpang kerap yang memberikan promosi istimewa kepada penumpang dan membolehkan mereka mengumpul mata ganjaran daripada aktiviti-aktiviti anjuran FlyerBonus, yang kemudian boleh ditebus menjadi tempahan penerbangan dan hotel penginapan. Penumpang akan mendapat status keahlian secara automatik sejurus selepas pendaftaran dan layak untuk peruntukan bagasi tambahan sehingga 10 kg. Mereka juga boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran serta menerima kemas kini mengenai program, acara dan promosi. Untuk menjadi ahli, penumpang hanya perlu mendaftar secara dalam talian di laman web rasmi https://www.bangkokair.com/flyerbonus dengan melengkapkan borang yang disediakan tanpa sebarang caj tambahan atau fi tersembunyi.
Setiap penumpang Bangkok Airways mempunyai akses untuk menikmati ruang istirahat yang terletak di kebanyakan lapangan terbang dari Bangkok ke Dhaka. Di sana, penumpang boleh menikmati snek percuma berserta variasi makanan dan minuman ringan, akses WiFi, komputer, majalah dan surat khabar sementara menunggu penerbangan seterusnya.
Bangkok Airways turut menawarkan Kelab Blue Ribbon, iaitu satu perkhidmatan premium yang berfungsi memberikan penumpang layanan berkualiti tinggi dalam setiap aspek penerbangan. Daripada proses daftar masuk eksklusif di kaunter pendaftaran dan proses imigresen yang mudah hingga penggunaan ruang istirahat Kelab Blue Ribbon, pembahagian tempat duduk penerbangan Kelab Blue Ribbon, menu makanan Kelab Blue Ribbon berserta wain dan champagne percuma serta mata tambahan untuk ahli program penumpang kerap, FlyerBonus.
Tidak Tersedia
Tidak Tersedia
Tidak Tersedia
Tidak Tersedia
Tidak Tersedia
Tidak Tersedia
Tidak Tersedia
Tidak Tersedia
Tidak Tersedia
Warna biru langit mendominasi pakaian seragam pramugara/pramugari Bangkok Airways. Direka oleh pereka fesyen Thailand yang terkenal, Polpat Asavaprapha, kombinasi kemeja putih berserta skirt biru yang dihiasi dengan logo syarikat menggambarkan elemen langit dan awan di udara. Pakaian seragam ini diperbuat daripada kain sutera poli kerana kelembutan dan keselesaannya. Sebelum ini, majalah Conde Nast Traveler, dalam artikelnya yang berjudul “7 Flight Attendant Uniforms that Make Fashion Statements” telah mengklasifikasikan pakaian seragam pramugara/pramugari Bangkok Airways sebagai salah satu pakaian seragam penerbangan luar biasa di dunia. Ini menekankan slogan syarikat penerbangan ini, “Asia’s Boutique Airline”.
Kelas Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Semua Laluan | Kelas Ekonomi | Maks. 5 kg (Dimensi: 50 x 36 x 23 cm) | Maks. 20 kg |
Kelas Perniagaan | Maks. 30 kg |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan Bangkok Airways boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan Bangkok Airways. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Domestik | 1 jam 30 minit sebelum berlepas | 40 minit sebelum berlepas |
Antarabangsa | 2 jam sebelum berlepas | 50 minit sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan Bangkok Airways. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik Bangkok Airways untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula Bangkok Airways untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi Bangkok Airways secara terus.
Bangkok Airways (IATA code: PG) ditubuhkan pada tahun 1968 di bawah nama Sahakol Air sebelum menukar jenamanya pada tahun 1986. Syarikat penerbangan ini merupakan syarikat penerbangan pertama milikan Thailand. Bangkok Airways berpusat di Bangkok, Thailand bersama-sama 35 kumpulan pesawat yang menyediakan 12 penerbangan domestik dan 15 penerbangan antarabangsa. Syarikat penilaian taraf penerbangan, Skytrax, telah meletakkan Bangkok Airways di tangga teratas secara konsisten dengan pemberian status 4 bintang. Anugerah terkini daripada Skytrax kepada Bangkok Airways ialah The World’s Best Regional Airline 2016 dan Best Regional Airline in Asia 2016. Sempena ulang tahun yang ke-36 pada tahun 2004, Bangkok Airways telah melancarkan slogannya “Asia’s Boutique Airline: Exclusive Service to Exotic Gems”, seiring dengan kempen perasmian jenamanya yang baharu. Objektif utama syarikat penerbangan ini adalah untuk meletakkan Bangkok Airways sebagai syarikat penerbangan yang berkredibiliti dan boleh dipercayai, termasuklah pelaksanaan ciri-ciri kemodenan dan mengikut perkembangan terkini butik. Dengan mengadaptasikan elemen butik, iaitu kedai khusus yang memenuhi pasaran tertentu, Bangkok Airways berhasrat untuk bukan sahaja menawarkan perkhidmatan terbaik kepada penumpang, malah juga menyediakan penerbangan ke destinasi yang lebih eksotik dan kaya dengan budaya. Hal ini jelas kelihatan melalui setiap pesawat Bangkok Airways yang digayakan dengan unsur kemodenan dan senang dikenal pasti. Pesawat-pesawat ini dicorakkan dengan variasi warna destinasi eksotik dan berunsurkan kebudayaan yang menambahkan lagi aura gaya dan butik. Pelaksanaan peraturan baharu mengikut Polisi Langit Terbuka Kerajaan Thai telah membuka peluang kepada syarikat penerbangan baharu untuk menyertai bidang ini. Demi memastikan kedudukan Bangkok Airways teguh dalam industri penerbangan, kempen butik ini telah menekankan dan meluaskan kedudukan Bangkok Airways sebagai perintis penerbangan peribadi di Thailand. Dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam semua kategori seperti ruang istirahat di lapangan terbang, lapangan terbang bertemakan butik, hidangan makanan dalam kapal terbang yang lazat dan kemasukan pesawat-pesawat baharu serta khidmat pelanggan yang mesra, Bangkok Airways pasti lebih menonjol daripada pesaingnya yang lain. Bangkok Airways mempunyai tiga lapangan terbang peribadi bertemakan butik di tiga daerah yang berbeza, iaitu Samui, Sukhothai dan Trat. Setiap lapangan terbang mempunyai struktur seni bina yang unik. Setiap lapangan terbang telah direka khas dengan menggabungkan elemen alam semula jadi dan budaya lokasi tersebut. Lapangan Terbang Samui terletak di tengah-tengah taman tropika dan dusun kelapa Koh Samui. Lapangan Terbang Sukhothai pula terletak di kawasan padi yang menggambarkan suasana tradisional di Thailand. Lapangan Terbang Trat menonjolkan elemen kawasan daerah semula jadi. Tiga elemen seni bina unik ini dilaksanakan berlandaskan falsafah lapangan terbang butik yang menjadi kebanggaan Bangkok Airways. Berpaksikan nilai terasnya, Bangkok Airways telah mengadaptasikan konsep 4C, iaitu Communication, Coordination, Cooperation dan Contribution. Communication meliputi komitmen Bangkok Airways untuk memperkukuhkan hubungannya dengan pelanggan dan memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada mereka melalui kelancaran proses perkongsian idea dan maklumat. Coordination meliputi komitmen syarikat penerbangan untuk saling bekerjasama antara semua staf dalam menghasilkan sistem yang lebih efisien. Cooperation merangkumi komitmen dalam memberi sokongan sesama sendiri sementara merealisasikan matlamat syarikat penerbangan. Manakala Contribution merangkumi komitmen untuk melaksanakan tugas dengan mengutamakann kepentingan setiap urusan dan keperluan yang perlu dipenuhi bagi menggandakan faedah kepada syarikat dan staf. Perihal keselamatan sentiasa menjadi kepentingan Bangkok Airways, oleh itu penambahbaikan sentiasa dilakukan ke atas setiap pesawat yang beroperasi. Hasilnya, pada bulan Februari tahun 2017, Bangkok Airways telah menerima Air Operation Certificate (AOC) daripada Directorate General of Civil Aviation Authority of Thailand. Sijil ini diberikan sebagai anugerah ke atas komitmen syarikat penerbangan dalam memastikan keselamatan penumpang dan staf terjaga. Untuk mendapatkan sijil ini, Bangkok Airways perlu melepasi lima tahap pemeriksaan termasuk peperiksaan dan penilaian daripada Civil Aviation Authority of Thailand. Kejayaan ini telah meletakkan Bangkok Airways sebagai syarikat pertama di Thailand yang menerima sijil baharu ini dalam industri pengangkutan udara. Hal ini juga telah membuktikan bahawa sistem pengurusan dan pengawalan operasi syarikat penerbangan berada pada tahap tertinggi dan konsisten dengan misi syarikat penerbangan untuk memastikan taraf keselamatan pengangkutan udara antarabangsa sentiasa ditepati. Bangkok Airways menawarkan sebuah program penumpang kerap, FlyerBonus, dengan promosi istimewa yang membolehkan penumpang mengumpul mata ganjaran daripada aktiviti-aktiviti khusus. Mata ganjaran yang dikumpul kemudian boleh ditebus menjadi tempahan penerbangan dan hotel penginapan. Untuk menyertai program ini, penumpang hanya perlu mendaftarkan diri secara dalam talian di laman web rasmi Bangkok Airways. Penumpang yang berdaftar akan mendapat peruntukan bagasi tambahan sebanyak 10 kg dan mata mileage yang boleh ditebus. Keistimewaan lain yang ditawarkan oleh Bangkok Airways ialah Kelab Blue Ribbon. Penumpang yang mendaftar sebagai ahli akan menerima faedah seperti kaunter daftar masuk eksklusif, menu istimewa dalam penerbangan dan peruntukan bagasi tambahan 10 kg. Ahli kelab juga dialu-alukan di Blue RIbbon Lounge. Di situ, mereka boleh menikmati snek dan minuman percuma, serta kemudahan lain seperti akses internet dan berehat di sofa yang selesa. Blue Ribbon Lounge berbeza daripada ruang istirahat yang lain. Perbezaannya bukan saja dari segi seni bina lampu chandelier kristal yang memukau dan atmosferanya yang selesa, malah dari segi perkhidmatan yang lebih menarik dan khusus kepada penumpang. Semasa penerbangan, penumpang yang merupakan ahli Kelab Blue Ribbon akan dimanjakan dengan tempat duduk yang luas dan selesa dan ruang letak kaki yang lebih besar. Hal ini membolehkan mereka menyiapkan kerja dengan mudah atau sekadar berehat. Menu makanan yang pelbagai juga akan dihidangkan, daripada makanan asli Thai hingga makanan bercita rasa Asia dan makanan barat berserta wain dan champagne percuma. Ahli FlyerBonus juga akan menerima mata mileage tambahan apabila menaiki penerbangan dengan Kelab Blue Ribbon. Bangkok Airways mempunyai dua kelas penerbangan utama, iaitu Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan yang masing-masing dilengkapi dengan dua jenis keistimewaan yang berbeza. Kelas Ekonomi menyediakan tempat duduk boleh laras yang selesa, sementara Kelas Perniagaan menawarkan tempat duduk tengah kosong yang boleh digunakan untuk menempatkan meja atau tempat merehatkan tangan. Penumpang dewasa dan kanak-kanak Kelas Ekonomi layak untuk mendapatkan peruntukan bagasi sebanyak 20 kg manakala penumpang bayi sebanyak 10 kg. Penumpang dewasa dan kanak-kanak Kelas Perniagaan sebaliknya akan mendapat peruntukan bagasi percuma sehingga 30 kg manakala penumpang bayi sebanyak 10 kg. Dalam kes lebihan muatan, caj akan dikenakan mengikut laluan penerbangan. Bangkok Airways juga membenarkan penumpang untuk membawa bagasi khas yang mengandungi peralatan sukan, misalnya papan luncur ombak, selagi menepati peraturan tertentu. Penumpang yang bercadang untuk membawa barangan asing adalah disarankan untuk memahami peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah daftar masuk atau penangguhan. Peraturan yang berkaitan boleh didapati di laman web rasmi Bangkok Airways. Penumpang domestik dinasihatkan untuk mendaftar masuk selewat-lewatnya 90 minit sebelum waktu perlepasan manakala penumpang antarabangsa pula selewat-lewatnya 120 minit sebelum waktu perlepasan. Kaunter daftar masuk untuk penerbangan domestik akan ditutup 40 minit sebelum waktu perlepasan, manakala 50 minit sebelum waktu perlepasan bagi penerbangan antarabangsa. Bangkok Airways juga menyediakan daftar masuk dalam talian 24 jam sehingga satu jam sebelum waktu perlepasan. Walau bagaimanapun, penumpang dinasihatkan untuk mendaftar di kaunter 90 minit sebelum waktu perlepasan bagi mendapatkan pas masuk dan mengesahkan dokumen perjalanan mereka sebagaimana yang diperlukan oleh Imigresen dan Keselamatan.
Bangkok Airways mula beroperasi sebagai sistem pengangkutan udara pada tahun 1968 di bawah nama Sahakol Air. Syarikat ini kemudian menjadi syarikat penerbangan peribadi di Thailand. Pada mulanya, pesawat pertama Sahakol Air, Trade Wind, merupakan pesawat enjin double-prop 9 penumpang yang digunakan sebagai penerbangan sewa khas. Pesawat sewa khas yang pertama telah dibina oleh syarikat sewa khas Amerika, iaitu OICC, United States Operation Mission (USOM) dan beberapa organisasi lain yang berurusan dengan cari gali minyak dan gas asli di Teluk Thailand. Dengan kepesatan industri pelancongan dan pelaburan perniagaan di Thailand, pengangkutan udara menjadi kepentingan yang berterusan untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara itu dan infrastrukturnya, sekali gus menyokong matlamat negara untuk menjadi lokasi utama yang mampu menjadi tuan rumah kepada jutaan kemasukan pelancong setiap tahun. Untuk memenuhi permintaan penggunaan pengangkutan udara, Bangkok Airways secara rasminya telah memulakan operasi sebagai pemilik penerbangan domestik negara itu pada tahun 1986 yang menawarkan penerbangan berjadual dari Bangkok ke Krabi, Korat dan Surin. Kini, Bangkok Airways telah memperoleh permit untuk menjalankan operasi penerbangan berjadual di lebih 20 laluan yang meliputi penempatan resort-resort utama di Thailand. Tambahan lagi, syarikat penerbangan ini telah menerima permit untuk melakukan penerbangan antarabangsa ke Myanmar, Laos, Kemboja, Malaysia, Singapura, India, Bangladesh dan Maldives. Pada bulan April tahun 1989, Bangkok Airways telah membina lapangan terbang sendiri di Koh Samui. Lapangan terbang ini memberi laluan untuk penerbangan terus dari pulau tersebut ke Chiang Mai, Hong Kong, Krabi, Pattaya, Phuket dan Singapura. Syarikat ini juga telah membuka lapangan terbang kedua di Wilayah Sukhothai pada tahun 1996 dan lapangan terbang ketiga di Wilayah Trat pada bulan Mac 2003 untuk pelancong asing yang ingin melawat Ko Chang. Pada bulan Mac tahun 2017, Lapangan Terbang Trat menerima EIA Monitoring Awards 2016 sebagai organisasi pengangkutan udara yang memenuhi peraturan alam sekitar 4 tahun berturut-turut. Anugerah tersebut diberikan oleh Jeneral Surasak Karnjanarat daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang telah diterima oleh Timbalan Presiden Bangkok Airways, Narongchai Tanadchangsaeng. Syarikat penerbangan ini mencapai kejayaan membanggakan dengan penambahan pesawat Boeing 717 pada tahun 2000. Sebelum ini, pesawat-pesawat Bangkok Airways bergantung pada kipas enjin terutamanya ATR-72. Malah, pesawat Fokker 100 juga pernah digunakan dalam tempoh yang singkat. Pada tahun 2004, syarikat penerbangan ini telah menambah jet lain, termasuk pesawat Airbus A320 sebagai salah satu pesawat terbaik. Pada tahun 2006, Bangkok Airways telah mengumumkan penambahan jet besar ke destinasi seperti London, India dan Jepun. Koleksi pesawat Bangkok Airways kini terdiri daripada 9 pesawat Airbus 320, 12 pesawat Airbus 319, 5 pesawat ATR 72-500 dan 8 pesawat ATR 72-600.
Berikut ialah cara menempah tiket Bangkok Airways secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket Bangkok Airways anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket Bangkok Airways ialah bukti tempahan penerbangan Bangkok Airways. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Bangkok Airways di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.