Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
20 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
Singapore Airlines ialah salah satu syarikat penerbangan terbesar di Asia Tenggara yang berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura. Sebagai ahli Star Alliance, Singapore Airlines menyediakan laluan ke lebih 62 destinasi di 32 buah negara dan menawarkan pelbagai kelas penerbangan, dari Kelas Ekonomi ke Kelas Suite. Pada tahun 2010, syarikat penerbangan ini direkodkan sebagai syarikat penerbangan kedua terbesar di dunia berdasarkan pemodalan pasaran.
Perekaan semula tempat duduk Kelas Ekonomi telah diperkenalkan pada tahun 2013. Dengan ruang letak kaki yang lebih luas, reka bentuk langsing bersertakan sandaran kepala boleh laras, dan hiburan terkini yang dibawa oleh KrisWorld (sistem hiburan dalam penerbangan Singapore Airlines), reka bentuk baharu ini ialah pembaharuan kepada Kelas Ekonomi yang lama, dan akan digunakan dalam semua jenis pesawat di bawah Singapore Airlines.
Semua penumpang Kelas Ekonomi akan diberikan menu standard syarikat penerbangan. Tetapi, Singapore Airlines juga menampung keperluan penumpang yang mengamalkan diet khas. Penumpang yang memerlukan menu khas perlu membuat permintaan mereka sebelum berlepas.
Singapore Airlines memperkenalkan Kelas Ekonomi Premium buat kali pertama pada tahun 2015. Dengan kerjasama bersama pengeluar tempat duduk pesawat komersial Jerman, Zim Flugsitz, tempat duduk Kelas Ekonomi Premium adalah lebih besar daripada tempat duduk Kelas Ekonomi. Tempat duduk ini juga dilengkapi dengan satu lampu baca peribadi, dua set port USB, dan satu soket elektrik.
Bersama chef profesional dari Singapore Airlines International Culinary Panel, syarikat penerbangan ini berupaya memanjakan penumpangnya dengan aneka pilihan menu yang menyajikan pelbagai jenis hidangan istimewa. Dalam Kelas Ekonomi Premium, penumpang juga boleh memesan makanan kegemaran sendiri jika mereka membuat tempahan selewat-lewatnya 24 jam sebelum berlepas melalui perkhidmatan Book the Cook.
Kelas perniagaan Singapore Airlines terbahagi kepada tiga kategori: Kelas Perniagaan Biasa, Kelas Perniagaan dan Kelas Perniagaan Baharu. Kelas Perniagaan Biasa menyediakan tempat duduk yang boleh berubah menjadi katil biasa. Manakala kabin Kelas Perniagaan menawarkan tempat duduk yang boleh diubah menjadi ruang peribadi yang lebih besar. Kelas Perniagaan versi terkini yang dikenali sebagai Kelas Perniagaan Baharu pula memberikan kemudahan katil penuh untuk keselesaan maksimum. Keunikan-keunikan ini telah berjaya membawa nama Singapore Airlines ke pencalonan World’s Best Business Class dalam Skytrax Awards 2011.
Untuk merasai pengalaman menjamu selera di restoran perkhidmatan penuh di udara, penumpang Kelas Perniagaan harus membuat tempahan hidangan selewat-lewatnya 24 jam sebelum berlepas melalui perkhidmatan Book the Cook. Penumpang boleh menikmati pelbagai masakan baharu daripada chef antarabangsa Singapore Airlines bersama pilihan wain terbaik.
Kelas Pertama Singapore Airlines mula diperkenalkan pada tahun 2013. Direka oleh James Park Associates, Kelas Pertama menawarkan siri perkhidmatan dan kemudahan mewah seperti tempat duduk dan katil yang lebih luas, hiburan peribadi terkini yang dibawa oleh KrisWorld, dan sarapan lengkap dengan teh.
Kemudahan Book the Cook menyediakan pelbagai hidangan enak untuk pemesanan daripada penumpang Kelas Pertama 24 jam sebelum berlepas. Penumpang boleh menikmati makanan kegemaran mereka dan wain, yang dihidangkan oleh Singapore Airlines International Culinary Panel.
Singapore Airlines menawarkan program penumpang kerap yang dipanggil KrisFlyer untuk penumpang setianya. Program ini terbahagi kepada beberapa peringkat seperti KrisFlyer, KrisFlyer Elite Silver, KrisFlyer Elite Gold, dan Priority Passenger Service Club. Program KrisFlyer adalah yang paling asas, ditujukan kepada penumpang yang menempah penerbangan pertama mereka dengan Singapore Airlines. Manakala KrisFlyer Elite Silver ialah perkhidmatan khas yang ditawarkan kepada penumpang dengan status Star Alliance Silver. KrisFlyer Elite Gold pula dikhaskan kepada penumpang kategori Gold. Akhir sekali, Priority Passenger Service Club memberikan akses kepada ahli-ahlinya ke semua kemudahan mewah Star Alliance dan Singapore Airlines.
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Direka oleh pereka fesyen di Paris, Pierre Balmain, pada tahun 1968, "Sarong Kebaya" secara tradisinya diperbuat daripada batik Asia. Selain Sarong Kebaya berwarna biru yang menjadi ciri Singapore Airlines, pakaian seragam pramugari boleh didapati dalam empat warna lain yang melambangkan peranan pemakainya: warna biru untuk pramugari, hijau untuk penyelia pramugari, merah untuk ketua pramugari, dan ungu untuk penyelia dalam penerbangan. Peranan pramugara juga boleh dibezakan dengan cara yang sama melalui warna tali leher mereka.
Laluan Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Semua laluan | Kelas Ekonomi | Maks. 7 kg (Dimensi: maks. 115 cm) | Maks. 30 kg |
Kelas Ekonomi Premium | Maks. 35 kg | ||
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 7 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 115 cm) | Maks. 40 kg | |
Kelas Pertama | Maks. 50 kg | ||
Semua penerbangan ke Amerika | Kelas Ekonomi | Maks. 7 kg (Dimensi: maks. 115 cm) | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) |
Kelas Ekonomi Premium | |||
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 7 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 115 cm) | 2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | |
Kelas Pertama |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan Singapore Airlines boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan Singapore Airlines. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Semua laluan | 2 jam sebelum berlepas | 1 jam sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan Singapore Airlines. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik Singapore Airlines untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula Singapore Airlines untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi Singapore Airlines secara terus.
Singapore Airlines Limited (Kod IATA: SQ) berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura. Dengan slogan "A Great Way to Fly", Singapore Airlines berjaya muncul sebagai salah satu syarikat penerbangan terbesar dan terbaik di Asia. Selain itu, Singapore Airlines juga telah dicatatkan sebagai syarikat penerbangan kedua dengan pemodalan terbesar di dunia oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Dengan tujuh kumpulan pesawatnya, Singapore Airlines berjaya terbang menuju ke lebih 62 destinasi dalam 32 negara merentasi lima benua. Burung berwarna kuning pada logo Singapore Airlines diilhamkan daripada pisau tradisional yang dikenali sebagai keris. Keris ialah sejenis senjata yang banyak disebut dalam legenda-legenda dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara. Keris menjadi teras jenama Singapore Airlines dengan penggunaannya pada sirip ekor pesawat dan dalam semua waranti Singapore Airlines. Logo ini telah digunakan sejak Singapore Airlines masih sebahagian daripada sistem Penerbangan Malaysia-Singapura. Singapore Airlines menawarkan program penumpang kerap yang terbahagi kepada empat peringkat: KrisFlyer, KrisFlyer Eliter Silver, KrisFlyer Eliter Gold, dan Priority Passenger Service Club. Setiap peringkat memanjakan penumpang dengan keselesaan dan kemewahan yang berlainan. Selain itu, Singapore Airlines menawarkan Boarding Pass Privileges yang memberikan pelbagai tawaran menarik di hotel, pusat beli-belah dan butik terpilih. Tambahan pula, Singapore Airlines juga mengadakan Lawatan Singapura secara percuma selama 2.5 jam dan SIA Hop-on Bus, yang akan membawa penumpang transit ke semua tempat menarik di Singapura dalam satu hari. Singapore Airlines menyediakan lima jenis kelas penerbangan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang berlainan. Antara kelas penerbangan ini termasuk: Kelas Ekonomi, Kelas Ekonomi Premium, Kelas Perniagaan, Kelas Pertama, dan Kelas Suite. Semua kelas penerbangan dilengkapi dengan hiburan dalam penerbangan yang membawakan pilihan terbaik filem, program televisyen, muzik, permainan, dan aplikasi mudah alih, serta sambungan dalam penerbangan, seperti akses internet, telefon di tempat duduk, dan port USB. Setiap penumpang Kelas Ekonomi dan Kelas Ekonomi Premium boleh membawa satu bagasi kabin, dengan berat maksimum 7 kg dan saiz maksimum 115 cm. Sementara itu, penumpang Kelas Perniagaan, Kelas Pertama, dan Kelas Suite dibenarkan membawa dua bagasi kabin, setiap bagasi dengan berat maksimum 7 kg dan saiz maksimum 115 cm. Setiap penumpang juga boleh membawa satu bagasi berdaftar 30 kg untuk Kelas Ekonomi, 35 kg untuk Kelas Ekonomi Premium, 40 kg untuk Kelas Perniagaan, 45 kg untuk Kelas Pertama, dan 50 kg untuk Kelas Suite. Penumpang Singapore Airlines yang menaiki penerbangan domestik mestilah mendaftar masuk selewat-lewatnya 40 minit sebelum menaiki pesawat, manakala penumpang yang menaiki penerbangan antarabangsa mestilah mendaftar masuk selewat-lewatnya 90 minit sebelum berlepas. Daftar masuk boleh dibuat secara dalam talian atau menerusi daftar masuk mudah alih, melalui kaunter daftar masuk di lapangan terbang, atau melalui kiosk daftar masuk di lapangan terbang sesetengah negara.
Sejarah Singapore Airlines bermula pada 1 Mei 1947 dengan menjadi sebahagian daripada usaha sama Malayan Airways Limited (MAL), Ocean Steamship Company of Liverpool, The Straits Steamship Company of Singapore, dan Imperial Airways. Penerbangan pertamanya dilakukan dengan menggunakan pesawat sewa Airspeed Consul dari British Straits Settlement of Singapore ke Kuala Lumpur. Syarikat penerbangan ini terus berkembang antara tahun 1940-an hingga 1950-an. Pada tahun 1955, kumpulan pesawat Malayan Airways meningkat dengan penambahan pesawat Douglas DC-3 yang beroperasi sehingga beberapa tahun kemudian. Pesawat lain yang beroperasi dalam dua dekad yang pertama termasuk pesawat Douglas DC-4 Skymaster, pesawat Vickers Viscount, pesawat Lockheed 1049 Super Constellation, pesawat Bristol Britannia, pesawat de Havilland Comet 4, dan pesawat Fokker F27. Pada tahun 1963, apabila Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia, Malayan Airways telah ditukar nama kepada Airways Malaysia, yang kemudiannya mengambil alih Borneo Airways. Selepas pemisahan Singapura pada tahun 1966, Malaysian Airways ditukar nama sekali lagi kepada Malaysia-Singapore Airlines (MSA). Melihat perkembangan pesat, pada tahun 1967, MSA membeli pesawat Boeing 707 yang pertama, diikuti dengan perasmian ibu pejabat baharu di Singapura dan pembelian pesawat Boeing 737 yang pertama. Namun, pada tahun 1972, MSA menghentikan operasinya. Singapura ingin mengembangkan laluan antarabangsa MSA manakala Malaysia ingin memberi tumpuan pada laluan domestik terlebih dahulu. Maka, terbentuknya Singapore Airlines dan Malaysia Airlines System. Singapore Airlines kemudian membeli semua pesawat Boeing 707 dan pesawat Boeing 737 milikan MSA dan mengekalkan laluan antarabangsa. Selepas pemisahan daripada MSA, pengembangan perniagaan Singapore Airlines termasuk laluan destinasi baharu di Asia, serta penambahan pesawat Boeing 727, pesawat Boeing 747, dan pesawat Douglas DC-10 dalam kumpulan pesawat. Dua pesawat Boeing 747 yang tiba pada tahun 1973 mengendalikan laluan Singapura-Hong Kong-Taipei-Tokyo, manakala pesawat Boeing 747-200 digunakan untuk laluan ke London, Paris, Rom, Australia, dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1977, Singapore Airlines membuat perkhidmatan penghantaran kali pertama dengan pesawat Boeing 727-200 dari Singapura ke Manila. Pada tahun yang sama, Singapore Airlines berkongsi pesawat Concorde dengan British Airways untuk menawarkan penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Paya Lebar di Singapura melalui Bahrain. Walau bagaimanapun, laluan ini dikeluarkan pada tahun 1980. Pada tahun 1980, syarikat penerbangan ini menawarkan laluan baharu ke destinasi dalam Amerika Syarikat, Kanada, dan bandar-bandar lain di Eropah, dengan Madrid sebagai bandar Sepanyol pertama yang disediakan perkhidmatan Singapore Airlines. Singapore Airlines kemudian meneruskan pengembangan kumpulan pesawatnya dengan membelikan pesawat Boeing 737-400 "Big Tops". Kumpulan pesawat ini melakukan penerbangan ke semua laluan Trans-Pasifik, dan juga destinasi utama syarikat penerbangan di Eropah. Satu lagi pencapaian Singapore Airlines ialah pelancaran telefon satelit swasta yang membolehkan penumpang membuat panggilan semasa penerbangan. Kemudian pada tahun 1993, sebagai satu anugerah, patung lilin Singapore Girl dibuat berdasarkan imej seorang pramugari Singapore Airlines dan dipamerkan dalam Madame Tussauds Wax Museum di London. Pada tahun 2004, Singapore Girl telah memenangi Outstanding Contribution to Tourism Award dalam Tourism Award Lembaga Pelancongan Singapura ke-18. Pada tahun 2000, Singapore Airlines berganding dengan lapan chef dari seluruh dunia untuk membentuk International Culinary Panel agar para tetamu dapat menikmati hidangan bertaraf dunia semasa penerbangan. Kemudian pada tahun 2010, Singapore Airlines menerbitkan buku masakan berjudul Above and Beyond: A Collection of Recipes from the Singapore Airlines International Culinary Panel yang mengandungi 50 resipi daripada chef syarikat penerbangan ini. Buku masakan tersebut dipamerkan dan boleh dibeli di Kelas Perniagaan, Kelas Pertama, dan Kelas Suite. Pada tahun 2003, Singapore Airlines memiliki lima pesawat Airbus A340-500, yang tempat duduknya ditukar daripada 64 tempat duduk Kelas Perniagaan dan 117 tempat duduk Kelas Ekonomi Premium kepada 100 tempat duduk Kelas Perniagaan untuk penerbangan laluan ke Newark dan Los Angeles. Laluan Singapura-Newark dan Los Angeles tercatat sebagai dua penerbangan tanpa henti yang paling lama dalam sejarah penerbangan. Penerbangan tanpa henti Trans-Pasifik dari Singapura ke Newark dan Los Angeles ini ialah perkhidmatan penerbangan tanpa henti yang pertama antara Singapura dengan Amerika Syarikat. Penerbangan selama 18 jam ini menjadikannya penerbangan komersial yang paling lama. Pada tahun 2005, Singapore Airlines secara rasmi menjadi syarikat penerbangan pertama yang menggunakan pesawat Airbus 380 dalam kumpulan pesawatnya. Slogan "First to Fly the A380 – Experience the Difference in 2006" diperkenalkan untuk mempromosikan pelancarannya. Pada tahun 2007, perkhidmatan penerbangan julung kali pesawat Airbus A380 adalah dari Singapura ke Sydney dengan 455 penumpang. Sejak itu, pesawat Airbus A380 digunakan untuk penerbangan destinasi laluan jarak jauh seperti London, Mumbai, Beijing, Paris, dan lain-lain. Dilaporkan bahawa Singapore Airlines akan mengurangkan bilangan pesawat pada tahun 2009 sebagai satu usaha untuk menjangka penurunan dalam jumlah penumpang dan peningkatan permintaan kargo. Tetapi, syarikat ini tidak pernah berhenti memperoleh pencapaian besar. Antaranya ialah penghantaran sepasang panda dari Chengdu, China pada tahun 2012 melalui penerbangan 4.5 jam dengan pesawat kargo Boeing 747-400. Selepas perkhidmatan 40 tahun, Singapore Airlines secara beransur-ansur menghentikan penggunaan pesawat Boeing 747 dari kumpulan pesawatnya pada tahun 2012. Penerbangan terakhir pesawat tersebut adalah di antara Singapura dengan Hong Kong, dan menawarkan perkhidmatan dalam penerbangan khas. Syarikat penerbangan ini juga mengumumkan bakal menamatkan laluan Singapura-Newark dan Singapura-Los Angeles pada bulan Oktober dan November tahun 2013. Perkhidmatan laluan ke Los Angeles masih tersedia dari Singapura, tetapi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo. Singapore Airlines Group meneruskan pengembangan perniagaan dengan menubuhkan beberapa anak syarikat. SIA Engineering Company mengendalikan perniagaan pembaikan dan penyelenggaraan di sembilan buah negara dengan 27 syarikat. Manakala Singapore Airlines Cargo mengendalikan perkhidmatan kargo syarikat penerbangan. Terdapat juga tiga anak syarikat lain yang termasuk SilkAir, Scoot, dan Tigerair. Sepanjang operasinya selama 76 tahun, Singapore Airlines telah memperoleh pelbagai anugerah antarabangsa. Pada tahun 2017, Singapore Airlines menduduki tempat ke-33 di Fortune Magazine’s Best Admired Company in the World. Ia juga disenaraikan sebagai Penerbangan Terbaik untuk Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan, dan Kelas Pertama. Sementara itu, majalah DestinAsian memilih KrisFlyer sebagai program penumpang kerap kegemaran penumpang, dan KrisWorld sebagai Sistem Hiburan Dalam Penerbangan Terbaik.
Berikut ialah cara menempah tiket Singapore Airlines secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket Singapore Airlines anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket Singapore Airlines ialah bukti tempahan penerbangan Singapore Airlines. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Singapore Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.