1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8946 Hotel)
    >
  3. Perak
    (537 Hotel)
    >
  4. Kinta
    (248 Hotel)
    >
  5. Ipoh
    (231 Hotel)

Hotel di Ipoh

Kinta, Malaysia ยท 231 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 21 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Ipoh, ibu kota Perak umumnya dikenali dengan gua-gua batu kapur dan hidangan yang enak. Nikmati beberapa makanan yang paling terkenal di sini termasuk Tim Sum, Sar Hor Fun dan Bean Sprout Chicken Rice. Jangan lupa untuk meneroka gua di sini juga termasuk Sam Po Tong dan Kek Lok Tong, iaitu kuil-kuil yang dibina di dalam sebuah gua. Tamatkan perjalanan anda di beberapa hotel terbaik di Ipoh. Jadikan percutian impian anda menjadi kenyataan dengan tawaran promosi Traveloka yang datang dengan lebih daripada RM2,800++ OFF & hadiah hadiah lebih menarik! Juga, datang melawat Traveloka Travel Fiesta yang akan diadakan dari 6 hingga 10 Mac 2024, di Level 1 (Promenade), 1 Utama Shopping Centre ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Jangan ketinggalan penjimatan perayaan dari Traveloka Travel Fair dengan mengklik banner di bawah untuk menuntut diskaun anda dan membuka dunia kemungkinan perjalanan! โœˆ๏ธ๐Ÿจ๐ŸŽŸ๏ธ

Traveloka Year End Sale in Malaysia

Hotel popular di Ipoh

EXTERIOR_BUILDING WEIL Hotel

WEIL Hotel

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.7
(443 Reviews)
Lihat Harga
SWIMMING_POOL The Haven All Suite Resort, Ipoh

The Haven All Suite Resort, Ipoh

Hotel
Tambun, Ipoh
Mengagumkan
8.7
(261 Reviews)
Lihat Harga
FUNCTIONAL_HALL The Banjaran Hotsprings Retreat

The Banjaran Hotsprings Retreat

Hotel
Tambun, Ipoh
Mengagumkan
9.0
(41 Reviews)
Lihat Harga
SWIMMING_POOL Impiana Hotel Ipoh

Impiana Hotel Ipoh

Hotel
Ipoh, Kinta
Menyenangkan
8.1
(519 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Kinta Riverfront Hotel & Suites

Kinta Riverfront Hotel & Suites

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.4
(729 Reviews)
Kolam bersih, makanan sedap, harga terbaik.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Symphony Suites

Symphony Suites

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.8
(357 Reviews)
Keadaan bilik yang sangat selesa dan bersih.
Lihat Harga
SWIMMING_POOL Sunway Lost World Hotel

Sunway Lost World Hotel

Hotel
Tambun, Ipoh
Mengagumkan
8.6
(695 Reviews)
Staff sangat peramah, mesra, sampaikan nak lintas jalan pun staff tekan kat button traffic light tu, bilik kemas dan bersih, selesa, makanan sedap.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Casuarina Meru

Casuarina Meru

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.8
(525 Reviews)
Terbaik! Hotel berhadapan dengan bulatan Amanjaya yang pada malamnya banyak aktiviti meriah, sesuai untuk keluarga. Hotel juga dekat dengan MAPS. Dekat juga dengan Mydin dan restoran makanan yang sedap.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Regalodge Hotel Ipoh

Regalodge Hotel Ipoh

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.6
(202 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Cititel Express Ipoh

Cititel Express Ipoh

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.4
(897 Reviews)
Sangat selesa dan memuaskan hati.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Indra Hotel - Boutique Suites Ipoh

Indra Hotel - Boutique Suites Ipoh

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.7
(247 Reviews)
Selesa dan berpuas hati. Penyambut tetamu yang peramah.
Lihat Harga
LOBBY Ritz Garden Hotel

Ritz Garden Hotel

Hotel
Ipoh, Kinta
Menyenangkan
7.7
(317 Reviews)
Hotel bersih, berdekatan dengan kedai makan dan gerbang malam.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Hotel Pi

Hotel Pi

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.4
(692 Reviews)
Selesa dan harga yang berpatutan. Recommended.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING M Boutique Hotel Ipoh

M Boutique Hotel Ipoh

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.7
(426 Reviews)
Terbaik, bersih, mesra pelanggan.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Seemsoon Hotel

Seemsoon Hotel

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.4
(412 Reviews)
Bilik sangat luas, ada almari yang besar, sarapan sedap.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING De Parkview Hotel

De Parkview Hotel

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.7
(140 Reviews)
Hotel yang bersih dan bilik yang selesa.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Hotel Station 18

Hotel Station 18

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.3
(289 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Ipoh French Hotel

Ipoh French Hotel

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.9
(269 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Reno Hotel Ipoh

Reno Hotel Ipoh

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.6
(25 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Valya Hotel

Valya Hotel

Hotel
Ipoh, Kinta
Mengagumkan
8.8
(512 Reviews)
Hotel selesa dan sangat memuaskan. Akan kembali lagi. Berdekatan dengan kedai makanan.
Lihat Harga
See all 231 Hotels near Ipoh

Facts about hotel in Ipoh

Total Accommodation
231 Properties
Popular Area
Tambun, Kelebang
Popular Hotel
WEIL Hotel, The Haven All Suite Resort, Ipoh
Popular Landmark
Lost World of Tambun Theme Park, KPJ Ipoh Specialist Hospital

Ulasan Tetamu dari Hotel di Ipoh

8.4
Mengagumkan
19,508 ulasan dari hotel di Ipoh dengan purata penarafan 8.4/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Ipoh akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
NB
Nasriyah Binti Nawawi
25 Jan 2023
Layanan receptionist sangat bagus dan staff friendly. harga berbaloi dengan keadaan bilik. botol mineral, paket kopi dan tuala disediakan
Ridzuan N.
Ini adalah profil peribadi.
26 Dec 2023
Bilik besar, aircond sejuk, tidak disediakan sebarang minuman tambahan seperti nescafe sachet & gula, hanya dua botol mineral sahaja. Kebersihan kurang sedikit, perlu lebih cuci untuk hilangkan habuk dan debu. Tuala juga sudah lama. Breakfast sedikit & kurang rasa. Harap maaf. Tingkatkan semula qualiti hotel.
Miza H.
Ini adalah profil peribadi.
20 Feb 2024
Breakfast best, bilik boleh la, selesa juga.
Zunaidah B. A. R.
Ini adalah profil peribadi.
30 Jul 2023
Semua okay tapi bathroom kurang bersih dan iron kotor
Mohd B. I.
Ini adalah profil peribadi.
8.8
/ 10
13 Jan 2024
Staff hotel sangat membantu, berdekatan dengan gerbang malam Ipoh
NURFARLIZA B. A. H.
Ini adalah profil peribadi.
2 Jan 2024
Price & facilities is okay. Bilik pun best. Hanya reception yang tak friendly and too serious. Not greet very well, muka ketat, guest yang baru nak check in pun jadi out of mood tengok muka receptionist
Wai k.
Ini adalah profil peribadi.
5.1
/ 10
17 Apr 2023
Harap hotel boleh jaga kebesihan sikit, i tak tau apa yang telah buat badan, kaki, tangan kita macam ni, harap bukan kutu!
Ridhuan b. M.
Ini adalah profil peribadi.
9 Dec 2019
Ada lift, kedai mamak n kedai melayu nasi campur dekat boleh jalan kaki je.

Soalan lazim tentang Ipoh

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Ipoh?

Jika anda berada di Ipoh, anda juga boleh melawati Meru, Tambun, Sungai Siput, Kelebang

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Ipoh?

Buat masa ini, terdapat sekitar 231 hotel yang boleh anda tempah di Ipoh

Tentang

Tentang Ipohย 

Ipoh adalah ibu kota negara bagian Perak di Malaysia yang terletak di bagian utara Semenanjung Malaysia. Kota ini berada di tengah-tengah Lembah Kinta, di tepi Sungai Kinta dan pertemuan sungai-sungai kecil Sungai Pinji dan Sungai Pari. Kota ini dikelilingi oleh perbukitan kapur, yang dapat ditemukan di sekitar daerah pinggiran hingga timur laut, timur dan tenggara.

Apa yang Best di Ipohย 

Populariti Kota Ipoh sebagai salah satu destinasi pelanconganย disokong dengan kehadiran bangunan bersejarah seni bina kolonial British yang terpelihara dengan baik. Bandar ini juga terkenal dengan pelancongan kulinari serta keindahan alam seperti bukit batu kapur, kuil Buddha dan gua yang menarik. Selain itu, Ipoh juga dikenali sebagai antara Bandar terbersih di Malaysia.ย 

Cara ke Ipoh

Pilihan terbaik menuju Ipoh dari Kuala Lumpur ialah menggunakan kereta api dengan masa perjalanan selama 2 jam 35 minit. Jika Anda menggunakan kereta api, Anda hanya akan membayar sekitar RM37. Jadual kereta api dari Kuala Lumpur ke Ipoh dijadualkan 5 kali sehari yang boleh Anda laraskan dengan jadual Anda.

Cuaca di Ipoh

Ipoh memiliki iklim hutan hujan tropika. Suhu di Bandar ini menunjukkan sedikit variasi sepanjang tahun, dengan suhu purata sebanyak 28 ยฐC. Ipoh mempunyai jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun. Bulan yang paling hujan ialah Oktober dan bulan paling kering ialah Januari.

Angkutan di Ipoh

Terdapat beberapa pengangkutan utama yang boleh Anda naiki saat melawat ke Ipoh:

  1. Pengangkutan daratan: Bas, basikal, kereta api dan kereta persendirian
  2. Pengangkutan udara: Kapal terbang domestik

Hotel di Ipohย 

1. WEIL Hotel

WEIL Hotel adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang yang dikenali sebagai hotel unik di Bandar yang berjarak 4.1 km dari lapangan terbang terdekat, iaitu Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Salah satu perkhidmatan utama yang terdapat di WEIL Hotel adalah tempat makanannya. Selain itu, lokasi hotel ini terbilang strategik karena dekat dengan pelbagai tempat tarikan pelancong yang boleh Anda kunjungi. Alamat:ย 292, JALAN SULTAN IDRIS SHAH, Ipoh, Kinta, Perak, Malaysia, 30000

2. Impiana Hotel Ipoh

Setiap bilik di hotel bintang bertaraf empat ini, sesuai dengan pemandangan bukit-bukit Ipoh yang menakjubkan dan dilengkapi dengan akses internet percuma, bar mini dan bilik mandi moden. Dengan bahagian dalaman yang elegan dan indah, Impiana Hotel Ipoh adalah tempat yang tepat untuk bermalam. Hotel ini juga menyediakanย tempat menukar mata wang asing bagi memudahkan proses pertukaran mata wang oleh pelancong asing dengan perkhidmatan yang mudah dan selamat. Alamat: 18, Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh, Kinta, Perak, Malaysia, 30250

3. Regalodge Hotel Ipoh

Hotel bertaraf tiga bintang ini terletak berhampiran dengan tempat rekreasi dan hanya berjarak 3.7 km dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Kakitangan mesra dan mampu multibahasa, sehingga tak perlu risau jika Anda pelancong dari luar Malaysia mahupun luar negara. Mereka punya hidangan sedap dan mempunyai pelbagai menu. Kafe di dalam hotel mempunyai harga yang berbaloi dengan rasa makanan. Jika Anda penat berjalan-jalan, apabila Anda tiba di hotel Anda boleh memesan kemudahan spa atau sauna tambahan untuk memanjakan diri Anda.ย Alamat: 131, Jalan Raja Ekram, Ipoh, Kinta, Perak, Malaysia, 30450.

4. Kinta Riverfront Hotel & Suites

Hotel ini sangat strategik sebab terletak di pertengahan Bandar Ipoh. Terletak hanya 800 meter sahaja dari Ipoh Railway Station, jadi senang nak sampai kepada hotel ini. Selain itu, hotel ini berhampiran dengan Kinta Riverfront Walk yang boleh Anda lawati sebagai tarikan pelancong pada waktu malam, hanya 150 meter sahaja. Bilik besar dan selesai, sesuai untuk Anda yang bercuti bersama keluarga. Alamat: Jalan Lim Bo Seng, Ipoh, Kinta, Perak, Malaysia, 30000.

5. M Boutique Hotel Ipoh

Hotel bertaraf tiga bintang ini memusatkan unsur seni dalam reka bentuk dalaman mereka. Hotel ini merangkumi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. Sama ada Anda melancong bersama keluarga, rakan atau menjalani urusan perniagaan, Anda sentiasa dapat mencari bilik yang sesuai untuk bermalam di sini. Selain itu, Boutique Hotel Ipoh bukan sahaja menyediakan perkhidmatan terbaik tetapi hotel ini juga terletak berhampiran dengan tempat pelancongan utama. Alamat: 2 Hala Datuk 5, Off Jalan Leong Boon Swee, , Ipoh, Kinta, Perak, Malaysia, 31650

Tempat Menarik di Ipoh

1. Lost World of Tambun Theme Park

Lost World of Tambun merupakan tarikanย Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun. Lost World of Tambun merupakan salah satu taman hiburan air di Perak. Taman tema ini akan membawa Anda ke pengembaraan yang menarik bersama keluarga dan rakan Anda. Terletak di tengah-tengah rimbunan kehijauan dan batu kapur yang subur, Lost World of Tambun menawarkan banyak aktivitiย menarik seperti zoo haiwan peliharaan, Lembah Tin, Taman Bina Pasukan dan Mata Air Panas. Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak, Malaysia.

2. Kinta Riverfront Walk

Kinta Riverfront Walk di Ipoh adalah promenad tepi air yang ideal untuk berjalan santai. Dipenuhi dengan restoran dan kafe, ia telah menjadi tempat pusat bagi orang ramai berkumpul. Pokok-pokok yang menaungi laluan berjalan ini memberikan sentuhan hijau yang menyegarkan pada siang hari dan menerangi dengan cahaya LED terang pada waktu malam. Ia merupakan pusat sibuk untuk makan di luar, menikmati muzik live, atau menikmati pemandangan sungai yang bercahaya dengan lampu. Tempat ini sangat sesuai untuk berjalan kaki, jogging, dan bersenam di waktu pagi. Anda boleh menjelajahi keseluruhan kawasan ini dengan menyewa basikal dan mengelilingi sekitar sesuka hati. Melawat kedai-kedai butik kecil dan galeri seni di antara tempat makan dan kafe. Alamat: 30000 Ipoh, Perak, Malaysia

3. Kellieโ€™s Castle

Istana Kellieย dibina pada zaman penjajahan British oleh seorang warga Scotlandย yang merancang istana ini berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Pada Istana Kellie terdapat lift yang pertama di Malaya yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur ke bawah sungai berdekatannya. Salah satunya ialah terowongan yang menghubungkan beberapa candi Hindu yang tidak jauh dari rumah utama. Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem. Antaranya ialah filem Anna And The King yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt. Alamat: Lot 48436, Kompleks Pelancongan Kellie's Castle, KM 5.5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysiaย 

4. Kek Lok Tong

Kek Lok Tong diterjemahkan sebagai Gua Kebahagiaan Utama dan memang kelihatannya membawa perasaan kesejahteraan kepada banyak pengunjung tempatan yang menganggapnya sebagai tempat kegemaran di kalangan banyak gua kuil yang megah di Ipoh. Gua ini telah digunakan sebagai tempat ibadah sejak tahun 1920-an, tetapi gua ini telah banyak kali bertukar fungsi, dari mulanya digunakan untuk tujuan keagamaan, kemudian menjadi tapak perlombongan bijih besi dan kemudian digunakan untuk tujuan keagamaan. Terdapat pula taman yang cantik dan luas dengan angin sepoi-sepoi menambahkan lagi ketenangan pengunjung. Alamat: Pesiaran Sepakat 3, TMN ENDAH JAYA, 31350 Ipoh, Perak, Malaysia.

5. Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan tempat menarik di Ipoh yang semakin popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Ia adalah bekas tasik perlombongan yang indah dan dikelilingi oleh bukit batu kapur yang unik. Taman hiburan ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan pintu masuk dan kawasan rekreasi di seberang tasik. Pengunjung boleh menaiki bot ke kawasan rekreasi, di mana banyak tarikan menanti mereka seperti mini zoo, menara tinjau, taman permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak, Malaysia.

Makanan Sedap di Ipoh

1. Nasi Vanggey / Nasi Ganja

Ia dinamakan "nasi ganja" kerana kebanyakan orang yang makan di sini selalu ketagihan. Nasi ini dimasak dalam periuk tembaga dan hidangan ini hanya boleh ditemui di Ipoh. Hidangan ini disajikan secara prasmanan di mana Anda boleh memilih pelbagai lauk yang ingin Anda makan. Menu utamanya adalah Ayam Merah yang disajikan dengan kuah kari yang pekat. Tetapi jika Anda lebih suka cumi-cumi atau hidangan lain, ia juga disediakan di sini. Alamat: 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak, Malaysia

2. Tauge Ayam Lou Wong

Makan di sini sebenarnya ada banyak menu, tetapi hidangan Andalan yang paling wajib dicoba adalah Tauge Ayam. Tauge ayam ialah nasi putih yang disajikan dengan daging ayam yang telah dimasak dengan cara ditumis bersama tauge menggunakan saus kedelai dan bumbu. Rasa ayamnya lezat, lembut, dan juicy, sementara taugenya renyah. Gurih dan segar, tauge ayam menjadi hidangan malam yang nikmat di Ipoh. Alamat: 49, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Negeri Perak, Malaysia.

3. Mee Kari Kak Yah

Mee Kari Kak Yah sungguh popular di Ipoh kerana kelezatannya. Mee kari ini mempunyai kuah yang kental yang terbuat daripada santan. Dalam sekaleng mee kari, terdapat mee kuning, bihun, kacang kedelai, kerang, udang, sotong, dan daging (sapi, ayam, atau babi). Dengan rempah-rempah yang kaya dalam kuahnya, satu hidangan mee kari sudah mencukupi untuk mengisi perut. Ia boleh menjadi pilihan makan tengahari yang baik semasa berlawat di Ipoh. Alamat: 12, Jalan Jelapang Selatan 1, Taman Keledang Jaya, 30100 Ipoh, Negeri Perak, Malaysia

4. Sar Kok Liew

Masakan istimewa ini hanya boleh dinikmati di Ipoh. Sar kok liew atau jicama goreng ialah makanan yang diperbuat daripada buah bengkoang yang diparut, dicampur dengan bahan-bahan lain seperti pasta ikan, tepung dan rempah-rempah lain kemudian dibalut dengan kulit tauhu bunga. Sebelum dihidangkan, adonan sar kok liew hendaklah dikukus dan digoreng terlebih dahulu. Sar kok liew lebih sedap jika dimakan bersama mee seperti sar hor fun. Alamat:ย Jalan King, Pasir Pinji, Ipoh, Perak.

5. Tau Fuย Fah

Tau fu fah atau puding kacang kedelai boleh menjadi pilihan pencuci mulut yang wajib dicuba di Ipoh. Terutamanya jika Anda tidak ingin makan makanan sejuk. Ia bukan sahaja pencuci mulut. Biasanya, tau fu fah diberi sirap gula jernih dengan rasa jahe yang kuat dan kadang-kadang juga sirap gula kelapa. Tau Fu Fah ini juga baik untuk kesihatan apabila Anda mengalami demam. Salah satu kedai tau fu fah yang terkenal di Ipoh adalah Funny Mountain Soya Beancurd. Alamat: Jalan Mustapa Al-bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak, Malaysia.

Tips Perjalanan Ipoh

Anda boleh menyediakan dokumen berlepas yang diperlukan dan keperluan Anda jia telah sedia melawat kepada Ipoh. Jangan lupa bawa topi, cermin mata hitam dan pelindung matahari. Walaupun taburan hujan di Bandar Ipoh lebih tinggi berbanding Bandar lain di Malaysia, Ipoh tetap terasa panas terik. Untuk mendapatkan pelbagai diskaun hotel dan penginapan lain di Ipoh, Anda boleh menyemak dan menempah melalui Traveloka.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright ยฉ 2024 Traveloka